Hari ini saya nak cerita sedikit tentang pengalaman saya berkenaan dengan e-disiplin. Ini bukan cerita lawak atau cerita seram, sekadar cerita biasa untuk guru-guru yang ingin tau dan ingin mencuba. Cerita e-disiplin. Cerita yang tidak gempar seperti cerita artis yang glamour. Tapi cerita ini penting bagi kita kaum guru yang mencabar dan dicabar. Kita dicabar dari segenap penjuru. Ketika saya di SMK Aman Jaya, Cikgu Gan bawa satu program e-disiplin setelah mengambilnya daripada taklimat di Kelang. Saya buka, saya install, saya baca manualnya, saya baca peraturannya.. ahhh macam biasalah ni, depa nak bagi kita banyak kerja. Ini kan sama dengan merit demerit yang kita dah buat lama dah. Itulah fikiran saya ketika itu. tapi dihati kecil timbul perasaan ingin tau. Bagaimana kalau dicuba sebab SMK Aman Jaya merupakan pioneer bagi daerah KMY. Rugi kalau tak cuba.
Lalu saya pun buatlah apa yang sepatutnya. Pertama kali memang meletihkan sebab semua kes kena didokumenkan. Semua kes perlu dicatat dengan teliti, perlu diberi markah mengikut kesesuaian kes, kena cari nama, kena cari alamat, kena cari nombor IC. tapi kalau sistem SMM dah mantap, kerja ini menjadi amat ringan. Jadi pesan saya, sebelum jalankan program e-disiplin ini, pastikan SMM adalah yang paling terkini, paling lengkap dan paling tepat. kalau tak haru biru jadinya.
Saya tetapkan 2 orang pengawas yang boleh dipercayai ( ada pengawas yang tak boleh dipercaya ke ? ) dan mereka akan 'key in' nama setiap hari. Masa berlalu dan rotan sudah kurang menghinggap ponggong pelajar. Duit beli rotan dah dapat diselamatkan. Pelajar nampak "mua" sebab lama tak kena rotan. Kemudian jangan lupa, war-warkan tentang e-disiplin ini sebelum diimplemenkan. Berikan gambaran sejelas-jelasnya kepada pelajar agar mereka tidak boleh kata tak tau. Bulan pertama banyak sunguh kes. Macam-macam kes ada. Saya paparkan nama-nama yang ada kes ini di papan kenyataan beserta dengan markah dan tahap sahsiah masing-masing. Masing-masing sibuk terutama yang markah demeritnya sudah tinggi. Lalu saya war-warkan pula bahawa mereka boleh mengurangkan markah demerit mereka dengan membuat kerja amal. Maka ramailah yang datang, berduyun-duyun nak buat kerja amal. Bila mereka buat kerja amal, saya masukkan pula markah merit. Lama kelamaan yang buat nakal dah kurang, tapi masing-masing dah berlumba nak buat kerja amal. tak senang duduk saya sebab masing-masing datang nak buat kerja amal. Maka amatlah senang untuk cari pekerja. Kita tak payah cari mereka, tapi mereka pula yang mengejar kita.
Lagi satu kebaikan e-disiplin ini ialah ia cukup sistematik. Semua maklumat ada, tak payah teraba sana teraba sini untuk dapatkan statistik tentang kes disiplin. Nak atur ikut bangsa, ikut jantina, ikut kelas, ikut jenis kesalahan dan macam-macam lagi dengan senang sekali. Kata orang putih," everything at a fingertip." Ketika saya pergi ke Hotel Gold Coast untuk membentangkan dapatan tentang e-disiplin ini, semua ( ya 100% ) mengatakan sistem ini cukup berjaya dan cukup baik dalam membendung kesalahan disiplin disekolaH. Di KMY telah ada beberapa sekolah yang telah mencuba selain SMK Aman Jaya.
Dari data yang didapati memang kita dapat mengurangkan kes salah laku pelajar. Selamat mencuba. Kalau tak tau dan tak ada perisian , sila datang SMKI berjumpa saya untuk dapatkan maklumat dan perisian yang dikehendaki. Sesamalah kita memurtabatkan edisiplin demi mengurangkan salah laku pelajar dan menjadikan sekolah lebih aman dan lebih berjaya seperti SMK Aman Jaya.
SELAMAT MENCUBA.

assalamualaikum tuan.. mcm mana saya nak dapatkan sistem e disiplin untuk sekolah saya?? cikgu zul smk ttdi jaya shah alam
BalasPadam