Ahad, 10 Mei 2009

sehening air di telaga.


Ketika balik dari sekolah hari ini dah agak lewat. Selepas mesyuarat AJK PIBG yang dipengerusikan oleh Datuk Tajul saya bergegas pula pergi ambil anak tuisyen. Begitulah rutin yang harus ditempuh oleh setiap yang bernama bapa. Semasa memandu saya bukalah radio klasik nasional ( radio untuk golongan tua ), maka berkumandanglah lagu oleh Broery Marantika ( sudah meninggal ). Bunyi lagunya mendayu-dayu. Antara senikata lagu yang saya ingat ialah

Sehening air di telaga
Sebersih awan tak tercela

Yang lain tu saya lupa dah, maklumlah saya ada benda lain lagi yang lebih penting untuk diingati.
Mari kita halusi senikata tersebut. Air telaga memang hening sebab tiada ombak seperti air laut. Tiada pulak kocakan-kocakan besar sebab didalamnya tiada ikan-ikan besar seperti air tasik. Pendekata sungguh hening hinggakan kalau kita menjenguk ke permukaan air, boleh dibuat cermin, jelas sekali. Begitulah SMK Ibrahim yang memang hening. Disini kita tak dengar bunyi loceng, tak dengar guru menengking pelajar, tak dengar pelajar bergaduh, tak dengar suara dari pembesar suara. Memang sungguh hening. Apatah lagi SMK Ibrahim memang jauh daripada kebisingan jalan raya. Antara bangunan kelas dengan jalan raya, terpisah dengan padang yang begitu besar. Kalau datang pada waktu malam lagilah hening. Inilah yang membuatkan SMK Ibrahim amat sesuai untuk pembelajaran. Tak hairanlah di sini kita dapati satu "pemangkin untuk pembelajaran ".

Jadi kalau sekolah-sekolah lain nak ujudkan suasana yang hening ini, yang sesuai untuk pembelajaran, kurangkan bunyi bising. Bising boleh menyebabkan kita rasa tak tenteram, tak senang hati dan sentiasa dalam keadaan tertekan. Tak hairanlah mengikut kajian , orang di bandar lebih pendek umurnya daripada orang di kampung. Antara sebabnya ialah kerana di bandar suasana yang membingitkan dan penghuninya sentiasa tertekan.

Jadi saya menyeru agar semua warga SMK Ibrahim mengekalkan suasana keheningan ini agar kita seronok berada di sekolah dan seronok pula untuk belajar dan guru-guru pula seronok untuk mengajar.

SEHENING AIR TELAGA. SMK IBRAHIM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan