Isnin, 14 Disember 2009
Letak jawatan.
Letak jawatan. Itulah perkataan antara ribuan perkataan yang saya dengar pagi tadi apabila makan roti canai di Restoran Berkat. Ceritanya tentang seorang pengurus yang gajinya sudah cukup lumayan telah letak jawatan kerana berniaga jualan langsung menjual satu produk. Hebat , dan saya puji keberanian dia. Saya tak berani nak letak jawatan walaupun kalau dah berjaya dalam program jualan langsung. I dont have the gut to resign. Sorry for me.
Sebenarnya cerita letak jawatan ni memang banyak terutama bagi pegawai kerajaan yang telah berjaya dalam pelbagai bidang. Eloklah mereka letak jawatan dan beri peluang kepada orang lain pula naik pangkat. Kalau tak boleh tumpukan perhatian sepenuh masa terhadap tugas, eloklah letak jawatan. Letak jawatan secara berhemah lebih baik daripada bekerja secara tidak amanah.
Bermula ketika harga getah melambung naik sekitar tahun 50-an dulu ramai guru yang letak jaeatan dan jadi penoreh. Harga getah sekerap saja pun melambung cukup tinggi. Kutip getah sekerap seminggu dah lebih daripada gaji guru sebulan. Labih baik kutip getah sekerap. Itu baru kutip getah sekerap, belum menoreh lagi. Pendapatannya tentulah berlipat kali ganda. Lama kelamaan guru yang letak jawatan menyesal bila harga getah merundum turun dan gaji guru naik. Mereka menyesal.
Ketika harga kelapa sawit melambung tinggi , maka ramai pegawai FELDA letak jawatan dan jadi peneroka. Jadi pegawai FELDA gajinya tak seberapa jika dibandingkan dengan peneroka. Mereka irihati tengok peneroka pakai merc sedangkan mereka pakai toyota ke30. Depa pakat ramai-ramai letak jawatan. Kemudian sekali lagi kelapa sawit turun harga, mereka menyesal pula. Sesalan yang tak akan memberi apa-apa makna lagi.
Terbaru sekitar tahun 90-an , kawan saya semasa di u telah meletak jawatannya sebagai jurutera. Gajinya sudah lumayan, tetapi dia tertarik untuk menjadi jutawan. Dia letak jawatan dan bergabung dengan kawannya seorang "remisier" bursa saham. Memang pendapatannya lumayan sekali. Sehari pendapatannya melebihi gaji saya sebulan. Hinggakan dia kata dia rugi RM6ribu sebab dia sembahyang Jumaat. Begitulah sombongnya mereka ketika itu. Nak mengadap Allah pun berkira. Musim durian runtuh tidak panjang. Ketika saham merundum dan tak mau naik-naik hingga sekarang, saya pun tak dengar khabar darinya lagi. Saya doakan agar dia sihat sejahtera dan mendapat kerja yang baik.
Begitulah sekelumit nasib manusia yang bak kata pepatah " yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran". Oleh itu nasihat cikgu kepada para pelajar, jangan gopoh dalam mengejar kekayaan kerana orang yang gopoh selalunya membuat keputusan yang merugikan. Biar lambat ........
ASAL SELAMAT.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
salam,
BalasPadamMemang ade yang berjaya dalam bisnes pastu letak jawatan. Kat sekolah IP pun ade. Tapi pikir la masak2 dulu. Risikonya besar. Tapi kalau dah berkeyakinan dan stabil apa salahnya. Nasihat IP ambik dulu cuti tanpa gaji barang 6 bulan test market dulu sebelum ambik keputusan nak letak jawatan.
ada seorang guru dulu di sekolah saya ambil cuti setahun, tubuhkan satu syarikat MLM, jual gam, tapi tak laku. merana kawan tu setahun. sekarang dah pencen dah.
BalasPadamletak jawatan perlukan keberanian...ada yang letak jawatan bukan kerana dah bergelar jutawan tetapi berkorban kerana ada anak istimewa...hidup ini penuh dugaan...
BalasPadamitulah dugaan yang dikenakan kepada hanbanya..
BalasPadam"Adakah kamu fikir kamu boleh masuk syurga sedangkan kamu belum pernah diuji? " firman Allah.
nape nak letak jawatan?????hehehehehe
BalasPadamkalau dah tak boleh melakukan tugas dengan baik, maka eloklah letak jawatan daripada menjadi beban kepada orang lain.
BalasPadam