Hari ini ada mesyuarat di SMK Bandar Sungai Petani. Mesyuarat tentang kemasukan pelajar Tingkatan 6. Di Kedah saja ada 14,000 lebih yang layak masuk ke Tingkatan Enam. Ke SMK Ibrahim saja ada seramai 415 pelajar yang akan memenuhi bilik-bilik kelas Tingkatan 6. Kelayakan untuk buka kelas Tingkatan 6 cuma tinggal lagi 6 sahaja. Congak-congak, 415 pelajar tak termasuk yang akan buat rayuan, maka jadilah satu kelas mungkin 75 pelajar. Pelajar Tingkatan 6 pulak besar-besar, mana nak muat 75 orang dalam satu kelas?
Itupun kata pegawai JPN, ok lagi jika dibandingkan dengan sekolah teknik. Di sekolah teknik yang layak ke Tingkatan 6 ialah 1400 lebih. Bilangan kelas yang disediakan cuma DUA sahaja. Maknanya 750 orang dalam satu kelas. SMK Ibrahim rasanya lebih bertuah. Ramai pula yang kata, di SMK Ibrahim ada dewan kuliah, ada bilik bistari, ada Dewan Syed Jan, ada Dewan Ibrahim. pendekata banyak kemudahan. Tapi yang depa tak tau ialah masalah bila nak buat kerja amali. Mana nak sumbat 75 orang kedalam satu makmal?
Tapi disebabkan di Ibrahim ni, cabaran adalah satu penggerak yang kuat. Lega balik dada ini memikirkan inilah cabaran yang warga Ibrahim perlu hadapi. Takkan boleh jadi "Ibrahim Nombor Satu " kalau cabaran sebegini tak dapat diatasi. Maka dengan niat yang ikhlas, kami warga Ibrahim tidak gentar dengan masalah. Kami tidak gusar dengan segala yang mendatang. Di Ibrahim kami biasa balik lewat, malah kalau balik awal tak selesa pula rasanya. Dengan itu datanglah wira-wiraku. Kalian semua kami sambut dengan sepenuh jiwa yang tulus dan ikhlas. Kita sama-sama harungi bahtera ini. Inilah bahtera yang akan membawa kalian ke mercu kejayaan. Teringat kata Tuan Pengetua " The safest place for a ship is to be in the port but that is not the ship is built for" . Inilah SMK Ibrahim, bahtera yang sedia menempuh ombak besar dilautan, bahtera yang sedia menembusi angin kuat yang mendatang, bahtera yang InsyaAllah akan mengecapi ketenangan dipelabuhan kelak. Kita sama-sama akan buktikan bahawa kejayaan itu milik kita.
SELAMAT DATANG WIRA-WIRAKU PADA 11 MEI 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan