Ferris wheel. Itulah permainan yang banyak kerusi yang berpusing-pusing. Dulu banyaklah ferris wheel ini di "fun fare". Sekarang "fun fare ini dah berkurangan. Orang tak mau pergi fun fare dah. Depa dok tengok face book pula. Sekarang dah ada face book fare. Kalaulah face book kutip seorang seringgit setahun, berbillion pendapatannya setahun. Hebat, hebat.
Teringat anak saya dulu, dia naik ferris wheel. Tiba diperingkat yang paling atas, dia menangis, gayat dan nak turun, kacau bilau jadinya. Hari ini saya nak buat satu analogi dengan ferris wheel. Kehidupan kita umpama ferris wheel. Ferris wheel kehidupan.
Ilham ini terbit daripada pengalaman saya ketika menghadiri kenduri kahwin adik ipar saya. Pada hari kenduri, adik ipar saya telah memberikan sedikit sedekah kepada seorang tua. Orang tua tu mengambil dengan senang hati, tetapi lepas itu air matanya mengalir. Saya hairan, dia sedih apa? Patutnya seronok sebab dapat duit. Saya tanya adik ipar saya tentang hal tersebut. Rupanya begitulah setiap kali dia diberikan duit oleh adik ipar saya. Baru tau, ada cerita disebalik cerita, ada watak disebalik rupa.
Dulu, keluarga isteri saya adalah sangat miskin. Tak mampu nak masukkan air paip. Anak ramai , pendapatan kurang, manalah ada duit untuk masukkan air paip. Maka untuk air basuhan , mereka akan pergi ke paip tepi jalan untuk membasuh pakaian. Untuk air minuman, isteri saya dan adik-adiknya terpaksalah pergi mengambil dirumah orang tua ini. Orang tua ini dulu kayalah sebab suaminya kerja kerajaan. Gaji tetap. Bolehlah bayar air paip. Setiap kali adik ipar saya mengambil air paip dirumahnya, setiap hari itulah kena tahan telinga kerana dikata macam-macam tentang keluarga adik ipar dan isteri saya. macam-macamlah keluar. Anaknya pula asyik dok hendap saja takut ambil air banyak . Sedangkan mereka ambil pun bayar duit, sebulan seringgit. Bukan ambil percuma. Tapi itulah orang miskin, sentiasa dihina dan dicerca.
Masa berlalu, tahun berganti, keluarga isteri saya ramai yang masuk universiti. Ramailah yang berjaya mendapat pendapatan yang agak tinggi. Anak-anak orang tua ini pula tak menjadi. Dia nak makan pun kena jaga cucu. Kalau tak jaga cucu alamat miss soru. Kesian kepada dia. Maka itulah sebabnya setiap kali dia menerima wang daripada adik ipar saya, dia akan menangis. Ferris wheel sudah berputar. Yang dulunya atas, kini dibawah. yang dulunya dibawah, kini di atas. Oleh itu kita kenalah beringat sentiasa bahawa kita sebenarnya sedang menaiki ferris wheel. Jangan pandang rendah kepada orang yang mungkin tidak sehebat kita. Jangan pula terasa terlalu bangga akan orang-orang yang lebih hebat daripada kita. Tak ada yang lebih hebat daripada Allah. Hanya Allah saja yang kita pandang amat hebat.
FERRIS WHEEL ROTATES.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan