Selasa, 3 Ogos 2010

Cheaper road tax?


Kena naik menatang ni pula..... cukai jalan murah sikit...

The lame fox


The lame fox. Serigala tua yang dah tak mempunyai tenaga untuk menangkap arnab-arnab yang tangkas. Nak tangkap arnab bukan senang, tapi senang sikitlah daripada nak dapatkan semua A dalam SPM. Nak tangkap arnab memerlukan ketangkasan yang hebat, mata yang tajam dan lompatan yang tinggi serta keupayaan mencengkam leher arnab dengan kuat. Baru dapat makan arnab. Arnab pun tak kurang tangkasnya, tapi sedikit lembab otaknya sebab senang ditipu oleh kura-kura. Arnab pula ada lubang yang boleh digunakan sebagai tempat persembunyian serta menyelamatkan diri daripada serigala yang merupakan musuh utamanya. Inilah ceritanya yang bermula di negeri Entah Berantah. Cerita dongenglah ni tapi banyak pengajaran....

Diceritakan pada suatu hari seekor serigala yang dah tua,  yang kurang tenaga sedang berkira-kira untuk menyelamatkan diri daripada kebuluran menjelang musim sejuk yang akan datang. Dia pun risau, nak tangkap arnab dah tentu tak dapat sebab dah tua, makan mesti kena makan, kalau tak, mati kebuluran. Apalah nak buat nih.... serba salah macam orang yang banyak hutang... .. Tup-tup timbul satu idea sebab dia pun tau arnab jenis binatang yang tangkas bergerak tetapi lembab berfikir...

Lalu si serigala ini pergilah ke perkampungan arnab. Maka habis bertempiaranlah semua arnab menyembunyikan diri kedalam lubang masing-masing. Tapi serigala ini pandai.. dia pun berkata dengan nada yang sayu, memilu dan mendayu..

"Wahai semua arnab, kenapa mesti takut kepadaku sebab aku telah tua, dah tiada tenaga nak mengejar kamu semua, . Aku datang ini dengan hajat besar untuk kesejahteraan kamu juga. Aku dah tua, tak lama lagi aku akan mati. Kalau aku mati, kulit aku yang cantik ini akan menjadi bahan yang sia-sia sedangkan harganya mahal. Ramai manusia yang sukakan kulit aku ini. Oleh itu aku datang ini nak hadiahkan kulit aku kepada kamu. Bolehlah nanti kamu gunakan untuk buat selimut yang elok."

Maka arnab pun bermesyuarat dan berfikirlah  mereka tentang logiknya saranan daripada serigala tersebut. Mereka pun setuju untuk menerima pelawaan arnab dan serigala pun menanggalkan kulitnya. Cerita dongeng bolehlah serigala tanggalkan kulit. Maka seronoklah arnab dapat kulit baru menunggu kedatangan musim sejuk. Sedap dapat selimut baru yang boleh kongsi pula ramai-ramai. Serigala pun baliklah kesarangnya yang semua arnab tau kedudukannya..

Tiba musim sejuk terfikirlah pula arnab tentang betapa mereka begitu mementingkan diri. Terfikirlah mereka akan kebaikan arnab yang sanggup menderma kulitnya yang begitu berharga. Sudahlah sekarang serigala tak berkulit, tentu amat sejuk sekali. Serigala tua pula, makan pun tak ada. Mereka makan banyak, dapat pula kulit yang amat menyedapkan sebagai selimut. Mereka jatuh kasihan kepada serigala yang keseorangan. Lalu mereka sepakat untuk mengembalikan kulit tersebut kepasa serigala semula..

Maka dihantarnya dua ekor arnab yang gemuk , yang bulat-bulat untuk mengembalikan kulit tersebut kepada serigala.Nak hantar arnab yang kecil, tentu tak bertenaga nak membawa kulit yang berat itu.  Sampai disarangnya, pintu mereka ketuk dan serigala pun bukalah pintu untuk mempelawa mereka masuk. Pintu tertutup dan dikunci... Habis cerita..

Serigala tak payah berburu sebab makanan masuk melalui pintu...

SLOW THINKING KILLS.