Selasa, 8 Disember 2009

Tolong Melayu.


Ketika saya di pejabat pada hari Ahad lepas datanglah seorang yang pakai merc bersama-sama dengan suaminya. Selalunya dengan jurujual saya jarang berbincang, tetapi disebabkan sekarang bukan waktu persekolahan maka saya longgarkan sedikit peraturannya. Dia rupanya bukan jurujual sebab dia datang bukan nak menjual tapi cuma nak bagi penerangan. Hebat teknik dia. Kalau cakap nak jual barang, dan barang itu pula penapis air, saya langsung tak mau dengar sebab di rumah saya ada dua penapis air . Satu penapis jenis tinggi diluar rumah dan satu lagi penapis air untuk diminum. Malah penapis dalam rumah tu siap dengan pelbagai jenis air, air sejuk, suam atau pun panas. Pendekata kalau dari segi penapis, di rumah saya dah cukup lengkap.

Dia merupakan seorang jutawan yang sudah berjaya hasil daripada penglibatannnya dalam syarikat penapisan air tersebut. Penglibatannya dengan syarikat tersebut baru beberapa bulan. Malah dia berkata lagi yang ramai orang Melayu telah menjadi jutawan hasil berniaga dengan syarikat tersebut. Saya pun tergamam sebab saya pun nak jadi jutawan juga. Siapa tak mau senang? Siapa tak mau kaya?. Terfikir pula saya, apakah yang dia maksudkan dengan jutawan? Adakah jutawan itu bila ada aset sejuta? ataupun bila ada duit sejuta? Kalau begitu dah ramai orang kampung jutawan sebab tanah mereka melebihi nilai sejuta kerana sekarang tanah cukup mahal, bezanya mereka jutawan berbasikal buruk.

Dia terangkan lagi bahawa "marketing plan" yang dia buat bukan jual barang tapi lebih kepada "sponsoring" . Contoh bayar RM30,000 lepas sebulan dapat RM4600 dan dapatlah 15 penapis air yang boleh dijual pada harga RM2000 sebuah. Tapi kalau sponsor lagi 2 orang maka dapatlah lagi beberapa ribu. Kalau sponsor 4 orang dapat pula puluhan ribu. Kemudian dia pun tunjukkan orang-orang yang berjaya. Mereka terdiri daripada para doktor, para pengarah syarikat, para guru sampailah kepada pembantu makmal yang semuanya Melayu. Maknanya dengan plan yang mereka kemukakan semua boleh berjaya. Syabas. memang hebat.

Dia juga menyambung mengatakan tauke syarikat adalah seorang bukan Melayu tapi bercadang untuk melahirkan ramai jutawan Melayu. Saya terkejut kerana ramai sungguh syarikat-syarikat nak bantu Melayu. Dulu Pak Man Telo pun kata nak bantu Melayu, lepas tu syarikat Buluh Emas pun nak bantu Melayu malah semua syarikat skim cepat kaya nak bantu Melayu. Patutlah ramai sungguh Melayu yang dah kaya hinggakan ada yang jadi gila kerana terlalu kaya. Ada yang pergi ke petrol pam, bawa basikal nak isi minyak kerana "terlalu" kaya, hasil daripada syarikat yang nak "tolong Melayu".

Dia sambung lagi, dia kata saya banyak pengaruh dan kenal banyak orang. Saya boleh sponsor ramai dan bila sponsor ramai maka cepat saya jadi jutawan. Saya pun tertawan dan bagilah RM30 untuk pendaftaran. Kemudian saya pun fonlah kawan-klawan yang baru pencen. Mereka memang berduit sebab dapat duit graduiti paling kurang seratus ribu. Kalau setakat RM30 ribu, rasanya tak ada masalah. Dalam congakan saya nak dapat 4 orang cukup mudah apatah lagi dengan plan pemasaran yang begitu hebat. Orang yang tak ada duit pun sanggup berhutang, apatah lagi yang memang berduit. Saya dah berangan-angan nak pakai merc bermata kacang, nak pergi umrah percuma dan kalau dapat sponsor ramai dapat pencen pula. Inilah satu-satunya syarikat swasta yang bagi pencen. Syarikat EXXON yang nilai asset bertrillion dolar pun tak boleh bagi pencen. Hebat syarikat ini.

Kemudian selepas saya balik saya fikir kembali. Kalau saya sponsor 4 orang yang baru pencen ini, mereka kenalah pula cari 4 orang lain setiap orang. Maknanya mereka kena cari 16 orang lain. 16 orang lain yang mereka sponsor kena cari 64 orang lain. Dan kalau ada 96 orang dibawah saya, saya dapat pangkat DDM, pangkat yang paling tinggi. Saya congak balik, 96 x RM30,000, maknanya syarikat dapat RM2,880,000.00 Patut dia boleh bagi pencen yang boleh diwarisi. Saya nak pi bank dah nak ambil duit, nasib baik hari Ahad. Bank tutup. Saya bayangkan pula muka empat orang kawan saya yang saya akan sponsor. Kalaulah mereka tak dapat cari 4 orang lagi maka duit mereka akan hilang. Yang dapat hanyalah 15 penapis air yang mereka "terpaksa" jual yang belum tentu lakunya. Mereka mungkin menyalahkan saya kerana kehilangan wang mereka yang amat berharga. Wang daripada simpanan puluhan tahun. Akibatnya keakraban saya dengan mereka akan terjejas. Mereka mungkin hari-hari memaki hamun saya dalam doa mereka. Kalau makbul doa mereka merc saya nanti kena tarik dan saya boleh jadi gila. Sebelum jadi begitu, maka saya ambil keputusan untuk matikan niat nak jadi kaya, matikan niat nak pakai merc.

Kesimpulannya syarikat ini bukan nak tolong Melayu tapi dia samalah seperti orang lain yang nak menipu Melayu sebabnya orang Melayu suka benda-benda yang cepat nak jadi kaya. Dia "paksa" Melayu beli dan Melayu jual dan kerja dia cuma keluarkan penapis air dan mengaut keuntungan jutaan ringgit. Kita tak akan hairan kalau selepas ini kita lihat ramai yang murung kerana hutang menimbun dan balik rumah penapis air bertimbun. Insaflah wahai kawan-kawanku. Sampai bila kita nak di tipu? Memang ada yang kaya tetapi kaya kerana "tenggala" belakang orang lain. Forget about it.

Perhatian: Saya tidak berniat untuk meyinggung perasaan mana-mana bangsa, hanya mengemukakan fakta.

TOLONG MELAYU MERANA.

13 ulasan:

  1. Saya setuju dengan cikgu. Kerana itu jugalah saya tak kaya2.. kerana saya tak pernah terpedaya dengan bisnes MLM ni (lagipun saya amat kedekut untuk mengeluarkan modal walaupun hanya beratus ringgit, apalagi kalau beribu ringgit!)

    Nak berjaya kena tebal muka.. tapi, muka saya npis saja :)

    Hampir semua syarikat MLM dipunyai oleh bukan Melayu dan yang menjayakannya adalah Melayu!

    BalasPadam
  2. salam,

    IP tahu sykt ape ni. Memang la ade yg berjaye. Tp yg tak bjaye tu menimbun. Ape lg melibatkan org kite. Yang dtg pulak biasanya bijak main kate2. Mudah org terpengaruh.Berkete besar lg. Cuma kite kene pk panjang macam yg saudara lakukan. Adakah sanggup ambik risiko? yg mungkin putusnya sahabat td...

    seingat IP dulu IP pernah keje sambilan jd jurujual. Tak nk sebut org ape tp demi ngejar keuntungan barangan rosak pun disuruhnya jual. IP pun tak lame kat situ. Tak sampai hati nk menipu orang. sori la terceloteh panjang pulak.

    BalasPadam
  3. baguslah kalau semua Melayu macam saudara IP dan kakcik seroja. tapi ramai juga yang nak kaya cepat. Saya pun biasa kena juga sedikit tapi dah serik dah. Yang terkena jadikan pengajaran. tapi yang masalahnya Melayu yang dok pi pekena Melayu. Alahai Melayu , bangsaku, sampai bila hangpa nak kena tipu?

    BalasPadam
  4. dah banyak yang saya join,
    tapi tido...
    dapat merasa sikit je...
    Alhamdulillah..

    BalasPadam
  5. semua mlm macam tulah selalunya..
    kecuali yang dok ataih..
    sebab tu kalau saya join mlm bukan harap nak kaya..
    tapi nak bayar minyak kereta..
    ataupun sebab barang tu memang kita nak pakai..

    taklah rugi banyak, tapi untung pun tak banyak
    kata omputih

    no venture no gain..
    too much venture more pain..

    BalasPadam
  6. kekadang orang Melayu mudah lupa...
    bukannya apa sebab nak jadi jutawan muda...
    rela diri ditipu berkali-kali, saya pernah juga terkena...mungkin pasal nak cepat kaya jugak kot...insaflah diri

    BalasPadam
  7. kan ke kata dr m
    melayu mudah lupa..
    sekali kena pun dok nak terpe..
    akhir sekali terkapa-kapa..
    nama sendiri pun dia lupa..

    BalasPadam
  8. saya dah pernah masuk mlm ni dari syarikat a**** milik y***** sampai syarikat z****** milik c***. saya rasa dah sampai masa saya teruskan dengan syarikat dcl ni...........milik melayu, milik islam, tolong melayu, tolong islam...........lagipun barang2 dia pun hebat jugak..........kalau buat betul2 pun boleh jadi jutawan jugak.insya Allah

    BalasPadam
  9. pernah dengar juga tapi belum pernah cuba.
    hantarlah link-link kalau-kalau saya boleh tengok.
    saya nak tolong juga syarikat islam nih macam hpa.

    BalasPadam
  10. HPA tu baik, niatnya baik dan cara dia buat pun yang terbaik. Tu sebab kompeni diia bertahan lama. Apa kerja pun mesti ikhlas.

    BalasPadam
  11. Kawan saya dulu jual buah jeruk rata expo....la ni dah jadi jutawan mi sup di KL. ANI SUP UTARA cawangan sampai di LONDON. SPM gred 3 saja..
    Kena usaha macam dia...sabar.

    BalasPadam
  12. Ada dengar tu, biasa makan pun memang sedap. Alhamdulillah, kejayaan orang kita.

    BalasPadam