Khamis, 14 Januari 2010

Berani.


"Dunhill 20". Itulah satu ungkapan yang saya dengar semalam bila singgah di 7 Eleven untuk beli roti. Ada orang "order" rokok Dunhill 20 batang. Mahal juga harganya tetapi bagi penggemar rokok, harga bukan perkara penting. Yang penting dapat menikmati  "kesedapan" merokok yang entah dimana sedapnya.

"Hang tak taulah sedap hisap rokok ni sebab hang tak hisap rokok" Begitulah kata kawan saya dulu bila saya tanya tentang kesedapan hisap rokok. "Anyway" hisap rokok ni sedapke?

Di kotak rokok itu terpapar dengan begitu mengerikan tentang bayi yang gugur, paru-paru yang hitam legam, mulut yang kena kanser dan macam-macam lagi. Tengok gambar pun dah cukup menggerunkan. Saya hairan macam mana ada lagi orang yang begitu "berani" untuk terus menikmati rokok. Harga rokok pula bukannya murah. Kalau tak beli rokok rasanya cukup untuk bayar yuran anak-anak. Ini kekadang yuran tak boleh bayar tapi hisap rokok boleh. Itulah prioriti yang silap. Patutnya bayar yuran dulu kemudian baru hisap rokok kalau ada berbaki. Lagi baik jangan hisap terus.

Dulu ketika saya di Miri ada kawan saya orang Melaka yang hisap rokok. Sehari 3 kotak maknanya 60 batang habis dihisap. Selalu batuk-batuk. Saya nasihatkan dia supaya kalau tak boleh berhenti pun, kurangkanlah sedikit sebab dia tunjuk xray paru-parunya yang dah hitam Dia marah pula kepada saya.

" Tak kisahlah kalau aku nak mati pun. Lagi pun kalau dah ajal mana boleh ditahan"

Begitulah katanya kepada saya. Betul juga, kalau dah ajal tiba mati pasti terjadi. Roh pasti diangkat pergi. Saya pun tak kata apa lagi selepas itu dan betul , kira-kira 5 bulan kemudian dia pun mati. Innahi wainna ilaihi rajiun.Masih muda, belum berumahtangga dan masih cerah peluang kerjaya. Itukah cerita kawan saya, orang Melaka.

Begitulah secebis kisah keberanian orang kita untuk merokok. Depa tau merokok tu bahaya tapi dok hisap juga. Keberanian yang tak kena pada tempat. Kalaulah mereka berani bangun malam bertahajud, hebat mereka. Kalau mereka berani datang kesekolah, mengajar anak murid secara percuma, dan dengan tekun sekali, memang hebat. Tapi mereka hanya berani membakar paru-paru disamping mengkayakan Yahudi yang dah memang kaya. Duit itu jugalah yang digunakan Yahudi untuk membunuh orang-orang Palestin. Nampaknya golongan perokok membantu membunuh rakyat Palestin disamping membantu untuk membakar paru-paru sendiri disamping membantu untuk melahirkan anak-anak yang cacat. Tabiat yang perlu dielakkan.

Oleh itu wahai para pelajar, buanglah tabiat merokok tu. Kekadang saya pelik tengok pelajar merokok. Beli sebatang pun cukuplah asalkan lepas gian. Di mana-mana sekolah pun ada saja pelajar-pelajar yang merokok. Lepas kena rotan, mereka merokok lagi. Apalah yang ada dalam rokok yang menyebabkannya begitu "sedap".Itulah serba sedikit cerita tentang manusia yang berani memusnahkan diri dan masa depan hanya kerana hendak memberi peluru agar Yahudi boleh terus membunuh rakyat Palestin. Haru memang haru, pelik memang pelik, tapi itulah yang terjadi.


BERANI MATI.

2 ulasan:

  1. salam,

    sekarang ni org kaya je yg merokok. mmg betul IP pun pelik ape la nikmatnya merokok tu. Mase kat U dulu IP dah try sekali sedut sahaja stakat sedut pastu hembus kluar ape la sedapnya. Kalau bole telan asap tu dan mengenyangkan tak pe la jugak. Lepas tu IP siap gosok gigi lagi sbb tekak semacam jee haha

    Sebenarnya kalau nk berenti rokok tu bole. Kini sudah ade rawatan moden dan cara utk berenti merokok. Tapi pokok pangkalnya diri sendiri. Fikir2 la jugak kesan asap rokok tu kat anak isteri. Yang pasti si anak akan contohi sikap bapanya apatah lagi kalau bapanya perokok tegar.

    BalasPadam
  2. saya pernah cuba dulu, termuntah-muntah. Pahit anak tekak . Meloya jadinya. Entahlah dimana sedapnya. Kalau boleh kerajaan haramkan teruslah macam haramkan dadah. Anggap merokok sama dengan hisap dadah. Nescaya ramai yang selamat dan ramai yang tak bazirkan duit lagi.

    BalasPadam