Sekarang ini heboh pasal sambutan Maulidul Rasul. Orang ini kata dia betui, yang seorang lagi kata dia betui. Biasalah, bila bergaduh macam tulah bunyi dia. Yang penting tentu ada satu yang betul dan satu yang tak betul ataupun dua-dua betul. Betulke? Ikut sukalah nak bertekak macam mana pun, tapi bertekak tu bagus juga, menunjukkan publisiti yang begitu meluas telah diberikan kepada sambutan Maulidul Rasul. Teruskan bertekak untuk mengingati kalahiran Junjungan kita Rasulullah yang kita amat sanjungi. Kata orang bertekak macam tu ialah positif, untuk mengingati kelahiran Rasulullah, memanglah hebat.
Pagi ini saya melayari internet, jumpa satu artikel yang pelik lagi tak bersuluh. Mana punya hujah dia ambil saya pun tak tau. Saya amat terkilan bila dia mengatakan yang bulan kelahiran Rasulullah iaitu Rabiul Awal lebih mulia daripada Ramadhan. Selalunya saya tak mau masuk campur hal-hal sensitif begini, tetapi sekarang dah lebih. Untuk peringatan, bulan Ramadhan disebut dalam Al Quran, tapi bulan Rabiul Awal tak disebut dalam mana-mana ayat Al Quran, malah hanya bulan Ramadhan sajalah yang disebut dalam Al Quran. Kalau dah bulan Ramadhan disebut dalam Al Quran, buat apa nak pertikai lagi. Malah kalau nak dikupaskan tentang kelebihan bulan Ramadhan , rasanya tak cukup kalau saya buat 10 perenggan lagi. Enough is enough.Cukuplah dok bertekak jangan sampai lari akidah. Bertengkar biar membina bukan untuk meruntuhkan iman. Takkan kita nak pertikai apa yang Allah tetapkan. Allah dah tetapkan bulan Ramadhan paling mulia, yang hang dok kata Rabiul Awal lebih mulia pasai apa?
Antara kelebihan Ramadahan ialah 1. bulan Al Quran diturunkan, 2.bulan yang ada Lailatul Qadar, 3.bulan yang ada paling banyak rahmat, 4. bulan yang syaitan ditambat, 5. Bulan yang diwajibkan kita berpuasa , malah kalau berperang pun orang Islam menang sentiasa. Bulan Rabiul Awal hanyalah mencatatkan kelahiran Rasulullah. Bukan bermakna bulan kelahiran Rasululah tak penting, tapi yang saya tekankan disini bulan Ramadhan yang terbukti lebih penting. Bukan saya yang kata tetapi Allah yang berfirman melalui Al Quran. Tak kanlah itu pun masih tak faham.
Pengajarannya ialah sebelum bertengkar atau berbincang atau bertekak, sediakan dulu garis panduan. Ini untuk menentukan yang bertengkar itu tidak melebih sempadan. Takut kerana bertekak, iman gugur. Rugi yang teramat sangat. Orang boxing pun ada pagar sebab boxing hanya dalam gelanggang. Diluar gelanggang depa sama-sama minum kopi dan balik rumah naik kereta sekali. Macam tulah kita pun, kita rakyat Malaysia, jagalah keharmonian negara. Jangan dok bertengkar sampai iman kita sendiri yang gugur. Kata orang nak menegakkan rumput sehelai jangan sampai satu bendang kerja terbengkalai ( peribahasa saya cipta sendiri ).Buat bendang tu bagi beres dulu, kemudian bila dah kerja semua dah beres, masa banyak lagi, tak tau nak buat apa dah barulah pi menegakkan rumput yang sehelai tu. Rasanya semua pihak kena fahamlah perkara ini... Banyak lagi perkara lain yang kita kena buat, yang dok bergaduh pasai bulan tu sebab apa? Kerja yang lain semua dah selesai ke?
PERJUANGAN BELUM SELESAI.
salam,
BalasPadamIP sebetulnye malas nak layan org yg mandai buat fatwa sendiri. Biarlah yg arif sahaja keluarkan fatwa. Tapi kenyataannye tu bahaye gak terutama bg org yg cetek ilmu. Ni juga tanda dunia nak sampai akhir zaman kerana org yg tak arif soal agama mandai plak cakap pasal agama...wallahualam
Mungkin mereka terlupa kata-kata Saidina Abu Bakar : Jika kamu menyembah Muhammad maka hari ini Muhammad sudah wafat tetapi jika kamu menyebah Allah, Allah kekal selama-lamanya. Ambillah iktibar.
BalasPadam