Jumaat, 11 Disember 2009

Ori


Cuba bandingkan di antara kereta di atas dengan yang di bawah. Kereta atas memang cantik, kalau dipandu kemana-mana memang selesa. Cuba bandingkan pula kereta di dawah. Ada ke siapa-siapa yang nak memandu kereta sebegini? Kalau ada pun yang teringin hanyalah mereka yang kurang siuman. Kalau di buat tak ramai yang akan beli. Sebab apa?

Jawapannya mudah. Sebabnya kereta di atas adalah yang "original" manakala yang di bawah tu adalah rekaan-rekaan yang menyimpang jauh daripada yang 0ri. Itulah sebabnya. Walaupun yang "baru" itu nampak pelik, kekadang nampak lebih sofistikated, lebih canggih tetapi selalunya tak tahan lama. Habis musim habislah kegunaannya. Ketika saya kecil dahulu, banyak orang yang "modify" basikal. Dijadikan tayarnya dihadapan jauh lebih kecil daripada yang dibelakang. Ketika itu kedai membaiki basikal cukup laku kerana ramai yang nak ubahsuai basikal. Ada yang terlalu ekstrim sampaikan tayar depan diambilnya roda kereta kanak-kanak. Memang tak cantik dan tak ori tapi itulah kegilaan muda-mudi zaman itu. Fenomena ini tak bertahan lama kerana tak ori maka lama-kelamaan fenomena itu mati dan basikal ditukar semula mengikut yang biasa kita gunakan.

Saya teringat seorang pelakon lawak kita yang suntik botox ke mukanya. Botox ini diambil daripada bakteria Botulinum yang mengeluarkan racun yang amat berbisa dan boleh membunuh. Belanja untuk mengubah mukanya bukan sedikit. Dari rupa orang lelaki, dah jadi macam perempuan. Muka putih, licin , gebu tu bukan muka lelaki. Muka lelaki mestilah ada sedikit menggerutu, sedikit kasar kulitnya. Baru ada "macho"nya. Dia menyesal sebab anak dia tak suka tengok, maka dia nak ubah pula balik ke muka ori. Lagi sekali kena keluarkan duit dan sakit pula. Bukan senang nak keluarkan cecair daripada kulit muka. Terpaksalah dia menangung sakit dan terpaksa pula menaggung belanja yang besar. Kalaulah dia tak suntik botox, mungkin dia dah boleh pergi haji dua kali. Membazir untuk kesakitan. Tentu tak cerdik kan?

Allah dah lebih tau macam mana muka yang elok. Allah dah jadikan antara muka perempuan dengan muka lelaki ada bezanya. Allah dah jadikan muka negro dengan muka orang putih berbeza. Ada sebabnya. Orang negro asalnya dari tempat panas yang perlukan lebih keratin, maka kulitnya boleh tahan panas. Kalau muka negro nak tukar ke muka orang putih, tentu tak sesuai. Macam orang Melayu yang pakai mata biru. Dah lah kulitnya hitam pekat, nak pakai mata biru tak sesuai. Jadi eloklah kita kekalkan apa yang Allah beri kerana sesungguhnya Allah lebih tau tentang kejadiannya. Maka eloklah para pelajar terutama para pelajar SMKI agar mengekalkan yang ori terutama rambut bagi lelaki. Jangan dok buat rambut batas ubi sebab yang itu hanya sesuai untuk artis yang terkenal suka meniru. Orang putih rambut batas ubi depa pun batas ubi juga. Orang putih suka bercerai, depa pun bercerai juga. Itulah hakikatnya.

ORI LAH YANG CANTIK.

9 ulasan:

  1. salam,

    Allah dah jadikan sebaik2 kejadian itu ialah kejadian manusia. Tak perlu nk ubah2 dah. Dah complete segalanya.

    BalasPadam
  2. Sebilangan manusia tak pernah berpuas hati dengan apa yang dimiliki... lalu diubah apa yang telah tersedia walaupun hakikatnya telah cukup sempurna kejadian tercipta...

    BalasPadam
  3. salam,sesungguhnya nafsu manusia tak pernah puas. Sebab itulah ada duit 20 juta pun dok makan rasuah lagi. 20 juta kalau makan sampai kiamat pun tak habis. kalau dibelanjakan dengan berhemah. InsyaAllah.

    BalasPadam
  4. semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa tahu untuk bersyukur...Alhamdulillah atas apa yang telah diberi olehNya

    BalasPadam
  5. betul3. setuju sekali!! lagi2 part mata biru. lagipun ada orang cakap colored lense ni membahayakan mata. lagi bahaya dari lense biasa.

    BalasPadam
  6. walaupun ori tu terbaik tapi ramai yang beli bonia made in thailand kerana murah tapi macam ori

    BalasPadam
  7. tapi kalau beg tu dibuat macam beg tangan boleh pakai juga. kalau dibuat beg tu macam tayar trekter maka tak orilah juga walaupun yang buat tu bonia.

    BalasPadam