Rabu, 13 Mei 2009

Bila kanser menjenguk


Kanser? Barah? Itu umpama surat hukuman gantung yang dihulurkan kepada banduan bilik akhir. Begitulah persepsi kebanyakan orang dan persepsi itu pun bukan kebetulan. Persepsi ini disebabkan penghidap kanser selalunya menemui ajal dalam masa paling lama 5 tahun kerana kanser tiada ubatnya. Kanser bukan disebabkan oleh mana-mana kuman. Rupanya penyakit yang bukan disebabkan oleh kuman ini banyak yang bahaya dan mengancam nyawa. Samalah seperti penyakit kencing manis, serangan jantung, buah pinggang dan sebagainya semuanya diklasifikasikan sebagai penyakit yang amat membahayakan. Kanser pula ada pelbagai jenis, kanser payu dara, kanser hati, kanser prostrate dan macam-macam lagi termasuklah kanser otak.

Dulu atok saudara saya kena kanser hati, 3 bulan meninggal. Kemudian ibu saya kena kanser kulit di kaki, kaki kena potong dan Alhamdulillah dia selamat tetapi kemudian dia meninggal kerana strok pula. Satu lagi penyakit yang bukannya dari kuman. Lepas tu sahabat saya di kampung, kena pula kanser usus, 6 bulan mati. Kemudian anaknya pula kena kanser otak, 3 bulan meninggal. Tahun lepas sahabat saya di SMK Aman Jaya kena kanser hati. Lebih kurang 6 bulan lepas itu meninggal. Sebab tu lah semua orang takut dengan kanser sebab kanser terkenal penyakit yang membunuh.

Kemudian tak semena-mena isteri saya diserang simtom kanser iaitu amat mudah mengantuk . Tidur lama pun tak mau puas. Hairan sebab dia jarang mengantuk sedemikian rupa. Kemudian ada pendarahan pada payu daranya. Hati dah berdebab-debub sebab tu semua tanda-tanda kanser. Pergi ke METRO check, buat scan, buat mamogram, sah ada benjolan. Kemudian buat pula biopsi, sah kanser tahap satu. Alhamdulillah sebab baru tahap satu.

Bila kena kanser payu dara, lain cerita tak ada kenalah buat mastektomi. Itu yang menakutkan. 20 hari pertama sibuk cari ubat sini sana. masa dan wang tak terkiralah habisnya. Berapa ratus , nyatakan saja, akan dibayar tanpa banyak bicara. Ada doktor kata ubat Transfer Factor. Sepuluh hari punya bekalan RM800. Bayangkan kalau dua tiga tahun, boleh menggelabah juga bagi cikgu yang bergaji kecil ini. Kemudian ada pulak orang cerita di Alma, ada seorang dukun Cina yang buat ubat. 3 botol RM200. Murahlah tu. Bawa balik untuk diminum. 3 hari ubat tu busuk satu rumah. Entah apa yang dimasukkan saya pun tak tau. 2 botol setengah dibuang begitu saja.

Akhirnya ada kawan cakap pergi ke doktor Chris Teoh di Ca Care , Pulau Pinang. Saya bawa isteri pergi. Rupanya Dr Teo ni ialah Profesor Botani di USM yang dah bersara. Jadi, dia bukan doktor perubatan tapi doktor falsafah. Phd rupanya. Kliennya memang hebat. Ada yang bawa merc, BMW dan macam-macam kereta mewah lagi. Ada yang datang dari Singapura, Indonesia malah dari Australia pun ada. Dari video yang ditunjukkan memang berjaya. Ramai yang tak payah buat pembedahan untuk membuang sel-sel kanser. Rasa yakin dengan perubatannya. Bila giliran kami jumpa dia, dia pun tanya samada dah buat biopsi ke tidak? Isteri saya tunjukkan laporannya. Dia jawab senang saja, kalau dah buat biopsi kenalah mastektomi. Katanya biopsi akan membuatkan sel kanser merebak dengan cepat dan dari pembacaan saya memang tepat. Jadi kalau kena kanser , kalau tak mau bedah, jangan buat biopsi. Nak tau lanjut tentang Ca Care, sila lawat disini http://cacare.com/

Nak kata apa lagi. Maka kami pun pergi ke KMC dan buat mastektomi. Tapi lepas mastektomi hati rasa lega sebab kanser tiada dijumpai dalam nodus limfa. Maknanya sel kanser belum merebak. Kemudian seminggu lepas tu, lagi lega kerana tiada receptors menandakan isteri saya bebas dari kanser sepenuhnya. Tak payah buat radioterapi ataupun kemoterapi. Tapi walaubagaimanapun makan kena pantang. Daging out of question. Seumur hidup tak boleh sentuh daging. Jus buah-buahan kena minum selalu. Minyak, gula dan garam kena kurangkan dengan banyaknya. Yang baik sekali makan biji aprikot. Sehari tujuh biji. Insya Allah kanser tak akan datang lagi. Nak beli biji aprikot, carilah dalam laman web. Sekilo hanya RM70 sahaja. Sekilo pun boleh makan selama 3 bulan. Kira murah sangatlah tu.

Demikianlah serba sedikit pengalaman bila kanser menjenguk.

POSITIVE THINKING, CANCER WILL SINK.

1 ulasan:

  1. bertuahnya isteri cikgu dapat suami yg prihatin..

    BalasPadam