Rabu, 10 Februari 2010

Sombong

Dulu saya pernah dengar satu cerita tentang orang Inggeris yang cuba untuk berucap dalam Bahasa Melayu. Beginilah kata-katanya lebih kurang;

"Saya merasa sungguh sombong kerana diminta untuk berkata-kata disini". 

Orang semua terpinga-pinga sebab dia kata dia sombong. Rupanya dia tak tau terjemahkan perkataan "proud" . Cari-cari dalam kamus dia jumpa sombong. Itulah kamus pun kekadang tak betul. Dulu saya jumpa perkataan "bacon" , kamus kata daging bakar. Barulah saya tau sekarang bacon ialah daging khinzir dibakar. Nasib baik saya tak makan "bacon". Jadi kalau nak cari kamus, beli yang diiktiraf oleh DBP. Jangan dok cari yang murah takut nanti bahasa kita parah.

Tapi sombong yang saya nak cerita ni bukan maksudnya "proud" tapi memang sombong sunguh. Yang sombong tu pula ialah orang kita yang cakapnya macam kita, yang kulitnya serupa kulit saya, yang pandapatannya mungkin kurang dari saya, yang cerdiknya mungkin setaraf saya, dan banyak lagilah yang, yang , yang .. serupa dengan saya. Cuma satu sahaja yang dia lebih, iaitu dia lebih sombong dari saya. Itu pun kalau saya boleh dikategorikan sebagai yang sombong.

Malam tadi isteri saya suruh isikan minyak dalam kereta kerana keretanya sudah habis minyak. Lepas isi minyak saya pun singgahlah di satu restoran yang bertajuk " Makanan setaraf hotel tapi harga setaraf warung". Makanannya memang sedap tapi harganya pun sedikit mahal, tapi taklah mahal macam hotel. Padanlah dengan manusia miskin seperti saya ini. Sedang menunggu makanan tiba, berhentilah sebuah kereta dan turunlah tiga orang. Yang seorang terus menerpa kepada saya dan bersalaman. Terharu juga saya bila dia mencium tangan saya. Saya bukanlah ulamak untuk dicium tangan. Itulah yang saya bangga kerana para pelajar SMK Ibrahim memang amat tertib dan bersopan santun. 
Tapi satu yang pelik, saya lihat bapanya? (atau abangnya?) langsung tak bersalaman dengan saya. Malah tak ditegur pun. Saya bukanlah marah sangat dilayan sebegitu sebab saya pernah dimaki di sekolah terdahulu malah di SMKI pun ada perempuan muda maki saya dengan perkataan yang tak sedap didengar. Saya dah "mangli" dengan makian dan kekadang saya balas balik sampai dia terkedu dan minta maaf. Kenapalah orang kita ini sombong sangat? Kalaulah kita jutawan, atau korporat besar, takpalah juga. Mungkin saya yang bertaraf guru ni tak setara dengannya. Tapi ramai jutawan yang saya kenal baik-baik belaka. Neighbour saya pun jutawan. Setiap kali raya Cina dia beli 2 biji mercedes baru. Kayalah tu tapi dia cukup baik. Neighbour saya satu lagi pun cukup hartawan. Dia ada estet getah sebanyak 15000 ekar, Ada 10 ekar pun kaya apatah lagi 15000 ekar. Memang amat kaya dan dia pun baik. Malah dia selalu memberi pelbagai sayuran yang ditanam diladangnya.

Pelik juga saya memikirkan, kekadang manusia dia semakin sombong bila dia kaya "sedikit" tetapi menjadi semakin baik bila mereka "kaya " banyak. Tapi saya taklah sombong walaupun tak kaya. Saya tak sombong kan? Anak saya pernah mengalami perkara yang sama ketika dia jadi "cashier " di The Store Central Square. Ketika dia sedang membungkus barangan pelanggan, dia dibantu oleh seorang kanak-kanak, lalu kanak-kanak tersebut ditegur oleh ibunya dengan nada begini.

"Buat apa hang tolong dia, dia tak  palah sebab tak belajar macam hang" 

Itulah kata emaknya, sedangkan anaknya yang belajar tu pun baru nak ambil UPSR. 5A belum tentu dapat. Anak saya panas telinga dan dia pun kata dengan lembut,

"Mak Cik, saya ini ambil kursus kejuruteraan kimia di Universiti Teknologi Petronas, Saya kerja ini sebagai menghabiskan cuti sahaja. "

Lalu dia keluarkan kad matrik UTP dan tunjukkan kepada mak cik tu. Barulah makcik tu slow sedikit dan tersipu-sipu malu. Anak baru nak ambil UPSR dah rasa besar sangat. Apalah....Itulah sekelumit cerita manusia yang sombong. Ingatlah, manusia tak layak sombong. Sombong hanya layak pada Allah sahaja sebab Allah maha pencipta segala.


SOMBONG TAK KEMANA.


6 ulasan:

  1. Salam cikgu,
    Saya ada juga mengikuti blog cikgu, catatan cikgu bagi saya sangat menarik dan memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada pembaca tentang liku2 kehidupan. Ada antara tulisan cikgu yang terkena batang hidung saya sendiri dan saya berterimakasih pada cikgu.

    Tahniah cikgu, wassalam

    dari jamil, Kuala lumpur

    BalasPadam
  2. salam,

    perkongsian yg menarik...sesame insan ni tak kire harta dan pangkat same jee yg beza amal taqwa kite ...

    BalasPadam
  3. terima kasih jamil kerana sudi mengikuti blog saya yang tak sehebat mana ini. Begitulah jugalah insan pendidik yang blog anda tak sempat lagi saya singgah. Nanti saya akan singgah juga. Saya menulis untuk mengingati setakat yang terdaya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum cikgu,

    Terima kasih kerana sudi menulis. Saya baru terserempak blog cikgu daripada blog sahabat saya, Azizul yang kini menuntut medik di Ukraine.

    Teruskan menulis, cikgu. InsyaAllah saya akan mengikuti blog cikgu mulai hari ini.

    Wassalam

    BalasPadam
  5. Hello there,

    Singgah di sini sebab ternampak di nuffnang. Saya pun pernah mengalami perkara seperti ini apabila saya bekerja di sebuah restoran di sini. Ketika saya sedang mengemas meja pelanggan-pelanggan dengan mengambil pinggan mangkuk mereka yang kotor, salah satu daripada mereka berkata ,"Oh, maaf tak boleh bantu, tangan-tangan ini(dengan menunjuk tangan dia) sangat bernilai. Million dollar hands doing business here." Saya berasa kata-katanya amat biadab dan hampir membalasnya ,"Maaf ya encik. Tangan saya ini kotor kerana mengemas meja kotor kamu. Akan tetapi, tangan saya juga yang akan bertanggungjawab mengendali ubat-ubatan anda. Itu sebab saya sedang mengambil kursus Master dalam bidang farmasi di sini juga.

    But anyway, it was nice reading your blog.

    BalasPadam
  6. mesti yang kata tu tak berapa kaya, kerana yang kaya betul selalunya berhemah. mungkin juga yang itu okb orang yang baru nak kaya , tu yang menyombong sakan....

    BalasPadam