Isnin, 18 Mei 2009

Pincup.


Pincup.. apa tu?

Malam ni takdak cerita yang sensasi. Jadi saya nak tulis sedikit cerita tentang pincup. Apa kebenda eh jang? Tanya orang Nogori kalau kita ceritakan tentang pincup kepadanya. Tapi kalau di Utara , pincup ni memang terkenal sewaktu saya kecil-kecil dulu. Kira lama sangat dah tu. Macam Dr M kata.. Lama dahhhhh.

Pincup ni ialah sejenis makanan yang di recycle. Pendekata orang dulu-dulu memang kreatif bila dalam bab-bab makanan ni. Apa yang depa tak makan? biji cempedak dibuat gulai, sama juga dengan biji durian malah kulit rambai pun jadi makanan. Patutlah orang dulu-dulu kaya-kaya sebab depa pandai berjimat. Nak tau kaya ke tak, cuba tanya berapa hutang depa. Jawabnya sah depa tak berhutang walaupun sesen. Kalau takdak hutang makna kayalah tu.

Oh.. lupa pula pasal pincup . Pincup ni dibuat selalunya dalam persediaan untuk jamuan kahwin. Dulu mana ada orang kontrek untuk kenduri. Semua kena buat sendiri. Dan dulu kalau kenduri mesti ada "rendang besaq" iaitu kari daging yang cukup popular. Kalau takdak "rendang besaq " memang tak sah. Tentu cooomm muka sebab tak dapat rasa "rendang besaq ". Nak buat "rendang besaq" ni pulak kena pakai banyak kerisik. Dulu mana ada kerisik yang dijual dikedai. Nak buat kerisik teruk, kena kopek kelapa, lepas tu kukur dengan kukur kayu ( bukan mesin ), lepas tu kena goreng pula kelapa yang dikukur tadi sampai wangi. Bila dah wangi ni kena tumbuk pulak sampai keluar minyak dan kelapa yang putih pun jadi hitam akibat digoreng. Kerisik inilah yang digunakan untuk buat "rendang besaq".

Lepas kerisik ditumbuk dan dikeluarkan daripada bekasnya, maka tinggallah lebihan-lebihan kerisik tadi yang terlekat dilesung. Lalu diambillah segala jenis buah muda seperti buah pelam, buah pala, putik kelapa, buah cermai , buah nangka muda dan macam-macam lagilah . Bahan-bahan ini lalu dimasukkkan kedalam lesung dan ditumbuk sekali dan bersebati dengan lebihan kerisik tadi., Lepas tu jangan dok jauh, kena cepat-cepat terpa sebab kalau lewat alamat jilat jari sajalah sebab pincup ini cukup laris.

Sedap pincup ooi. Sekarang mana ada dah. Pincup pun orang tak tau dah. Semua pakai mesin, semua pakai otomatik. Zaman dah berubah.

PINCUP. KALAU TAK DAPAT MUKA KECUP.

1 ulasan: