Jumaat, 22 Mei 2009
Cerita sereotaip di Hari Guru
Kelmarin saya tak sempat nak updatekan blog. Tapi hari ini ada sedikit kelapangan maka bolehlah updatekan blog untuk tatapan umum. Kelmarin merupakan Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Kedah. DYMM Sultan Kedah telah mencemar duli untuk menyampaikan hadiah-hadiah dan cenderamata. Daulat Tuanku.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ketepatan masa setaraf orang Jepun. Semua hadir ikut masa yang ditetapkan, persembahan habis tepat pada waktunya dan saya balik pun mengikut masa masa yang diperuntukkan. Mungkin inilah kebaikannya sejak Dr M mengamalkan konsep pandang ke Timur.
Selepas upacara menyampaikan hadiah dan cenderamata, sementara menunggu audien makan ( jamuan ringan ) maka dipersembahkanlah satu pementasan hasil gabungan beberapa buah sekolah. Pementasannya pun berjalan dengan lancar, teratur dan tertib. Tapi member sebelah saya merungut,
"Depa ingat nak persembahkan untuk sekolah tadika ke? "
Saya tersentak sebab saya asyik makan dan kurang mengikuti drama yang dipentaskan. Saya pun teliti drama tersebut. Memang betul, jalan ceritanya macam cerita zaman Malim Kundang cuma bezanya dia ada sedikit tambahan ICT dan pakaiannya yang moden. Temanya cerita pelajar baik jadi orang baik, pelajar tak baik jadi kuli. Pelajar baik jadi doktor, yang tak baik jadi tukang sapu sampah. Sebenarnya tukang sapu sampah pun baik juga cuma pelajarannya saja yang kurang. Kawan saya dulu rajin belajar, dapat nombor dua ( selepas saya ), tetapi kerja kampung saja sebab dia tak diberikan kesempatan untuk kesekolah menengah. Bapanya berhentikan dia di sekolah rendah untuk motong getah. Setiap kali berjumpa, dia akan merungut tak puas hati atas tindakan ibu bapanya yang mencantas cita-citanya. Saya yang melihat keadaannya yang dhaif terasa sedih, sayu yang memilu. Tapi pada masa yang sama timbul rasa bangga kerana mempunyai ibu bapa yang bersemangat tinggi, mempunyai waja diri walaupun hidup penuh kesempitan.
Berbalik kepada cerita yang dipentaskan, memang stereotaip sungguh. Memang layak dipertontonkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Mungkin juga cerita ini di tunjukkan di sekolah rendah, kemudian bila nak sambut Hari Guru peringkat Negeri, cerita yang sama dipentaskan. Sedangkan audiennya para pengetua, para guru besar, para pegawai PPD, JPN malah Sultan dan kerabat-kerabat Baginda. Buatlah satu persembahan lain yang lebih sesuai untuk golongan professional ini. Buatlah sesuatu yang lebih mencabar. Cerita buat baik dibalas baik cerita lama. Cerita tak mencabar. Apa salahnya buat cerita tentang kegigihan , tentang mereka yang menukarkan kesusahan kepada kesenangan, mereka yang merempuh ranjau duri dengan penuh ketabahan. Banyak cerita yang kita boleh ambil yang membuatkan semangat membara. Contoh yang paling baik ialah cerita seperti cerita Oshin. Yang susah, yang payah tetapi akhirnya berjaya.
Nanti ada pula yang kata cerita Oshin panjang. memanglah panjang tapi boleh dipendekkan, boleh diubah suai. Ataupun ambil cerita lain yang ada di Malaysia. Banyak aih. Cerita budak kampung yang lari ke England naik kapal besi saja, menyorok dalam tong berbulan-bulan, sampai England kerja sendiri ambil kursus undang-undang sampai jadi peguam. Kemudian jadi pula businessman sampai jadi jutawan. Itu berjayalah namanya. Ceita begitu baru lebih sesuai untuk golongan yang hebat ini.
BUKAN MENGHINA . SEKADAR INGATAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan