Selasa, 16 Mac 2010

Logik

  

Ada banyak definisi bagi logiK tetapi saya ambil yang paling mudah difahami ialah : Averroes defined logic as "the tool for distinguishing between the true and the false". Mengikut Averroes, logik adalah satu alat untuk membezakan di antara yang benar dengan yang palsu. Itulah logik mengikut kata beliau. Betulkah definisi beliau? Maka kita perlulah menggunakan kebolehan "critical thinking" untuk menjawab persoalan tentang logik. Mari kita siasat beberapa keadaan berikut.

Sekumpulan manusia yang hidup turun temurun dalam hutan tebal Amazon, yang tak pernah terdedah ke dunia luar, tak pernah mendengar berita tentang dunia luar, juga mempunyai logiknya sendiri. Kalau kita tiba disana dan menceritakan bahawa di Malaysia ada satu bangunan yang diperbuat daripada batu bata yang amat tinggi yang dinamakan KLCC. Dalam KLCC pula ada satu tempat seperti tasik yang cukup luas yang boleh menempatkan ikan jerung yang cukup besar. Bagi orang Amazon ini tentu dia kata tak logik. Bagi orang Malaysia itu logik. Siapa yang benar, siapa yang salah? Kedua-duanya mempunyai logik mengikut perspektif masing-masing.

Bila Rasullullah menceritakan tentang israk mikraj yang menunggang burak untuk berjumpa Allah dilangit yang teramat jauh, sampai sekarang pun saintis kata tak logik. Sebab mana ada binatang yang boleh terbang sebegitu cepat. Naik kelangit yang bertrillion kilometer dan turun kebumi dengan seekor binatang yang bernama burak dalam separuh malam. Logik ke? Bagi kita umat Islam logik sebab Allah maha berkuasa dan kita percaya Allah mampu melakukannya. Bagi orang yang tak mempercayai kehebatan Allah, merekla kata tak logik sebab mereka mengukur logik mengikut keupayaan akal mereka yang amat terbatas . Malah dalam satu artikel , pernah saintis menyatakan yang kalau kita ada kenderaan selaju cahaya, kederaan itu akan terbakar bila mencapai kelajuan cahaya. Itu logik mereka yang tidak ada iman. Logik bagi kita yang beriman ialah "anything possible" dan Allah mampu lakukan segala-galanya. Kun fa yakun, Allah kata jadi maka jadilah. Itulah bezanya orang beriman dengan orang tak beriman. Ilmu mereka mungkin banyak, mereka mungkin ada 4 PhD, tapi mereka tidak mempercayai kehebatan Allah kerana mereka tidak beriman.

Apabila berlaku israk mikraj dan Rasulullah menceritakan kepada orang ramai, maka mereka tidak percaya. Mana mungkin Rasulullah boleh berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam masa yang begitu singkat. Tentu tak logik kata mereka. Datanglah mereka cuba mempengaruhi Saidina Abu Bakar. Tapi Saidina Abu Bakar yang penuh iman bertanya kembali;

" Siapa yang membawa berita ini ? 

" Rasulullah " kata mereka.

"Kalau Rasulullah yang menyatakan ini, maka aku percaya " kata Saidina Abu Bakar. 

Beliau percaya bukan mengikut logik akal tetapi mengikut iman. Definisi logik tidak boleh digunakan disini. Kalau kita nak gunakan logik disini, jangan gunakan logik ikut perspektif kita. Kita gunakan logik ikut perspektif Allah yang mampu melakukan apa saja.

Begitulah timbulnya kontroversi oleh seorang penulis yang cukup popular dulunya, yang mengatakan tak logik ada siksa kubur. Dia kata pula mana boleh malaikat masuk ke kubur nak menyiksa orang. macam mana malaikat nak bawa cemeti, nak bawa pemukul kedalam kubur. Macam mana pula nak menghayun pemukul dalam kubur yang begitu gelap dan begitu padat? Dia tambah lagi, kalau yang mati kena bom yang berkecai segala tulang dan isi, nak pukul apa pula? Dia buat lawak lagi, kalau mati dan dibakar, dan debunya ditaburkan keserata tempat., macam mana pula malaikat nak memukulnya? Itulah logik akal yang menyesatkan. Bila kita membicarakan tentang hal-hal begini, kita tak boleh menggunakan logik akal kerana akal kita amat terhad kemampuannya. Itulah sebabnya kita ditanamkan dengan iman. Kita kena faham bahawa yang nak menyiksa itu bukan manusia, tapi malaikat. Kita mempertikaikan kerana menggunakan logik akal manusia. Cuba kita gunakan logik akal malaikat tentu boleh kan, sebab malaikat logiknya berbeza. Malaikat tak pernah makan dan minum, logik ke malaikat boleh hidup dengan umurnya yang cukup panjang?. Kenapa manusia yang makan minum, sakit pergi hospital tapi mati sedangkan malaikat tak makan, tak minum, tak ada hospital, tapi tak pula mati. Hakikat ini pun dah tak terfikir oleh logik akal kita yang sempit ini.

Oleh itu dalam hal-hal yang bersangkutan dengan iman, jangan sesekali gunakan lojik akal kita yang begitu sempit. Perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga, neraka, kiamat dan sebagainya adalah perkara-perkara yang Allah jadikan untuk menguji iman kita, untuk membezakan orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman.

LOGIC SOMETIMES LIES.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan