Jumaat, 29 Mei 2009

Depa sudah datang.


Sapa pula yang dah datang. Memanglah di Ibrahim ni hari-hari ada yang datang. Terutamanya ibu bapa datang untuk masukkan anak mereka ke Tkg 6. Terutama dari SMK Aman Jaya, sekolah saya yang dulu. Tanya sebab apa? sebab nak tukar anak dari SMK Aman Jaya. Nak tukar sebab jauh dari rumah. Saya jawab balik, " Nanti masuk U lagilah jauh" sambil gelak sikit. Maklumlah takut depa repot pulak naya saya. Sekarang semua benda boleh dijadikan isu.

Tapi yang saya nak cerita bukan pasal tu. Yang dah datang tu ialah jemaah nazir bagi menilai SMKI untuk pertandingan Anugerah Sekolah Cemerlang. Yang datang pula semua kaum hawa. Kaum yang sedikit cerewet. Bukan saya yang kata, tapi kaum hawalah juga yang kata. Memang boleh diterima bila kaum hawa yang membuat pengakuan. Sampai 4 orang datang. Berpeluh juga saya bagi persembahan powerpoint. Nasib baik dah prepare berkali-kali. Lancarlah juga. Lagi pun saya dah biasa sangat bagi presentation ni terutama bila jadi JU untuk RIMUP dan e-disiplin. Jadilah taklah kekok sangat. kalau tak biasa, mau terkencing dalam seluar. hehehehehh...

Pengetua pula hantar message " buat persembahan dengan tenang ". Tu yang kuat semangat tu. Semua berjalan lancar, dan nazir pun puji. Dr Logeswari ( ketua pasukan nazir ) kata persembahan powerpoint memang baik. Memang powerpoint tu baik. Awat tak baiknya, dah berbulan-bulan sediakan. dah berapa kali edit. Kalau yang kami buat tu drama, kira dah boleh masuk box office. Lepas edit, edit, kemudian edit lagi. Sampaikan Pn Rosizah nak makan pun payah. Asyik dok edit powerpoint untuk persembahan tu. Tapi memang berbaloi.

Kemudian mereka check fail pula. Semua lengkap. Semua "thumbs up " . Semuanya baik dan up to date. Memang hebat guru-guru SMKI. Depa kerja siapkan fail dengan begitu tekun sekali. Masuk pula PSS. PSS pun hebat. PSS lain ada perkataan " Jangan Bising " tapi PSS Ibrahim siap ada muzik sekali. Soft musik. Tu yang hebat tu. Soft muzik memang perlu untuk tenangkan fikiran. Tu sebab kita berzikir pun bunyi juga perlahan-lahan, baru khusyuk. Kalau asyik senyap saja, fikiran akan melayang ke segenap ruang. Hilang kekusyukan. Samalah muzik di PSS. Tu yang membuatkan SMKI berbeza.

Check sana baguih, check sini canggih, check si nun unik. Lepas tu depa pi check pula asrama sebab SMKI ialah sekolah menengah bandar berasrama. Tang tu yang tak berapa elok. Maklumlah SMKI ni sekolah lama.Asrama lama. Macam kita nak mekap orang tua , payah ooi. Macam tu lah juga asrama SMKI. Mungkin point akan turun banyak di bahagian asrama. Itulah yang sedikit slack. Dari segi kokurikulum, berpuluh-puluh pencapaian dipamerkan. Ada yang sampai ke peringkat antarabangsa. Takat peringkat negeri berlambak. Takat peringkat PPD, toksah ceritalah. Banyak sangat.

Jadi Pengetua pun puas hati. Cuma agak terkilan kerana asrama masih belum memuaskan. Jadi setahun dua ni kita akan berusaha untuk menaikkan taraf asrama untuk jadi lebih elok. Bukan untuk pertandingan tapi untuk kesejahteraan pelajar dan untuk sedap mata memandang.

Demikianlah serba sedikit celoteh pada petang ini.

NAZIR DATANG KAMI TATANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan