Jumaat, 21 Ogos 2009

Nama


Zaman dulu sewaktu saya disekolah rendah, cikgu pernah bertanya,

"Apakah yang hak kita tetapi kita tak pernah gunakan ?"

Terkebil-kebil saya nak jawab sebab tak tau. Nama , kata cikgu memberi jawapan. Betul sangat tu, nama ialah hak kita tetapi digunakan oleh orang lain. Nama digunakan oleh orang lain ketika memanggil kita. Tetapi bila peringkat dewasa, saya baru faham sebenarnya nama adalah hak kita yang kita gunakan juga. Sewaktu isi borang mesti ada nama. Kita isilah nama kita.

Nama juga sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan kita. Kalau orang kata, apalah ada pada nama, itu salah besar.
Nama sebenarnya cukup penting untuk kita. Ada pelajar saya dulu namanya Salahudin Al Ayubi. Nama hebat , nama pahlawan Islam terbilang, pahlawan yang berjaya mengalahkan tentera salib. Hebat namanya tapi perangainya amat berbeza. Salahudin yang ini bukan pahlawan Islam tetapi pahlawan rempit yang setiap malam merempit, menyusahkan orang yang lalu lalang dijalanraya. Ada nama yang lebih hebat iaitu Uwais Al Qarni. Ini lagi hebat, nama penghulu syurga. Bukan penghulu kampung, tapi penghulu syurga. Tapi Uwais ini cukup nakal. Kalau dia pergi kemana-mana sekolah, dua hari pertama tiada masalah. Hari ketiga dia buat masalah. Tak sampai seminggu sah dia akan dibuang sekolah. Akhirnya banyaklah sekolah yang dia pergi dan sampailah balik semula kesekolah asal. Lepas itu pusing semula sekolah-sekolah terdahulu. Macam tawaf pula jadinya. Bila dia keluar sekolah pun jahat lagi. Tapi saya sentiasa mendoakan agar dia menjadi baik. InsyaAllah.Tapi bukan semua, segelintir sahaja yang begitu. Yang lain nama sebaik orangnya terutama di SMK Ibrahim. Alhamdulillah.

Ada pula nama Abu Jahal. Bila ditanya kenapa nama Abu Jahal, bapanya kata nama Abu Jahal ada dalam Al Quran, maka tentulah baik. Satu tafsiran yang cukup silap. Nama dalam Al Quran bukan mesti baik. Ada nama yang tak baik seperti nama khinzir, yang bawak penyakit HINI sekarang ini. Ada nama Firaun, nama kaum Lut dan macam-macam nama yang lawan Allah. Itulah gunanya pengetahuan tentang terjemahan Al Quran supaya kita tau apa nama yang baik dan apa nama yang tidak baik. Ada yang menamakan anak dengan nama Nurzina, diterjemahkan dalam BM jadi Cahaya Zina, Majnun yang bermaksud gila dan sebagainya. Jadi eloklah diletakkan nama yang baik contohnya nama Abdul Halim yang bermaksud Hamba Allah yang penyantun ( nama saya lah tu, he he ). Tetapi sekarang ibu bapa tak mau lagi dah nama Zainab, Umi Kalthum, Yahya , Noh dan nama-nama yang tersohor dalam Islam. Tak glamer kata mereka. Mereka suka letakkan nama-nama panjang yang lebih glamer. Tak salah asalkan maksudnya baik. Ini kerana nama kita sentiasa disebut orang. Kalau selalu orang panggil cahaya zina ( Nurzina ) termasuklah ibunya sekali yang panggil begitu, maka itu adalah doa dan takut pula jadi kenyataan. Jadi bubuhlah nama yang baik supaya bila disebut menjadi satu doa yang baik.

Ada lagi satu kes yang pelik. Ini berlaku kepada kawan saya , seorang guru disekolah rendah. Nama pelajar ini tiada bin atau binti tapi Melayu. Ada nama sahaja. Kawan saya terkejut dan tanya ibu pelajar tersebut. Jawapannya menyebabkan kawan saya lebih terkejut.


Ibunya kata " Takkan cikgu tak tau, anak ni dilahirkan sebelum kami menikah " Selamba jawapannya macam tak berlaku sesuatu yang pelik.

Kawan saya terkejut tapi hanya senyum dan mengangguk. Yang salah bukan anaknya, tapi ibu bapanya yang salah sehingga melahirkan anak luar nikah. Nauzubillah.
Jadi jangan dok kata
" ada apa pada nama" sebab sebenarnya ada banyak perkara pada nama. Sebab itulah sekarang kerajaan telah mengharamkan nama orang-orang Islam yang bermaksud tak elok macam nama Nurzina, Majnun dan sebagainya. Bubuhlah nama yang elok sebab sebutan itu menjadi doa dan didiklah anak itu supaya menjadi manusia yang berguna, sesuai dengan namanya.


NAMA ADA MAKNA.

3 ulasan:

  1. Salam cikgu...
    selamat menyambut Ramadhan al Mubarak...

    rasanya sekarang masyarakat Melayu dah mula prihatin dalam memberikan nama yang baik utk anak2. Tidak lg mcm dulu2 - cantum2 nama mak ayah, berbaur keinggerisan dsbgnya. Ada tu ada, tapi rasanya dah tak banyak. Tapi, sedih juga tengok - nama dah cukup elok - cthnya : Nur Islam, tapi penampilan tak sepadan dengan nama yang dibawa! Wallahhuaklam...

    BalasPadam
  2. sekurang-kurangnya nama yang baik..
    pangai boleh diubah..
    tapi nama payah nak ubah..
    dok kena pi pejabat pendaftaran pulak.

    selamat menyambut bulan puasa..

    BalasPadam
  3. silap..
    perangai bukan pangai..

    BalasPadam