Rabu, 31 Mac 2010

Extremist

Extremist... sedap weh dengar istilah tu. Extremist dekat-dekat nak sama dengan komunis. Bunyi hujung serupa, maknanya pun hampir serupa bagi sesetengah manusia yang tak reti bahasa. Ketika saya di Sarawak dulu, adalah seorang guru yang mengatakan puak-puak tertentu ektremis sebab menekankan unsur-unsur seperti tutup aurat. Lalu saya tanya dia, apakah yang dia maksudkan dengan ekstremis? Dia kata yang keterlaluan. Saya tanya , apakah pula maksud keterlaluan? Dia jawab lagi

 " Tu macam yang dok tekankan sangat tentang pentingnya tutup aurat, " Buah cepu emas sudah mari, maka saya dengan ringkas, selamba dan bersahaja menjawab...

" Allah pun keterlaluan rupanya sebab yang mewajibkan tutup aurat tu Allah..."  Dia tersengih dan sepi. Lepas tu dia tak pernah lagi mengeluarkan kata-kata ekstremis dengan saya.

Itulah sebahagian manusia yang suka menggunakan perkataan ekstremis. Polis yang baik , yang selalu tangkap perompak akan digelar ekstremis oleh perompak. Perompak yang selalu merompak, bunuh orang, tembak orang pula akan digelar ekstremis oleh polis. Mana satu ekstremis yang betul? Fikirkanlah sendiri.
Orang yang sembahyang 20 kali sehari semalam akan digelar ekstremis oleh orang yang tak pernah sembahyang, dan orang yang tak pernah sembahyang akan digelar ekstremis oleh orang yang kuat sembahyang. Maknanya ekstremis ini relatif tetapi mana yang betul. Fikirkan sendiri sekali lagi.

Banyak lagilah kes-kes ekstremis ini yang dibahaskan. George Bush yang bunuh orang Iraq dianggap ekstremis oleh Osama dan Osama pula diangggap estremis oleh Bush . Mana ekstremis yang betul. Lontaran pertanyaan yang memerlukan pemikiran. 

Bagi saya senang saja, sebab saya ada panduan yang nyata, yang jelas dan yang ketara. Nak susah apa? Kalau dia tak mengikuti suruhan Allah dan Rasulullah, maka dia ekstremis. Tak kiralah siapa nama dia dan apa pangkat dia. Kan mudah begitu. Tak timbul lagi masalah dok mengata sana mengata sini, malah kita sendiri boleh memikirkan adakah kita ini ekstremis. 

Ekstremis ini memang digunakan oleh musuh-musuh Islam terutama puak-puak Yahudi yang terkenal jahat itu. Adakah saya yang kata depa jahat? Bukan, tetapi Quran yang mengatakan begitu. Kalau orang tutup aurat dengan baiknya dulu digelar ekstremis. Yang buka sana , buka sini digelar moderate. Pelik-pelik macam lubang telinga dimasuki cengkerik. 

Oleh itu sentiasalah kita berwaspada dan berjaga-jaga agar kita tidak tersalah menggunakan perkataan ekstremis pada tempat yang salah. 

EKSTREMIS SINIS.













4 ulasan:

  1. Bagi saya golongan yg ekstrimis tu macam yang larang lelaki perempuan dari tgk sesama sendiri. Ada ke meeting tak leh tgk org yg lain jantina. Menunjukkan macam kita ni takde confidence and tak professional pulak. Padahal duduk satu dewan, tapi semua dok tunduk je. Pastu kalau tgk bebudak tepuk tgn n bersorak pun nak marah. mcm la islam tu teruk sgt larang kita buat semuanya. kalau camtu, org bukan islam [pun takut nak dekati islam.

    BalasPadam
  2. Adake yang mesyuarat macam tu, payah jugak nooo

    BalasPadam
  3. saya gemar melukis komik. salah satu komik saya letakkan di meja belajar di sekolah (di sekolah saya adalah biasa untuk menghias meja sendiri kerana kami ada plastik cover :) )

    nak dijadikan cerita, lukisan komik tu saya ada lukis dua tangan yang bersentuhan, tiba-tiba waktu pendidikan islam, ustaz saya memerli saya kerana meletakkan lukisan macam tu. saya tahu salah kalau bukan muhrim bersentuhan. tapi itu kan cuma lukisan. salah ke? esoknya ustaz memanggil saya ke biliknya dan cakap kiranya saya masih anggap dia ustaz saya, buang lukisan tu, kalau tidak jangan datang ke kelas dia lagi.

    T_T

    BalasPadam
  4. ustaz tu pun awat dok teruk sangat, lukisan macam tu bukan ada apa2 sebab bukan lukis orang yang lengkap.. lukis tangan saja bersentuhan, tak ada masalah aihhhh... itulah pendapat peribadi saya...

    BalasPadam