Penanda arasan, itulah benchmarking.Pada 19 September 2010 ada 50 orang Pengetua daripada negeri Perak hendak datang ke SMK Ibrahim nak buat benchmarking. Setiap tahun beginilah yang kami lalui. Ada saja benchmaking dari pelbagai pertubuhan, sekolah , JPN dan ada yang datang dari seberang laut. Hebat sangat ke SMK Ibrahim ni? Tak taulah nak jawab tapi itulah hakikat. Orang luar sentiasa datang buat benchmarking..
Apa benchmarking tu? Penanda arasanlah.. apa lagi. Yalah yang tu semua orang tau. Benchmarking selalunya dilakukan untuk mencari apa-apa kebaikan sesuatu sekolah yang dilawati serta untuk mengaplikasikan disekolah sendiri. Taklah sekolah saja, jabatan-jabatan atau syarikat-syarikat selalu juga buat benchmarking untuk menaikkan mutu serta produktiviti organisasi. Selalunya bench marking dibuat di satu sekolah yang lebih baik atau paling kurang hampir sama prestasinya dari sekolah yang hendak ditingkatkan pencapaiannya. Antara yang dilihat ialah cara pengajaran dan pembelajaran, fail-fail perancangan strategik jangka panjang dan jangka pendek, environmen sekolah, "niche area" sekolah dan apa-apa juga yang dapat digunakan sebagai bahan untuk diaplikasikan untuk menambahkan mutu sekolah sendiri.
Benchmarking adalah baik jika dilakukan mengikut prosedur yang betul. Pemilihan sekolah mestilah tepat serta dapat dicontohi. Pemilihan ini amat kritikal kerana kekadang sekolah memilih tempat dilawati bukan berdasarkan pencapaian sekolah tetapi lebih kepada kedudukan sekolah yang dekat dengan tempat-tempat peranginan ataupun tempat membeli belah. Kalau beginilah jadinya, maka benchmaking menjadi benchshopping. Matlamat tak tercapai dan pembaziran berlalu. Inilah yang patut dielakkan..
Sebenarnya bemchmarking yang saya ceritakan ini telah pun dilakukan tetapi saya baru menulis sebab ini merupakan artikel terakhir saya mengenai SMK Ibrahim Saya telah bertukar dari SMK Ibrahim bermula daripada 1 Oktober 2010 ke SMK Taman Selasih. Tulisan yang seterusnya adalah berkaitan SMK Taman Selasih, Kulim... Ibrahim tetap dalam kenangan...
Benchmarking... not money wasting...
Salam,
BalasPadamSememangnya benchmarking sesuatu yang perlu bagi memandu kita kearah pencapaian objektif yang dituju.
Tahniahlah jika sekolah Tuan dipilih sebagai,the ideal comparable subject untuk dijadikan penanda aras,mungkin pencapaian dl pelbagai bidang yg ketara.
Singgahlah:
ke ruang memasak : http://mcburnkgkitchen.blogspot.com
wasallam