Sudah lama saya tak updatekan blog ini kerana terlalu banyak kerja yang nak disiapkan. Terlalu banyak tenaga perlu digembelingkan untuk menyediakan kemudahan kepada para pelajar dan guru. Kena pula isi Laporan Penilaian Prestasi untuk tahun 2009. Bayangkan 130 orang punya LPC, kena isi markah, kena buat komen, kena key in markah, kena isi borang dan macam-macam lagi. Bukan nak kata saya sibuk sangat tetapi itulah kerja saya. Pendekata memang banyak kerja tapi itulah kerja. Banyak kerja itulah kerja ( lihat ini)
Kalau nak ikutkan hati, tak mau dah buat blog ini sebab susah juga nak cari idea tentang apa yang nak ditulis. Apatah lagi blog ini ada link dengan sekolah. Kalau blog tiada link kemana-mana senang, hentam sajalah labu. Ni nak kena pertimbangkan juga apa yang releven dan apa yang tak. Maklumlah saya Penolong Kanan, kalau tak betul nanti orang kata PK tak betul. Susah juga tu.
Sebenarnya saya nak ceritakan sedikit tentang betapa beruntungnya kita berada di Malaysia. Ini kenyataan yang tulus ikhlas, bukan nak ampu sesiapa tetapi sekadar menerangkan yang fakta. Saya baru terima sms dari seorang kawan di negara jiran. Begini bunyi smsnya " Assalamualaikum cikgu, Maaf la saya lambat reply. Baru keluar dari hospital dan dapat 4 bulan mc tanpa gaji. Biasalah kerja dengan kerajaan (sensor), kalau nama ada (b**) dan (b****) benefitnya kurang. Begitulah cerita tentang sms dari kawan saya En Rahim yang bekerja sebagai pemandu kereta bomba.
Baru-baru ini kereta bombanya kemalangan dan dia patah bahu. Dia cedera, masuk hospital dapat mc tapi tanpa gaji. Dia cerita lagi, bukan setakat tak dapat gaji tapi kena ganti puluhan ribu sebab bagi rosak kereta bomba. Inilah yang dikatakan, sudah jatuh ditimpa tangga dan pasu bunga pula kena kepala. Malang bertimpa-timpa. Yang saya nak sentuh satu saja, kalau perkara ini berlaku kepada pekerja swasta, bolehlah tahan.. Ini pekerja awam dari sebuah negara jiran. Kalau kerajaan Malaysia, kalau ada mc maknanya cuti bergaji . Kalau kena kanser misalnya, cuti sampai 2 tahun "full pay". Malah ada yang gila masih dapat terus bekerja dan diberikan gaji penuh.
Itulah yang membuat saya cukup marah apabila ada seorang kawan saya yang berkata
"Aku bencilah tengok anak-anak murid aku ni, " lalu dengan cepat saya pintas,
"Yang hang pi bank ambil gaji setiap bulan hang tak pula benci"
Begitulah segelintir manusia yang tak bersyukur atas nikmat yang kita dapat. Jadi bersyukurlah kita boleh mencari rezeki di negara tercinta yang namanya Malaysia. Kalau di negara jiran, belum tentu kita boleh hidup selesa. Jadi jangan asyik don mengata kat kerajaan kita. Yang tak betul kita tegur, yang betul kita akur dan banyak-banyaklah kita bersyukur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan