Khamis, 4 Mac 2010

54


















Terharunya rasa hati
Terasa besarnya budi
Bila anak-anak murid sendiri
Mengucapkan selamat hari jadi

Selamat hari jadi cikgu
Moga panjang umur
Murahkan rezeki
Amalan biarlah bertambah lagi

Anak-anak ku yang disayangi
Ida, Ila, Iza, Hafizi, Hafizul
Isteri yang disayangi, Suhaini
Semua ucapkan,  Selamat Hari Jadi

Cikgu2 tak ketinggalan
Selamat hari jadi diucapkan
DG54 sudah jadi kenyataan
Bukan pangkat tapi umur yang dipanjangkan

Kawan-kawan di FB juga peringatkan
Selamat hari jadi diucapkan
Umur dipanjangkan, rezeki dimurahkan
Terima kasih saya ucapkan

Terasa hiba hati ini
Kerana umurku pendek setahun lagi
Berapa tahun lagi Allah akan beri
Untuk menghuni dunia ini.?

Kepada kawan dan taulan
Anak-anak, isteri dan rakan
Ucapan kalian saya semadikan
Dalam sanubari tanda penghargaan

2 ulasan:

  1. salam,

    alhamdulillah selame setahun usia tu bertambah lg.. moga dipanjangkan umur & murah rezeki serta mendapat keredhaanNya... Selmt Hari Lahir

    BalasPadam
  2. terima kasih. semakin tua semakin sayu, semakin hiba kerana terasa usiaku telah bila..... akan tamatnya. biarlaha tamatnya usia dalam husnul qatimah.amin

    BalasPadam