Sabtu, 16 Mei 2009

Sepagi di SMK Aman Jaya


Hari ini saya dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang e-disiplin di SMK Aman Jaya. Sekolah yang saya menjadi PK HEM dari April 2007 hinggalah Feb 2009 sebelum ditukarkan ke SMK Ibrahim. Seronok rasanya berjumpa dengan kawan-kawan lama yang ditinggalkan. Walaupun baru 3 bulan berpisah, terasa begitu lama. Umpama orang bercinta, kalau tak jumpa , sehari rasanya setahun. ( Betui ke? entahlah ). Semasa saya di SMK Aman Jaya, saya kerja cukup seronok walaupun hari-hari berdepan dengan karenah para pelajar yang bermacam-macam. SetiaP hari ada saja ibu bapa yang datang untuk minta pertolongan, ada yang datang nak buat laporan tentang perihal anak malah ada yang datang nak ceritakan kisah rumah tangga yang tak aman. Macam "marriage councelor " pulak jadinya.

Bulan Mac saya ditukarkan ke SMK Ibrahim. Memanag cukup lega bukan kerana apa, tapi kerana para pelajarnya kurang karenah, lebih pintar, sekolahnya lebih banyak kemudahan dan lebih dekat. duit minyak banyak yang selamat. Pendekata di SMK Aman Jaya saya seronok bekerja apatah lagi di SMK Ibrahim yang lebih dekat dengan rumah. Satu kuncinya ialah "positive thinking" yang saya sentiasa cuba amalkan. Datanglah apa saja rintangan dan cubaan, be positive. Barulah hidup ini penuh bermakna dan tugas yang berat menjadi lebih ringan. Pepatah saya : Bekerjalah dengan seronok tapi jangan seronok sampai tak buat kerja.

Lagi satu yang saya amalkan dan saya harap para guru amalkan ialah " Learn not to say NO ". Kalau kita asyik memberikan pelbagai alasan untuk tidak menjalankah tugas, adakah kita boleh anggap yang kita ni profesional?. Sedangkan sudah jelas guru termasuk dalam bidang professional. Orang yang professional boleh buat semua tugas yang diberikan. Tak kiralah kerja itu berat ataupun susah. Pokoknya mesti dibereskan dalam masa yang ditentukan. Kalau kita bEri kerja kepada pelajar dan pelajar berkata " No , I dont want to do " jadi apa perasaan kita?. Tentu kita kecewa dan tak kurang pula yang marah. Maka kalau Pengetua berikan kita tugas, janganlah pula kita bagi pelbagai alasan. Itu menunjuukkan sikap tidak positif. Dari segi kualiti kerja, itu terpulanglah kepada keupayaan masing-masing. Do the best within our capacity and if its still not very good, try to improve it the next time. Bukan dengan mengatakan tidak untuk mengelakkan dari buat kerja. Itulah antara pesanan Pengetua SMK Aman Jaya En Sivamuni iaitu para guru sentiasalah berfikiran positif.

SMK Aman Jaya sudah mempunyai bangunan baru yang tesergam indah. Bilik Mesyuarat pun sudah elok hasil diubahsuai daripada Perpustakaan lama. Alhamdulillah, tidak lagi berasak-asak para guru bila bermesyuarat. Keadaan lebih selesa dan mesyuarat dapat dijalankan dengan lebih lancar. Ini kerana SMK Aman Jaya mempunyai hampir 150 orang guru. payah nak cari bilik yang boleh memuatkan sebegitu ramai guru. Sekarang sudah lega. Maka para guru bolehlah menumpukan perhatian dengan lebih kepada pesanan-pesanan Tuan Pengetua. Guru-guru SMK Ibrahim patut berasa bertuah kerana SMK Ibrahim mempunyai Dewan Kuliah yang serba serbi lengkap dan cukup selesa untuk menampung keseluruhan guru. Bersyukurlah ke atas setiap nikmat yang kita dapat.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. SELAMAT HARI GURU.

1 ulasan:

  1. sayer ex stdnt SMKAJ 2007-2009..samer mcm tarikh cikgu di SMKAJ...kami smu ex stdnt SMKAJ (Form 5 2009)rindu kan cikgu..

    BalasPadam