Jumaat, 4 Disember 2009
Chenge
Perempuan dalam gambar ni sangat "chenge" . Mukanya masam, matanya terbeliak, pandangannya tajam. Kalau ada cikgu macam ini alamat anak murid senyap dan khusyuk. Mungkin nak pergi ke tandas pun tak berani nak minta sebab takut. Itulah maksudnya "chenge". Bahasa orang utara yang bermaksud garang atau bengis.
Sepanjang saya menjadi PK HEM di SMK Yan selama setahun setengah ada pelbagai jenis ibu bapa yang saya jumpa. Selalunya saya panggil ibu bapa bila anak mereka bermasalah seperti ponteng kelas, merokok ataupun kekadang menconteng kereta guru. Ada satu insiden di mana kereta guru disiplin yang baru dibeli telah diconteng dengan teruk sekali. Sayang kereta baru beli. Jadi penduannya kalau nak jadi guru disiplin, jangan bawa kereta baru ke sekolah. Contoh macam Cikgu Gan di SMK Aman Jaya. Dia bawa kereta yang amat buruk dulunya sampai dia sanggup mencabar pelajar untuk menconteng keretanya.
Berbalik kepada cerita tadi, selepas kami tangkap penconteng tersebut , saya panggil bapanya yang juga seorang mekanik bersama anaknya sekali. Selepas rundingan bapanya bersetuju untuk membayar RM600 secara ansuran iaitu seratus sebulan. Selepas semua setuju, tiba giliran untuk menghukum anaknya pula. Belum sempat saya berkata apa-apa, bapanya yang tengah marah terus menumbuk anaknya dengan kuat sekali. Nasib baik anaknya sempat mengelak. Kalau tidak sah masuk hospital. Bila anaknya mengelak, penumbuk bapanya terkena kedinding . Nasib baik jugalah dindingnya dibuat daripada "plywood" yang memisahkan bilik PK HEM daripada bilik PK. Terkejut Cikgu Kamariah, PK ketika itu. Kalau dinding daripada batu, bapanya pula yang kena dihantar ke hospital. Itulah cerita bapa yang "chenge". Puas jugalah saya menyabarkan bapanya suruh mengucap dan sebagainya untuk dia "cool down ".
Ada lagi satu kes yang bapanya langsung tak "chenge". Anaknya kerap ponteng kelas dan panjat pagar. Setelah di panggil bapanya dan anaknya, maka berkatalah bapa kepada si anak.
" Tu lah Man, bapa dok kata dah, jangan langgar peraturan sekolah. Man sekolah lah baik, baik, cikgu pun tak marah " dengan nada yang cukup romantis . Selepas sessi tersebut, guru disiplin berbisik kepada saya,
" Patutlah anak melampau, bapa langsung tak chenge. Lain kali kita panggil bapa dan godam dia sebab dia tak reti jaga anak " Saya hanya mampu tersenyum.
Itulah kekadang kita kena "chenge" sedikit tetapi kalau terlalu "chenge" nanti anak lari pula dari rumah. Tak "chenge" anak lari dari rumah ikut kekasih "chenge" sangat pun anak lari dari rumah juga. Serba serbi tak kena. Jadi untuk para pelajar ingatlah jasa ibu bapa. Jangan buat sesuatu yang menyusahkan ibu bapa. Ibu terutamanya telah begitu menderita ketika mengandungkan kita, janganlah derita itu ditambah sehingga kita mencecah dewasa.
"CHENGE" MESTI SEIMBANG.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam... baca artikel cikgu ingat saya dengan adik saya yang juga seorang cikgu. Kalau dirumah antara kami adik beradik dia yang paling pendiam. Tup-tup jadi cikgu... tak taulah macam mana dia mengajar... sambil mengusik mak kami kata 'kelas dia mesti senyap sunyi'. Adik saya tu tersengih jer.. Tak tau lah sekarang nih macam mana. Pernah dulu dia balik kampung keretanya bercalar, tak banyak sikit jer. Bila mak tanya baru cakap "kena conteng dengan budak sekolah". Lepas tu... diam jer.
BalasPadamitulah guru..
BalasPadamumpama lilin yang membakar diri..
hanya untuk menerangi orang lain..
hanya Allah yang membals segala jasa baik guru..
Amin.
huhu. takutnya dapat bapak "chenge" macam tu skali sampai nak tumbuk anak. huhu
BalasPadam