Jumaat, 1 Januari 2010

Skema



Inilah hippi, satu budaya yang entah datang dari mana yang memporak-perandakan dunia. Ketika itu saya masih ingat lagi ramai kawan-kawan pun nak ikut hippies ini. Seluar yang cantik mereka tebuk lubang, lelaki pakai subang, perempuan pula pakai seluar tapi amat ketat dan amat singkat, nak berjalan kenalah teringkat-ringkat. Itu dari segi pakaian, dari segi mandi pula mereka ini umpama kambing yang takut air. Dahlah pakaian berserabut, bau busuk dan hidup macam binatang.


Alhamdulillah kerana kerajaan telah proaktif dan menghalau keluar semua hippies dari Malaysia. Terima kasih Malaysia. Walaupun hippies dah tak ada, tapi budayanya masih ada di mana-mana. Ketika zaman saya dulu depa kata "rugged". Rugged kalau seluar carik, berlobang sini sana, baju yang tangan pendek sebelah, perempuan pula rugged kalau pakai kain banyak belah dan rambut mesti panjang bagi lelaki dan perempuan pula rambut amat pendek. Identiti lelaki dan perempuan dah bertukar. Haru biru jadinya. Alhamdulillah, budaya rugged pun mati begitu saja. Itulah kalau tidak ORI. Lama kelamaan akan mati tanpa disedari. Begitulah nasib benda-benda yang pelik.


Sekarang timbul pula istilah skema. Skema ini ialah "scheme" seperti skema pemarkahan. Maknanya ada peraturan-peraturan dalam pemarkahan yang mesti diikuti untuk pemberian markah. Saya pernah jadi ketua pasukan pemeriksaan Biologi. Nak buat skema bukan mudah. Kena bincang berhari-hari, kena fikir semua "possiblities", kena buat andaian tentang semua jawapan dan kemungkinan. Bertekak lagi antara kami, bila siap bawa balik ada lagi cikgu komplain. Itulah skema. Hidup pun ada skema iatu bagi orang Islam skema dah disiapkan , itulah Quran. Dalam negara ada skema iaitu undang-undang. Dalam sekolah pun ada undang-undang sebagai skema. Kena ikut, kena patuh kalau nak selamat dan cemerlang.


Untuk pelajar yang mengikut peraturan, yang rambut pendek, yang pakai pakaian kemas, yang tertib, depa kata skema. Tak seronok, kata depa kalau jadi skema. Depa mesti buat sesuatu supaya tak dianggap skema.. Mereka akan simpan rambut macam trojan, bubuh gel berbotol-botol nak bagi rambut tegak, baju bubuh diluar dan menggerebang, tali pinggang besar yang berkepala naga, bawa beg yang sangat kecil dan selalu membantah cakap guru. Inilah pelajar-pelajar yang kumpulan songsang ini anggap hebat. Hebat kerana tak skema. Bila tak skema, keputusan mereka pun tak skema. Orang lain dapat straight A's , depa dapat straight E's. Orang lain boleh pegang jawatan besar-besar, mereka merempat sampai ke tua. Sebabnya mereka tak mau skema. Lihat pula sijil berhenti sekolah pun kekadang tak skema juga. Orang lain kelakuan ditulis " sangat baik", "cemerlang" , mereka di tulis "sederhana". Kalau kelakuan sederhana, nak minta kerja apa pun tak dapat. Sebabnya mereka memilih untuk menjadi tidak baik, tidak skema, maka seluruh hidup mereka akan merana. Itulah sebahagian pilihan pelajar yang selalu ingin menjagi jaguh.


BIAR SKEMA JANGAN MERANA.

2 ulasan:

  1. salam,

    budaya hippi tu dikaitkan dengan pergaulan bebas, arak dan dadah. sebenarnya, agenda barat dan yahudi juga ingin memesongkan akidah umat Islam. walaupun dh tak kedengaran. tapi masih ade byk lg budaya barat yg menular. yang turut mempengaruhi golongan remaja kite.

    BalasPadam
  2. itulah jahatnya agenda yahudi..
    tapi kalau orang Islam kuat iman, takkan nak terikut-ikut dengan budaya depa

    BalasPadam