Ahad, 31 Mei 2009

Pelik tapi benar.


Hari ini masa agak terluang untuk mengimbau masa-masa lampau. Masa-masa kenangan manis yang tak mungkin boleh dilupakan. Apalah yang manis sangat tu? Tak lain dan tak bukan ialah kenangan manis ketika berada di Tanah Suci Mekah. Kira-kira 5 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2005. Kenangan yang paling manis di Mekah ialah ketika mengerjakan ukuf di Arafah. Walaupun berada di Arafah hanya sehari semalam sahaja, tetapi itulah nikmat yang paling manis, yang tak dapat dilupakan yang Allah kurniakan kepada saya. Benarlah seperti firman Allah, Haji itu Arafah. Suasana kegembiraan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata, tak boleh dilukiskan di kanvas , malah tak sampai untuk memikirkan kenapalah begitu seronok berada di Arafah? Dalam keadaan yang berhimpit-himpit, nak ketandas pun berbaris, nak makan kena beratur, nak pergi jauh sikit takut tersesat tapi Allah berikan satu kenikmatan yang tak terbayang oleh fikiran. Itulah bezanya antara haji dan umrah. Haji ada Arafah tetapi tak terdapat dalam ibadat umrah.

Tapi yang saya nak ceritakan hari ini bukanlah keseronokan dan kenikmatan Arafah tetapi perkara yang pelik, yang mencarik adat yang berlaku kepada saya sendiri ketika berada di Mekah. Ada dua perkara yang tak boleh diterangkan secara saintifik, tak sampai otak untuk berfikir. Tapi sebenarnya tiada yang aneh jika di Mekah. Banyak cerita yang kita anggap aneh, tapi di Mekah sebenarnya perkara biasa.

Perkara pertama berlaku ketika saya baru saja sampai di Mekah. Saya pergi tawaf bersama-sama isteri. Tetapi disebabkan orang ramai, maka saya dengan isteri terpisah. Nak buat macam mana? Handphone pula tak bawa? nak balik ke hotel belum lagi tahu jalan yang tepat, takut pula sesat. Kalau saya pun takut sesat, apatah lagi isteri. Itulah yang saya risaukan. Maka saya bersungguh-sungguh mengharapkan agar berjumpa dengan isteri saya. Satu harapan yang mustahil jika di Malaysia kerana jutaan manusia ketika keluar dari masjidil haram. Masakan kita boleh mencari manusia yang sedang bergerak dicelah-celah himpitan jutaan umat yang pakai serupa semuanya. Tapi itulah kuasa Allah. Selepas saya berdoa bersungguh-sungguh, sebaik saja saya palingkan muka, nah ternampak dengan jelas isteri saya dalam jutaan manusia. Bukan itu saja, malah dalam himpitan manusia itu saya dapat pergi dan mendapatkan isteri saya tanpa rasa diasak, tanpa rasa dihimpit. Malah begitu senang dan cepat sekali saya boleh mendapatkan isteri saya. Saya beristighfar berkali-kali. Hebat kuasamu Allah. Subhanallah.

Perkara kedua berlaku ketika saya di Mina. Waktu di Mina untuk melontar jamrah, saya tertinggal sebuku sabun di dalam bilik mandi. Sabun itu saya amat kenal kerana ia dibalut dengan sekeping plastik berwarna merah. Saya amat kesal kehilangan sabun tersebut kerana baru sekali dipakai. Malah dalam perjalanan balik ke hotel di Mekah pun saya asyik dok teringat sabun tersebut. Sebalik saja sampai di Mekah saya pun nak mandi dan bukalah sabun dari bekas yang baru. Masuk saja bilik air, saya hampir pitam kerana di depan saya terletak sabun dalam plastik merah. Saya amati sabun itu dan saya kenal itulah sabun yang saya gunakan di Mina. Saya tanya kawan-kawan samada mereka membawa balik sabun tersebut. Tapi mereka menafikan perkara tersebut. Lalu saya fikir kembali, kalaulah mereka bawa balik sabun tu pun , takkan mereka yang letak dalam bilik air kerana sayalah orang yang mula-mula masuk ke bilik air. Sekali lagi, hebat kuasamu Allah. Subhanallah.

Banyak lagilah cerita-cerita lain yang lebih hebat yang berlaku kepada banyak kawan-kawan saya. Cukuplah sekadar renungan.

KAABAH, LAMBAILAH DAKU.

Sabtu, 30 Mei 2009

Memberi, jangan mengharap pulangan.


Ketika makan di kantin pada hari Khamis baru-baru ini, maka terdengarlah perbualan-perbualan yang biasa di kantin. Perbualan tentang perkara kehidupan seharian. Cerita anak, cerita suami, cerita makanan sedap sampailah cerita tentang kutipan derma dari sekolah sebelah. Sekolah sebelah mestilah SRK Ibrahim. SRK Ibrahim akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang tak lama lagi. Ramailah juga para guru SMK IBrahim yang mempunyai anak di SRK Ibrahim. Guru Besarnya pula seorang yang baik hati. Ini sebab saya kenal cikgu Rosli semasa saya masih mengajar di SMK Che Tom. Orangnya peramah, senyumnya manis, berbudi bahasa dan berhemah tingi. Itulah dia Guru Besar SRK IBrahim.

Bila nak adakan HAC , maka biasalah , tentulah perlukan peruntukan. Jadi bagi para pelajar diminta menyumbang sejumlah wang untuk membiayai HAC tersebut. Dalam surat dituliskan pernyataan tentang amaun yang hendak didermakan. Ada 50, 100 dan lain-lain. Maknanya minimun derma ialah RM50. Banyaklah juga dizaman semua barang keperluan sedang melonjak naik. Yang lain-lain itu ialah bila melebihi RM100. Tak kisahlah nak derma berapa pun. Tak mau derma pun tak pa cuma kuranglah sikit seri HAC nanti. Sekolah yang begitu hebat, SRK IBrahim takkan nak adakan HAC yang tak hebat. Yang malu nanti pihak sekolah dan ibu bapa juga.

Berbalik kepada cerita di kantin, maka mereka merungutlah kata mahal. Ada yang kata pula

" Kan ada frasa yang kata lain-lain, maknanya dermalah berapa ringgit pun, selain dari RM50 dan RM100. "

Pulak dah, depa twist ayat pulak. Cikgu pun dah banyak belajar dari Karpal Singh, dah pandai jadi loyar dok ubah tafsiran ayat. Ada pulak yang kata,

"Buat apa bagi banyak, anak aku bukan dapat hadiah " .

Takpalah, nak bagi, bagilah. Kalau tak mau bagi pun takdak sapa nak paksa. Saya pun tak mau ulas panjang-panjang . Tapi satu perkara yang saya nak ulas.

Kalau kita nak derma, nak bagi duit, nak tolong orang jangan harapkan pembalasan. Memberi jangan memikirkan tentang pulangannya nanti. Adakah kita orang yang begitu kedekut? Kalau kedekut pun diam-diam sudahlah. Jangan pula bagi orang tau yang kita ni kedekut sangat. Malu aihh.

Sedangkan dalam Islam, banyak ulama menyatakan kalau kita sembahyang dan berniat nakkan pahala Allah dan syurga Allah, maka kita dianggap orang yang kedekut. Sedangkan Allah jadikan kita tanpa mengharap apa-apa pulangan, kenapa kita pula nak berbakti kepada Allah mengharapkan pelbagai pulangan. Adakah kalau tak dak pahala , maka kita tak buat kebaikan? Adakah kalau takdak janji syurga Allah, kita tak sembahyang? Kedekut sangatkah kita? Kita buat ibadat bukan untuk pembalasan tapi sekadar kita hamba, maka hamba wajib berbakti kepada tuhannya, walaupun tiada ganjaran. Yang kita harap bukan syurga Allah, tapi kita mengharap pengampunan dan redha Allah.

Pernahkah terdengar cerita tentang seorang alim yang bertapa 500 tahun tanpa berhenti beribadat kepada Allah. Kerjanya sentiasa beribadat, siang malam tanpa henti. Tak pernah melakukan dosa tapi bila dia mati dia dihumbankan ke neraka. Kenapa? Kerana ketika malaikat tanya dia nak masuk syurga ini adakah kerana redha Allah ataupun kerana pahalanya? Maka dia terfikir yang pahalanya begitu banyak, tentu dia boleh masuk syurga. Maka dia pun menjawab yang cukuplah pahalanya untuk masuk syurga Allah. Maka ditimbangkan semua amalannya berbanding rahmat yang Allah berikan. Ternyata amalannya amatlah sedikit jika dibandingkan dengan rahmat yang Allah berikan kepadanya. Maka dia pun dihumban keneraka kerana amalannya tidak cukup untuk masuk syurga. Itu dia yang beramal 500 tahun tanpa henti, apatah pula saya yang amalannya terlalu sedikit. Ingatlah kita masuk syurga bukan kerana amalan kita tetapi kerana redha dan pengampunan dari Allah. Jadi beristighfarlah selalu untuk memohon pengampunan dari Allah.

Jadi, relevenkah kita jika terlalu kedekut dan memberi hanya untuk mengharapkan pembalasan? Fikir-fikirkan dan banding-bandingkan agar kita dapat menilai diri kita termasuklah diri saya sendiri.

CARILAH REDHA ALLAH . JANGAN CARI REDHA MANUSIA.

Jumaat, 29 Mei 2009

Depa sudah datang.


Sapa pula yang dah datang. Memanglah di Ibrahim ni hari-hari ada yang datang. Terutamanya ibu bapa datang untuk masukkan anak mereka ke Tkg 6. Terutama dari SMK Aman Jaya, sekolah saya yang dulu. Tanya sebab apa? sebab nak tukar anak dari SMK Aman Jaya. Nak tukar sebab jauh dari rumah. Saya jawab balik, " Nanti masuk U lagilah jauh" sambil gelak sikit. Maklumlah takut depa repot pulak naya saya. Sekarang semua benda boleh dijadikan isu.

Tapi yang saya nak cerita bukan pasal tu. Yang dah datang tu ialah jemaah nazir bagi menilai SMKI untuk pertandingan Anugerah Sekolah Cemerlang. Yang datang pula semua kaum hawa. Kaum yang sedikit cerewet. Bukan saya yang kata, tapi kaum hawalah juga yang kata. Memang boleh diterima bila kaum hawa yang membuat pengakuan. Sampai 4 orang datang. Berpeluh juga saya bagi persembahan powerpoint. Nasib baik dah prepare berkali-kali. Lancarlah juga. Lagi pun saya dah biasa sangat bagi presentation ni terutama bila jadi JU untuk RIMUP dan e-disiplin. Jadilah taklah kekok sangat. kalau tak biasa, mau terkencing dalam seluar. hehehehehh...

Pengetua pula hantar message " buat persembahan dengan tenang ". Tu yang kuat semangat tu. Semua berjalan lancar, dan nazir pun puji. Dr Logeswari ( ketua pasukan nazir ) kata persembahan powerpoint memang baik. Memang powerpoint tu baik. Awat tak baiknya, dah berbulan-bulan sediakan. dah berapa kali edit. Kalau yang kami buat tu drama, kira dah boleh masuk box office. Lepas edit, edit, kemudian edit lagi. Sampaikan Pn Rosizah nak makan pun payah. Asyik dok edit powerpoint untuk persembahan tu. Tapi memang berbaloi.

Kemudian mereka check fail pula. Semua lengkap. Semua "thumbs up " . Semuanya baik dan up to date. Memang hebat guru-guru SMKI. Depa kerja siapkan fail dengan begitu tekun sekali. Masuk pula PSS. PSS pun hebat. PSS lain ada perkataan " Jangan Bising " tapi PSS Ibrahim siap ada muzik sekali. Soft musik. Tu yang hebat tu. Soft muzik memang perlu untuk tenangkan fikiran. Tu sebab kita berzikir pun bunyi juga perlahan-lahan, baru khusyuk. Kalau asyik senyap saja, fikiran akan melayang ke segenap ruang. Hilang kekusyukan. Samalah muzik di PSS. Tu yang membuatkan SMKI berbeza.

Check sana baguih, check sini canggih, check si nun unik. Lepas tu depa pi check pula asrama sebab SMKI ialah sekolah menengah bandar berasrama. Tang tu yang tak berapa elok. Maklumlah SMKI ni sekolah lama.Asrama lama. Macam kita nak mekap orang tua , payah ooi. Macam tu lah juga asrama SMKI. Mungkin point akan turun banyak di bahagian asrama. Itulah yang sedikit slack. Dari segi kokurikulum, berpuluh-puluh pencapaian dipamerkan. Ada yang sampai ke peringkat antarabangsa. Takat peringkat negeri berlambak. Takat peringkat PPD, toksah ceritalah. Banyak sangat.

Jadi Pengetua pun puas hati. Cuma agak terkilan kerana asrama masih belum memuaskan. Jadi setahun dua ni kita akan berusaha untuk menaikkan taraf asrama untuk jadi lebih elok. Bukan untuk pertandingan tapi untuk kesejahteraan pelajar dan untuk sedap mata memandang.

Demikianlah serba sedikit celoteh pada petang ini.

NAZIR DATANG KAMI TATANG.

Jumaat, 22 Mei 2009

Sesakan taukeh SAKAN


Dulu ketika saya masih menjadi PK HEM SMK Yan, pihak sekolah telah mengadakan satu perkhemahan di Tasik Raban dekat Kuala Kangsar. Seronok camping wehhhh.. SMKI pun rasanya perlu banyak sikit buat camping untuk para guru dan murid-murid menghirup udara nyaman ditepi tasik atau laut atau setidak-tidaknya berpengalaman menjejakkan kaki kedalam hutan rimba yang tebal. Yang seronoknya Tasik Raban ni banyak ikan air tawar yang sedap-sedap. Ada ikan tilapia merah ( paling murah ), ada ikan kalui, ikan tengas dan macam-macam ikan lagi. Harganya pun boleh tahan, taklah begitu mahal. Tapi sedap sekali sebab dibakar ketika ikan masih fresh. Bak kata orang "masih berlendair". Teringat saja buat saya terliur. Emmmm sedapnya ikan fresh dibakar, dicicah air asam.

Kita tinggalkan sekejap kisah ikan bakar sebab yang tu bukan topik utama yang saya nak tulis malam ini. Tapi saya nak tulis sikit tentang sakannya semangat taukeh SAKAN. Dalam bahasa orang Kedah, sakan maknanya hebat. Hang hari ini makan sakan. Maknanya kamu hari ni makan hebat, mungkin dari segi harganya, banyaknya atau kesedapannya. Itulah makna sakan. Apa kena mengena pula dengan SAKAN. SAKAN ialah Kedai Borong SAKAN yang dipunyai oleh Tuan Haji Omar. Pergilah kemana-mana kedai borong SAKAN, sah tertulis " Milik Haji Omar". Bekas Pengetua SMK Yan iaitu Encik Nordin Mansor merupakan kawan sekelas Haji Omar. Jadi kami pun jemputlah Hj Omar untuk menceritakan kejayaannya dalam membangunkan perniagaan Kedai Borong SAKAN. Ceritanya memang hebat, kekadang menyayat hati dan kekadang menyebabkan kita rasa begitu bersemangat sekali.

Haji Omar ni dulunya adalah seorang graduan dari universiti. Dia kerja dengan PERKESO sebagai pegawai sehinggalah dinaikkan pangkat menjadi Pengurus Perkeso Telok Intan. Dari awal lagi beliau memang minat berniaga. Beliau berasal dari Kampung Sakan yang berdekatan dengan Alor Star. Ketika masih belajar, beliau telah berminat berniaga kecil-kecilan. Dia pernah buat baju dari guni gandum untuk dijualkan kepada petani yang bajunya sering rosak akibat daripada peluh dan hujan. Sama cerita macam Levis yang buat seluar dari kain jean untuk para pelombong bijih timah. Dari baju guni gandum beliau berniaga macam-macam lagi termasuklah banyak barangan dari Siam. Pendekata beliau sering berulang alik dari Kuala Kangsar kekampungnya untuk berniaga. Sibuk memang sibuk, teruk memang teruk. Kalau tak dipecahkan ruyung mana dapat sagunya?.

Ketika menjadi Pengurus PERKESO Teluk Intan, rutinnya padat sekali. Beliau tinggal di Kuala Kangsar tapi kena kerja di Teluk Intan, jauh sangat tu. Hari-hari dia berulang alik naik bas. Kekadang bas dah habis maka dia pernah tidur distesen bas. Setelah bebarapa kali kena tidur di stesen bas, dia ambil keputusan untuk letak jawatan. Bila saja surat letak jawatan sampai kepada pengetahuan Pengarah Perkeso, maka bergegaslah Pengarah datang berjumpa dengannya untuk mengetahui kenapa dia nak letak jawatan. Jawapannya membuatkan Pengarah pening kepala. Ada ke dia nak letak jawatan kerana nak beli lori kecil untuk meniaga pasar malam. Samalah macam Pengetua letak jawatan kerana nak berniaga ikan tepi jalan. Tentu orang gelak sakan. Tetapi Haji Omar telah bernekad. Nak maju, majulah. Nak bangkrap pun bangkraplah. Letak jawatan adalah satu keputusan yang muktamad.

Lepas letak jawatan makin sibuk jadinya. Tapi itulah pilihannya. Maju sikit dia buka Kedai Borong Sakan pertama di Kuala Kangsar. Ramailah orang mencebik muka, memperli dan mempersenda. Berapa harilah Haji Omar nak bertahan. Haji Omar bodoh, ada kerja baguih pi letak jawatan. Nak berniaga juai pakaian. Ramai orang yang gelak sakan kepada taukeh Kedai Borong Sakan yang berasal dari Kampung Sakan. Tapi Alhamdulillah, berkat usahanya dia berjaya. Dia berniaga seperti Cina berniaga, berjimat seperti orang Sikh dan berhemah seperti orang Melayu. Akhirnya beliau berjaya menambahkan bilangan kedainya dari satu kepada 26 sekarang yang bertaburan diserata Malaysia sehinggalah ke Johor Bharu. Tak taulah pula mungkin setahun dua lagi masuk ke Malaysia Timur. Kami doakan kejayaanmu Haji Omar.
Amin.

Orang beginilah yang sepatutnya kita panggil untuk beri ceramah motivasi. Orang yang betul-betul mengalami dan bukannya yang hanya berteori. Haji Omar tak petah berbicara, tak pandai bagi ceramah sehebat penceramah lain, tapi dia mampu memukau audien dengan pengalaman yang luar biasa. Pengalaman orang biasa yang mempunyai cita-cita luar biasa.

SELAMAT BERJAYA SAKAN TAUKEH SAKAN.

Cerita sereotaip di Hari Guru


Kelmarin saya tak sempat nak updatekan blog. Tapi hari ini ada sedikit kelapangan maka bolehlah updatekan blog untuk tatapan umum. Kelmarin merupakan Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Kedah. DYMM Sultan Kedah telah mencemar duli untuk menyampaikan hadiah-hadiah dan cenderamata. Daulat Tuanku.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Ketepatan masa setaraf orang Jepun. Semua hadir ikut masa yang ditetapkan, persembahan habis tepat pada waktunya dan saya balik pun mengikut masa masa yang diperuntukkan. Mungkin inilah kebaikannya sejak Dr M mengamalkan konsep pandang ke Timur.

Selepas upacara menyampaikan hadiah dan cenderamata, sementara menunggu audien makan ( jamuan ringan ) maka dipersembahkanlah satu pementasan hasil gabungan beberapa buah sekolah. Pementasannya pun berjalan dengan lancar, teratur dan tertib. Tapi member sebelah saya merungut,

"Depa ingat nak persembahkan untuk sekolah tadika ke? "

Saya tersentak sebab saya asyik makan dan kurang mengikuti drama yang dipentaskan. Saya pun teliti drama tersebut. Memang betul, jalan ceritanya macam cerita zaman Malim Kundang cuma bezanya dia ada sedikit tambahan ICT dan pakaiannya yang moden. Temanya cerita pelajar baik jadi orang baik, pelajar tak baik jadi kuli. Pelajar baik jadi doktor, yang tak baik jadi tukang sapu sampah. Sebenarnya tukang sapu sampah pun baik juga cuma pelajarannya saja yang kurang. Kawan saya dulu rajin belajar, dapat nombor dua ( selepas saya ), tetapi kerja kampung saja sebab dia tak diberikan kesempatan untuk kesekolah menengah. Bapanya berhentikan dia di sekolah rendah untuk motong getah. Setiap kali berjumpa, dia akan merungut tak puas hati atas tindakan ibu bapanya yang mencantas cita-citanya. Saya yang melihat keadaannya yang dhaif terasa sedih, sayu yang memilu. Tapi pada masa yang sama timbul rasa bangga kerana mempunyai ibu bapa yang bersemangat tinggi, mempunyai waja diri walaupun hidup penuh kesempitan.

Berbalik kepada cerita yang dipentaskan, memang stereotaip sungguh. Memang layak dipertontonkan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Mungkin juga cerita ini di tunjukkan di sekolah rendah, kemudian bila nak sambut Hari Guru peringkat Negeri, cerita yang sama dipentaskan. Sedangkan audiennya para pengetua, para guru besar, para pegawai PPD, JPN malah Sultan dan kerabat-kerabat Baginda. Buatlah satu persembahan lain yang lebih sesuai untuk golongan professional ini. Buatlah sesuatu yang lebih mencabar. Cerita buat baik dibalas baik cerita lama. Cerita tak mencabar. Apa salahnya buat cerita tentang kegigihan , tentang mereka yang menukarkan kesusahan kepada kesenangan, mereka yang merempuh ranjau duri dengan penuh ketabahan. Banyak cerita yang kita boleh ambil yang membuatkan semangat membara. Contoh yang paling baik ialah cerita seperti cerita Oshin. Yang susah, yang payah tetapi akhirnya berjaya.

Nanti ada pula yang kata cerita Oshin panjang. memanglah panjang tapi boleh dipendekkan, boleh diubah suai. Ataupun ambil cerita lain yang ada di Malaysia. Banyak aih. Cerita budak kampung yang lari ke England naik kapal besi saja, menyorok dalam tong berbulan-bulan, sampai England kerja sendiri ambil kursus undang-undang sampai jadi peguam. Kemudian jadi pula businessman sampai jadi jutawan. Itu berjayalah namanya. Ceita begitu baru lebih sesuai untuk golongan yang hebat ini.

BUKAN MENGHINA . SEKADAR INGATAN.

Rabu, 20 Mei 2009

Jangan terlalu mengharap


Ada pantun berbunyi, pantun enam kerat yang cukup popular termasuk dinyanyikan oleh arwah Sudirman ( the singing lawyer ) yang berbunyi..

Apa diharap padi seberang
Entah berbuah entahkan tidak
Entah disambar pipit melayang
Apa diharap kasihnya orang
Entah bercerai entahkan tidak.
Entah semakin bertambah sayang.

Pantun diatas pantun cinta, tapi cinta tak mesti hanya kepada kekasih. Ada orang cintakan duit, ada yang cintakan pangkat dan tak kurang pula yang cintakan kuasa. Tapi yang paling baik tentulah cintakan Allah. Tapi yang saya nak bicara ni ialah cinta nak mengajar Tingkatan Enam. Ada ke orang bercinta macam tu. Banyak aihhh.. terutama bila dengar guru Tingkatan 6 akan cepat naik pangkat, naik gaji dan naik kategori. Dulu semua mengeluh bila disuruh mengajar Tingkatan 6 tapi sekarang ada yang telefon saya nak masuk ke SMK Ibrahim khas nak ajar T6.

Sebenarnya mengikut pegawai KPM dan JPN yang melawat SMK Ibrahim pagi ini kerana nak tengok perjalanan T6, bagi guru-guru kenalah berfikir panjang kalau nak mengajar T6 dan mengharapkan ganjaran kebendaan. Antaranya guru-guru T6 tak boleh bertukar selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Ada pula yang tak boleh bertukar kalau disekolah yang nak dimasuki tak terdapat kekosongan dalam subjek yang hendak diajar. Guru-guru T6 pula kena balik pukul 4 setiap hari sebab nak disamakan dengan matrikulasi dan maktab perguruan. Kena buat kolokium, kena buat aktiviti kokurikulum. Kalau nak mengajar saja kemudian nak balik rumah, payah sikitlah. Ada pula yang tak akan naik kategori tapi naik KUP ke hakiki. Gaji tak naik tapi pangkat ada sikit naik.

Bukan nak menakutkan sesiapa, cuma nak bagi tau duduk perkara. Takut nanti yang diharap tertiarap, yang dicita-cita tak jadi nyata. Bukan juga cemburu sebab tak mengajar T6 tetapi sebagai peringatan agar jangan terlalu mengharap.

MENGAJAR JANGANLAH HENDAKNYA KERANA KEBENDAAN SEMATA-MATA.

Isnin, 18 Mei 2009

Pincup.


Pincup.. apa tu?

Malam ni takdak cerita yang sensasi. Jadi saya nak tulis sedikit cerita tentang pincup. Apa kebenda eh jang? Tanya orang Nogori kalau kita ceritakan tentang pincup kepadanya. Tapi kalau di Utara , pincup ni memang terkenal sewaktu saya kecil-kecil dulu. Kira lama sangat dah tu. Macam Dr M kata.. Lama dahhhhh.

Pincup ni ialah sejenis makanan yang di recycle. Pendekata orang dulu-dulu memang kreatif bila dalam bab-bab makanan ni. Apa yang depa tak makan? biji cempedak dibuat gulai, sama juga dengan biji durian malah kulit rambai pun jadi makanan. Patutlah orang dulu-dulu kaya-kaya sebab depa pandai berjimat. Nak tau kaya ke tak, cuba tanya berapa hutang depa. Jawabnya sah depa tak berhutang walaupun sesen. Kalau takdak hutang makna kayalah tu.

Oh.. lupa pula pasal pincup . Pincup ni dibuat selalunya dalam persediaan untuk jamuan kahwin. Dulu mana ada orang kontrek untuk kenduri. Semua kena buat sendiri. Dan dulu kalau kenduri mesti ada "rendang besaq" iaitu kari daging yang cukup popular. Kalau takdak "rendang besaq " memang tak sah. Tentu cooomm muka sebab tak dapat rasa "rendang besaq ". Nak buat "rendang besaq" ni pulak kena pakai banyak kerisik. Dulu mana ada kerisik yang dijual dikedai. Nak buat kerisik teruk, kena kopek kelapa, lepas tu kukur dengan kukur kayu ( bukan mesin ), lepas tu kena goreng pula kelapa yang dikukur tadi sampai wangi. Bila dah wangi ni kena tumbuk pulak sampai keluar minyak dan kelapa yang putih pun jadi hitam akibat digoreng. Kerisik inilah yang digunakan untuk buat "rendang besaq".

Lepas kerisik ditumbuk dan dikeluarkan daripada bekasnya, maka tinggallah lebihan-lebihan kerisik tadi yang terlekat dilesung. Lalu diambillah segala jenis buah muda seperti buah pelam, buah pala, putik kelapa, buah cermai , buah nangka muda dan macam-macam lagilah . Bahan-bahan ini lalu dimasukkkan kedalam lesung dan ditumbuk sekali dan bersebati dengan lebihan kerisik tadi., Lepas tu jangan dok jauh, kena cepat-cepat terpa sebab kalau lewat alamat jilat jari sajalah sebab pincup ini cukup laris.

Sedap pincup ooi. Sekarang mana ada dah. Pincup pun orang tak tau dah. Semua pakai mesin, semua pakai otomatik. Zaman dah berubah.

PINCUP. KALAU TAK DAPAT MUKA KECUP.

Sabtu, 16 Mei 2009

H1N1

Swine Flu

What is Swine Influenza?
Swine Influenza (swine flu) is a respiratory disease of pigs caused by type A influenza virus that regularly causes outbreaks of influenza in pigs. Swine flu viruses cause high levels of illness and low death rates in pigs. Swine influenza viruses may circulate among swine throughout the year, but most outbreaks occur during the late fall and winter months similar to outbreaks in humans. The classical swine flu virus (an influenza type A H1N1 virus) was first isolated from a pig in 1930.

How many swine flu viruses are there?
Like all influenza viruses, swine flu viruses change constantly. Pigs can be infected by avian influenza and human influenza viruses as well as swine influenza viruses. When influenza viruses from different species infect pigs, the viruses can reassort (i.e. swap genes) and new viruses that are a mix of swine, human and/or avian influenza viruses can emerge. Over the years, different variations of swine flu viruses have emerged. At this time, there are four main influenza type A virus subtypes that have been isolated in pigs: H1N1, H1N2, H3N2, and H3N1. However, most of the recently isolated influenza viruses from pigs have been H1N1 viruses.

Swine Flu in Humans

Can humans catch swine flu?
Swine flu viruses do not normally infect humans. However, sporadic human infections with swine flu have occurred. Most commonly, these cases occur in persons with direct exposure to pigs (e.g. children near pigs at a fair or workers in the swine industry). In addition, there have been documented cases of one person spreading swine flu to others. For example, an outbreak of apparent swine flu infection in pigs in Wisconsin in 1988 resulted in multiple human infections, and, although no community outbreak resulted, there was antibody evidence of virus transmission from the patient to health care workers who had close contact with the patient.

How common is swine flu infection in humans?
In the past, CDC received reports of approximately one human swine influenza virus infection every one to two years in the U.S., but from December 2005 through February 2009, 12 cases of human infection with swine influenza have been reported.


What are the symptoms of swine flu in humans?
The symptoms of swine flu in people are expected to be similar to the symptoms of regular human seasonal influenza and include fever, lethargy, lack of appetite and coughing. Some people with swine flu also have reported runny nose, sore throat, nausea, vomiting and diarrhea.

Can people catch swine flu from eating pork?
No. Swine influenza viruses are not transmitted by food. You can not get swine influenza from eating pork or pork products. Eating properly handled and cooked pork and pork products is safe. Cooking pork to an internal temperature of 160°F kills the swine flu virus as it does other bacteria and viruses.


How does swine flu spread?
Influenza viruses can be directly transmitted from pigs to people and from people to pigs. Human infection with flu viruses from pigs are most likely to occur when people are in close proximity to infected pigs, such as in pig barns and livestock exhibits housing pigs at fairs. Human-to-human transmission of swine flu can also occur. This is thought to occur in the same way as seasonal flu occurs in people, which is mainly person-to-person transmission through coughing or sneezing of people infected with the influenza virus. People may become infected by touching something with flu viruses on it and then touching their mouth or nose.

What do we know about human-to-human spread of swine flu?
In September 1988, a previously healthy 32-year-old pregnant woman was hospitalized for pneumonia and died 8 days later. A swine H1N1 flu virus was detected. Four days before getting sick, the patient visited a county fair swine exhibition where there was widespread influenza-like illness among the swine.
In follow-up studies, 76% of swine exhibitors tested had antibody evidence of swine flu infection but no serious illnesses were detected among this group. Additional studies suggest that one to three health care personnel who had contact with the patient developed mild influenza-like illnesses with antibody evidence of swine flu infection.

How can human infections with swine influenza be diagnosed?
To diagnose swine influenza A infection, a respiratory specimen would generally need to be collected within the first 4 to 5 days of illness (when an infected person is most likely to be shedding virus). However, some persons, especially children, may shed virus for 7 days or longer. Identification as a swine flu influenza A virus requires sending the specimen to CDC for laboratory testing.

What medications are available to treat swine flu infections in humans?
There are four different antiviral drugs that are licensed for use in the US for the treatment of influenza: amantadine, rimantadine, oseltamivir and zanamivir. While most swine influenza viruses have been susceptible to all four drugs, the most recent H1N1 influenza viruses isolated from humans are resistant to amantadine and rimantadine.

What other examples of swine flu outbreaks are there?
Probably the most well known is an outbreak of swine flu among soldiers in Fort Dix, New Jersey in 1976. The virus caused disease with x-ray evidence of pneumonia in at least 4 soldiers and 1 death; all of these patients had previously been healthy. The virus was transmitted to close contacts in a basic training environment, with limited transmission outside the basic training group. The virus is thought to have circulated for a month and disappeared. The source of the virus, the exact time of its introduction into Fort Dix, and factors limiting its spread and duration are unknown. The Fort Dix outbreak may have been caused by introduction of an animal virus into a stressed human population in close contact in crowded facilities during the winter. The swine influenza A virus collected from a Fort Dix soldier was named A/New Jersey/76 (Hsw1N1).

Swine Flu in Pigs

How does swine flu spread among pigs?
Swine flu viruses are thought to be spread mostly through close contact among pigs and possibly from contaminated objects moving between infected and uninfected pigs. Herds with continuous swine flu infections and herds that are vaccinated against swine flu may have sporadic disease, or may show only mild or no symptoms of infection.

What are signs of swine flu in pigs?
Signs of swine flu in pigs can include sudden onset of fever, depression, coughing (barking), discharge from the nose or eyes, sneezing, breathing difficulties, eye redness or inflammation, and going off feed.

How common is swine flu among pigs?
H1N1 and H3N2 swine flu viruses are endemic among pig populations in the United States and something that the industry deals with routinely. Outbreaks among pigs normally occur in colder weather months (late fall and winter) and sometimes with the introduction of new pigs into susceptible herds. Studies have shown that the swine flu H1N1 is common throughout pig populations worldwide, with 25 percent of animals showing antibody evidence of infection. In the U.S. studies have shown that 30 percent of the pig population has antibody evidence of having had H1N1 infection. More specifically, 51 percent of pigs in the north-central U.S. have been shown to have antibody evidence of infection with swine H1N1. Human infections with swine flu H1N1 viruses are rare. There is currently no way to differentiate antibody produced in response to flu vaccination in pigs from antibody made in response to pig infections with swine H1N1 influenza.
While H1N1 swine viruses have been known to circulate among pig populations since at least 1930, H3N2 influenza viruses did not begin circulating among US pigs until 1998. The H3N2 viruses initially were introduced into the pig population from humans. The current swine flu H3N2 viruses are closely related to human H3N2 viruses.


Is there a vaccine for swine flu?
Vaccines are available to be given to pigs to prevent swine influenza. There is no vaccine to protect humans from swine flu. The seasonal influenza vaccine will likely help provide partial protection against swine H3N2, but not swine H1N1 viruses.

TAKE PRECAUTIONS.

Sepagi di SMK Aman Jaya


Hari ini saya dijemput untuk menyampaikan ceramah tentang e-disiplin di SMK Aman Jaya. Sekolah yang saya menjadi PK HEM dari April 2007 hinggalah Feb 2009 sebelum ditukarkan ke SMK Ibrahim. Seronok rasanya berjumpa dengan kawan-kawan lama yang ditinggalkan. Walaupun baru 3 bulan berpisah, terasa begitu lama. Umpama orang bercinta, kalau tak jumpa , sehari rasanya setahun. ( Betui ke? entahlah ). Semasa saya di SMK Aman Jaya, saya kerja cukup seronok walaupun hari-hari berdepan dengan karenah para pelajar yang bermacam-macam. SetiaP hari ada saja ibu bapa yang datang untuk minta pertolongan, ada yang datang nak buat laporan tentang perihal anak malah ada yang datang nak ceritakan kisah rumah tangga yang tak aman. Macam "marriage councelor " pulak jadinya.

Bulan Mac saya ditukarkan ke SMK Ibrahim. Memanag cukup lega bukan kerana apa, tapi kerana para pelajarnya kurang karenah, lebih pintar, sekolahnya lebih banyak kemudahan dan lebih dekat. duit minyak banyak yang selamat. Pendekata di SMK Aman Jaya saya seronok bekerja apatah lagi di SMK Ibrahim yang lebih dekat dengan rumah. Satu kuncinya ialah "positive thinking" yang saya sentiasa cuba amalkan. Datanglah apa saja rintangan dan cubaan, be positive. Barulah hidup ini penuh bermakna dan tugas yang berat menjadi lebih ringan. Pepatah saya : Bekerjalah dengan seronok tapi jangan seronok sampai tak buat kerja.

Lagi satu yang saya amalkan dan saya harap para guru amalkan ialah " Learn not to say NO ". Kalau kita asyik memberikan pelbagai alasan untuk tidak menjalankah tugas, adakah kita boleh anggap yang kita ni profesional?. Sedangkan sudah jelas guru termasuk dalam bidang professional. Orang yang professional boleh buat semua tugas yang diberikan. Tak kiralah kerja itu berat ataupun susah. Pokoknya mesti dibereskan dalam masa yang ditentukan. Kalau kita bEri kerja kepada pelajar dan pelajar berkata " No , I dont want to do " jadi apa perasaan kita?. Tentu kita kecewa dan tak kurang pula yang marah. Maka kalau Pengetua berikan kita tugas, janganlah pula kita bagi pelbagai alasan. Itu menunjuukkan sikap tidak positif. Dari segi kualiti kerja, itu terpulanglah kepada keupayaan masing-masing. Do the best within our capacity and if its still not very good, try to improve it the next time. Bukan dengan mengatakan tidak untuk mengelakkan dari buat kerja. Itulah antara pesanan Pengetua SMK Aman Jaya En Sivamuni iaitu para guru sentiasalah berfikiran positif.

SMK Aman Jaya sudah mempunyai bangunan baru yang tesergam indah. Bilik Mesyuarat pun sudah elok hasil diubahsuai daripada Perpustakaan lama. Alhamdulillah, tidak lagi berasak-asak para guru bila bermesyuarat. Keadaan lebih selesa dan mesyuarat dapat dijalankan dengan lebih lancar. Ini kerana SMK Aman Jaya mempunyai hampir 150 orang guru. payah nak cari bilik yang boleh memuatkan sebegitu ramai guru. Sekarang sudah lega. Maka para guru bolehlah menumpukan perhatian dengan lebih kepada pesanan-pesanan Tuan Pengetua. Guru-guru SMK Ibrahim patut berasa bertuah kerana SMK Ibrahim mempunyai Dewan Kuliah yang serba serbi lengkap dan cukup selesa untuk menampung keseluruhan guru. Bersyukurlah ke atas setiap nikmat yang kita dapat.

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. SELAMAT HARI GURU.

Rabu, 13 Mei 2009

Bila kanser menjenguk


Kanser? Barah? Itu umpama surat hukuman gantung yang dihulurkan kepada banduan bilik akhir. Begitulah persepsi kebanyakan orang dan persepsi itu pun bukan kebetulan. Persepsi ini disebabkan penghidap kanser selalunya menemui ajal dalam masa paling lama 5 tahun kerana kanser tiada ubatnya. Kanser bukan disebabkan oleh mana-mana kuman. Rupanya penyakit yang bukan disebabkan oleh kuman ini banyak yang bahaya dan mengancam nyawa. Samalah seperti penyakit kencing manis, serangan jantung, buah pinggang dan sebagainya semuanya diklasifikasikan sebagai penyakit yang amat membahayakan. Kanser pula ada pelbagai jenis, kanser payu dara, kanser hati, kanser prostrate dan macam-macam lagi termasuklah kanser otak.

Dulu atok saudara saya kena kanser hati, 3 bulan meninggal. Kemudian ibu saya kena kanser kulit di kaki, kaki kena potong dan Alhamdulillah dia selamat tetapi kemudian dia meninggal kerana strok pula. Satu lagi penyakit yang bukannya dari kuman. Lepas tu sahabat saya di kampung, kena pula kanser usus, 6 bulan mati. Kemudian anaknya pula kena kanser otak, 3 bulan meninggal. Tahun lepas sahabat saya di SMK Aman Jaya kena kanser hati. Lebih kurang 6 bulan lepas itu meninggal. Sebab tu lah semua orang takut dengan kanser sebab kanser terkenal penyakit yang membunuh.

Kemudian tak semena-mena isteri saya diserang simtom kanser iaitu amat mudah mengantuk . Tidur lama pun tak mau puas. Hairan sebab dia jarang mengantuk sedemikian rupa. Kemudian ada pendarahan pada payu daranya. Hati dah berdebab-debub sebab tu semua tanda-tanda kanser. Pergi ke METRO check, buat scan, buat mamogram, sah ada benjolan. Kemudian buat pula biopsi, sah kanser tahap satu. Alhamdulillah sebab baru tahap satu.

Bila kena kanser payu dara, lain cerita tak ada kenalah buat mastektomi. Itu yang menakutkan. 20 hari pertama sibuk cari ubat sini sana. masa dan wang tak terkiralah habisnya. Berapa ratus , nyatakan saja, akan dibayar tanpa banyak bicara. Ada doktor kata ubat Transfer Factor. Sepuluh hari punya bekalan RM800. Bayangkan kalau dua tiga tahun, boleh menggelabah juga bagi cikgu yang bergaji kecil ini. Kemudian ada pulak orang cerita di Alma, ada seorang dukun Cina yang buat ubat. 3 botol RM200. Murahlah tu. Bawa balik untuk diminum. 3 hari ubat tu busuk satu rumah. Entah apa yang dimasukkan saya pun tak tau. 2 botol setengah dibuang begitu saja.

Akhirnya ada kawan cakap pergi ke doktor Chris Teoh di Ca Care , Pulau Pinang. Saya bawa isteri pergi. Rupanya Dr Teo ni ialah Profesor Botani di USM yang dah bersara. Jadi, dia bukan doktor perubatan tapi doktor falsafah. Phd rupanya. Kliennya memang hebat. Ada yang bawa merc, BMW dan macam-macam kereta mewah lagi. Ada yang datang dari Singapura, Indonesia malah dari Australia pun ada. Dari video yang ditunjukkan memang berjaya. Ramai yang tak payah buat pembedahan untuk membuang sel-sel kanser. Rasa yakin dengan perubatannya. Bila giliran kami jumpa dia, dia pun tanya samada dah buat biopsi ke tidak? Isteri saya tunjukkan laporannya. Dia jawab senang saja, kalau dah buat biopsi kenalah mastektomi. Katanya biopsi akan membuatkan sel kanser merebak dengan cepat dan dari pembacaan saya memang tepat. Jadi kalau kena kanser , kalau tak mau bedah, jangan buat biopsi. Nak tau lanjut tentang Ca Care, sila lawat disini http://cacare.com/

Nak kata apa lagi. Maka kami pun pergi ke KMC dan buat mastektomi. Tapi lepas mastektomi hati rasa lega sebab kanser tiada dijumpai dalam nodus limfa. Maknanya sel kanser belum merebak. Kemudian seminggu lepas tu, lagi lega kerana tiada receptors menandakan isteri saya bebas dari kanser sepenuhnya. Tak payah buat radioterapi ataupun kemoterapi. Tapi walaubagaimanapun makan kena pantang. Daging out of question. Seumur hidup tak boleh sentuh daging. Jus buah-buahan kena minum selalu. Minyak, gula dan garam kena kurangkan dengan banyaknya. Yang baik sekali makan biji aprikot. Sehari tujuh biji. Insya Allah kanser tak akan datang lagi. Nak beli biji aprikot, carilah dalam laman web. Sekilo hanya RM70 sahaja. Sekilo pun boleh makan selama 3 bulan. Kira murah sangatlah tu.

Demikianlah serba sedikit pengalaman bila kanser menjenguk.

POSITIVE THINKING, CANCER WILL SINK.