Selasa, 27 Oktober 2009
Proting belacang
"Mak cik gak tau, proting-proting. Mak cik tau juai belacang aja." Begitulah kata seorang makcik yang didenda RM600 oleh mahkamah kerana menjual belacan yang kurang kandungan protein. Kurangnya pun tak banyak, cuma 1.25 % sahaja daripada kandungan yang ditetapkan oleh undang-undang. Kesian makcik, jual belacan untungnya tak seberapa, kena denda pula. RM600 bagi makcik penjual belacan adalah banyak. Boleh dibuat belanja dapur sebulan. Tapi itulah undang-undang. Undang-undang tidak mengenal kaya miskin, tua atau pun muda. Tak tau bukan boleh dikatakan tak bersalah.
Sebenarnya inilah pertama kali saya tahu bahawa jual belacan pun kena tau kandungan proteinnya. Sekarang ini kebanyakan kita makan sajalah belacan. Kalau sedap kita kata sedap dan kita beli banyak sikit. Kalau tak sedap kita beli sekali sajalah. Tak tau pulalah berapa kandungan protein belacan tersebut. Nak ukur kandungan protein dalam belacan bukan satu kerja mudah. Saya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam pengkhususan Biologi pun dah lupa macam mana nak selidik kandungan protein dalam makanan. Yang saya tau nak uji tentang kehadiran protein. Kita gunakan Millons reagent. Tapi nak tau banyak mana protein rasanya agak sukar.
Nasib baiklah makcik tu cepat mengaku salah. Kalau makcik tu tak mengaku salah dan minta dibicarakan rasanya susah juga pihak pendakwa. Nak kena terangkan macam mana alat untuk mengukur kandungan protein dalam belacan. Nak kena bagi tau hakim tentang semua perkara tersebut. Rasanya mungkin perbicaraan menjadi lebih menarik. Walaubagaimanapun, dari sekarang semua penjual belacan kenalah berhati-hati dan kenalah mereka ukur berapa kandungan protein dalam belacan yang mereka jual. Lagi senang tak payah jual belacan, tak perlu tau kandungan protein dan taklah kena denda. Selamat.
Apa kena mengena protein dalam belacan dengan guru? Inilah yang saya ingin bicarakan hari ini. Hoi mukadimah punya panjang, baru nak "mai " isi. Semua kita yang bergelar guru tak dapat mengelak daripada memeriksa kertas peperiksaan atau kertas ujian para pelajar. Dalam kita memeriksa kertas pelajar, kekadang kita terlalu "strict". Satu markah pun kita ambil kira. Satu markah pun kalau pelajar tak lulus tetap tak lulus. Kalau markah lulus 41, pelajar yang dapat 40 kita gagalkan. Nak tunjuklah bahawa kita ini "strict" dalam pemarkahan. Adakah ini baik? 40 markah pelajar gagal tetapi 41 markah pelajar lulus. Beza satu markah tetapi itu adalah antara lulus dan gagal. Kalau kertas objektif tak apalah juga tapi kalau kertas subjektif, macam mana? Adakah kita yakin kita memberikan markah yang amat tepat?
Bandingkan situasi ini. Katakan nak pergi haji tambangnya RM10,000. Katakan ada seorang makcik yang hanya ada RM9999. Lagi seringgit dapat pergi haji. Adakah kita terlalu kedekut nak bagi seringgit kepada makcik tersebut. Seringgit sahaja tetapi membolehkan makcik pergi haji. Jauh beza di antara pergi haji dengan tidak. Samalah macam markah. Satu markah sahaja tetapi antara lulus dengan gagal adalah sesuatu yang amat ketara. Oleh itu seruan saya, janganlah kita berkira sangat nak bagi satu markah sekiranya satu markah tersebut membolehkan pelajar tersebut lulus. Semangat pelajar akan berbeza di antara lulus dengan gagal. Satu markah sahaja tapi boleh menambahkan seri di muka.
Saya pernah mengalami perkara seperti ini ketika saya belajar dulu. Dalam Additional Mathematics saya dapat 40 sedangkan markah lulus 41. Cikgu punyalah berkira, satu markah pun saya merayu-rayu tak dapat juga. Akhirnya saya kena rotan dengan pengetua hanya kerana satu markah. Yang dapat 0 pun kena rotan, yang dapat 40 pun kena rotan. Maka samalah yang dapat 40 dengan yang dapat 0 dari segi kena rotan. Kekadang "strict" yang tak bertempat begini merugikan pelajar. Begitulah coretan untik hari ini.
KETEGASAN KEKADANG MERUGIKAN.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam kenal & ziarah ke sini
BalasPadamJika berlaku situasi lulus dan gagal dik kerana 1 markah - beri saje la - pemurah la sikit...kalau tanda kerja kursus pun - selagi tak dapat yang terbaik diminta buat yang lagi baik jugak. 1 markah memberi impak yang sangat besar kepada murid ( bagi mereka yang mementingkannya...ade budak tak kisah pun! )- silalah je AGK
kalau berfikiran macam tu baguslah sebab kita pun kekadang buat silap juga. mana tau yang satu markah tu memang hak pelajar.
BalasPadam