Isnin, 19 Oktober 2009
APC
APC. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Itulah anugerah yang diberikan kepada para pekerja yang menunjukkan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Dulu dalam SSB ada istilah melintang dan menegak. Kononnya banyak sangat korupsi dalam pemberian melintang menegak, jadi sekarang ditukarkan pula kepada APC. Dapatlah RM1000. Jadilah untuk belanja menyediakan baju sekolah anak-anak dan untuk bayar cukai jalan. Tu pun kalau kereta 2 biji tak cukup sebab insurans kereta sekarang pun mahal. Sebenarnya dulu dalam SSB pun baik dah tetapi ada yang salah gunakan maka terpaksa tukar.
APC ini perkara sensitif. Banyak yang dok komplen bila tak dapat. Bila dapat depa senyap saja. Biasalah, perangai manusia. Tapi kalau kita ingat balik kepada Allah, kita tak akan komplen sebab yang bagi tu bukan manusia tetapi Allah. Kalau Allah tak bagi, jangan haraplah nak dapat. Kalau Allah nak bagi tak ada siapa boleh menghalang. Itulah hakikat yang kita kena ingat. Kalau kita ingat hakikat ini, kita tak akan marah, tak akan gundah dan darah tak akan naik. Hidup dalam ketenangan dan ketenteraman. Hakikat itulah yang saya pegang dalam apa juga perkara. Mungkin kita tak dapat APC tapi Allah anugerahkan anak-anak yang bijak, harta yang banyak, kesihatan yang baik. Itu semua dah lebih daripada APC. Jadi konsep saya, buat kerja sebaik mungkin, nak dapat ke tak dapat APC , itu kita letak ketepi. Dapat Alhamdulillah, tak dapat pun Alhamdulillah. Yang penting ketenangan jiwa dan itulah APC yang paling hebat.
Tahun ini Pengetua dan kami golongan pentadbir termasuklah semua GKM diajak berunding untuk menentukan siapa yang layak menerima APC bagi tahun 2009. Inilah kali pertama saya diajak berunding. Sebelum ini walaupun telah memegang jawatan GKM, PK Kokurikulum dan PK HEM, saya tak pernah diajak berunding untuk menentukan APC. Nampaknya Pengetua Ibrahim mengambil kira pandangan semua pentadbir dalam menentukan penerima APC. Inilah yang baik dalam menentukan perkara yang penting ini. Jangan buat kerja " one man show " sebab kalau orang marah, semua akan menghala kepada Pengetua seorang saja. Biarlah kerja sebagai satu pasukan, kalau dimarah pun satu pasukan kena marah. Kuranglah sikit beban daripada seorang sahaja kena marah.
Saya sebenarnya suka juga kalau tak dipanggil dalam penilaian APC. Bukan senang nak menentukan siapa yang baik. Semua cikgu Ibrahim baik, semua kerja kuat malah semua layak. Yang tak layak saya seorang sahaja kerana saya kurang baik jika dibandingkan dengan mereka semua. Penilaian APC ini pun akan ditanya Allah. Kenapa kita pilih sipolan dan tidak orang lain. Nak jawab depan Allah bukan senang. nak jawab depan polis pun terketar-ketar, inikan pula depan Allah. Kalau tersilap pilih, kita dapat dosa. Susah ooi, orang yang kita pilih dapat duit, ,kita yang memilih duit tak dapat tapi dapat azab Allah. Nauzubillah.
Dalam pemilihan ni, kena ambil kira macam-macam. Bangsa kena bagi adil, jantina pun kalau boleh nak adil, taraf pendidikan pun mesti adil. Kuota mesti kena ikut. Jadi memilih penerima APC bukan satu kerja yang mudah. Jadi saya "salute" kepada Pengetua yang boleh buat kerja secara "one man show ". Walaubagaimanapun selepas berbincang panjang dan lihat rekod-rekod yang lepas, akhirnya dapatlah satu senarai penerima APC untuk tahun ini. Saya harap semua setuju. Jangan dok komplen lagi noo, sebab kami bincang panjang nak pilih pun. Semua perkara dah diambil kira dan semua ada sebab yang konkrit kenapa mereka dipilih. Tahun depan dapatlah mereka APC. Kita tukang pilih dapatlah tersengih nampak gusi. Puas hati kerana memilih yang betul-betul layak dan berbakti.
APC KEKADANG PUNCA BERKELAHI.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam cikgu..
BalasPadambukan tugas yang mudah untuk memuaskan hati semua orang....
tuhan pun tak boleh puaskan hati semua orang..
BalasPadamapatah lagi manusia yang serba serbi lemah..
buatlah setakat terdaya..
kalau di tempat saya bertugas APC diberikan berdasarkan ranking markah SKT...siapa yang markah tertinggi dia akan dapat APC. Masalah berlaku berlaku apabila markah yang diberi itu berbeza-beza,ada banyak penilai yang akan memberikan markah penilaian SKT kepada pekerja dibawah seliaanya.Saya bernasib malang apabila penilai saya seorang yang tegas(atau kedekut)dalam memberikan markah SKT .Tiap tahun saya mendapat markag SKT yang tidak melayakkan saya untuk mendapat APC , maka dah 11 tahun saya bekerja ..masih tidak berpeluang merasa untuk APC...walaupun markah SKT saya sentiasa 80 keatas setiap tahun .
BalasPadam