Selasa, 16 Februari 2010

Figures

Baru balik daripada menghadiri kenduri di rumah adik ipar di Kuala Selangor. Letih juga sebab kena jugalah meringankan tulang sebab dulu waktu kenduri saya depa pula meringankan tulang  membantu saya dengan begitu tekun sekali. Letih tetapi berbaloi kerana membantu keluarga yang terdekat. Itulah "berderau" tenaga yang kita amat perlukan ketika kita menghadapi kecemasan serta kesibukan yang amat sangat. Alhamdulillah, kenduri berjalan dengan lancar dan tanpa apa-apa kejadian yang memilukan. Syukur padamu Allah.

Sampai dirumah bukalah tv dan terbukalah pula program "business news". Lalu diceritakanlah tentang orang- orang kaya di Malaysia. Diceritakan yang terkaya di Malaysia mempunyai harta puluhan billion. Yang kelima terkaya pun mempunyai harta melabihi 10 billion.Berapa satu billion tu? bersamaan dengan 1,000,000,000 atau pun lebih mudah lagi 1000 juta. Banyak ooiiiiiihhhh. Kalau ada duit satu bilion ringit, maknanya ada  RM1000 juta. Maknanya kalau kita himpunkan selonggok sejuta, maka kita ada 1000 longgok. Seribu longgok duit sejuta. Banyak tu. Kata orang belanja sampai mati pun tak habis. Malah kalau dia dimatikan 5 kali dan dibangunkan lima kali lagi, tu pun belanja tak habis. Buat apa duit banyak sangat tu?

Orang miskin dikampung mungkin tak tau nak congak banyak mana satu  billion itu. Istilah orang kampung ialah ribu, juta , laksa. Mai mana laksa saya pun tak tau mungkin dah terlalu banyak mereka teringatkan laksa yang banyak urat tu. Lepas laksa kalau ditanya lagi tentu depa kata bihun pula sebab bihun lagi banyak urat-uratnya daripada laksa. Lagi pun adakah mereka perlu membilangnya, untuk apa? Samalah seperti kita yang tak kaya, perlukah kita tahu nilai duit satu billion itu. Kita sebagai guru hanyalah perlu tahu untuk matematik sahaja. Tak lebih dari itu. Oleh itu saya sikit pun tak terasa apa-apa kalau dikatakan si anu kaya berbillion ringgit dan si nun pula kaya bertrilllion rupiah. Untuk apa? sebab bukan kita dapat menfaat apa-apa. Tauke tu kaya, tapi barangan yang dikeluarkannya mahal juga. Lainlah kalau dia kata sebab dia terlalu kaya, maka produk keluarannya turun harga. Adalah juga menfaat. Kita dengar cerita mereka kaya samalah seperti kita mendengar cerita Bill Gate kaya. Dia kaya, tapi kita untung apa?

Orang miskin tak mau dengar siapa kaya berbillion ringgit, tapi depa nak dengar depa dapat apa daripada kekayaan itu. Kekayaan yang begitu hebat tanpa agihan yang saksama tidak mendatangkan apa-apa makna. Cuma yang kita akan dengar lepas ini ialah si kaya membelikan jet-jet peribadi yang serba canggih, sikaya membelikan beg-beg tangan yang berharga ratusan ribu, sedangkan si papa terus melata, simiskin dok teruk kena "pekin" dan yang makan gaji dok kena berjimat hari-hari. Inilah yang dikatakan kekayan yang tidak mendatangkan keberkatan. Apa guna kaya kalau tak berkat. Lebih baik miskin tetapi Allah berkati. Di akhirat kita tak disoal tentang kekayaan harta tetapi kekayaan amal ibadat. Jadi jangan dok megah berlebihan kalau kita lihat orang kaya-kaya kerana mereka dengan kita kekadang jauh beza. Kita ada ketenangan jiwa yang kekadang mereka tak pernah rasa.

Bantal emas belum tentu menjadikan tidur nyenyak. Pinggan emas belum tentu menjadikan selera makan. Kereta hebat belum tentu menjadikan perjalanan berkat. Pendekata semuanya terpulang kepada Allah. Keberkatan Allah itulah yang kita kejari. Harta dunia hanyalah sementara kita masih bernyawa, masih boleh menggunakan pancaindera. Ketika kita sakit, nak makan tak boleh, wang berjuta hanyalah figures yang tiada makna apa-apa. Bukan tak boleh kaya, tapi yang tak boleh ialah menjadikan harta benda itu sebagai matlamat hidup. Itu yang merosakkan kita. Kata orang " harta hanyalah setakat ditangan, jangan bawa masuk ke hati.

FIGURES JUST NUMBERS.

6 ulasan:

  1. Salam,

    Walaupun kita tak mungkin dapat jadi jutawan di dunia, insya-Allah kita diterima menjadi jutawan akhirat. Mudah-mudahan .Ameen

    BalasPadam
  2. Amin, amin, amin.. InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. salam,

    begitula kalo kenduri kawin ni tak menang tangan dibuatnye...kalo jadi cekgu tu tak kaya manapun tapi insya'Allah kite kaya kebahgiaan berkat doa drp anak murid nanti...

    BalasPadam
  4. itulah yang kita cari, kebahagiaan didunia dan diakhirat. Amin

    BalasPadam
  5. Yes, figures are just numbers in the same manner that in real life bukan semua yang kaya itu "listed". Majallah Forbes sendiri bukannya boleh nak publish tanpa izin terlebih dahulu nama2 billionaires malah masa ini realitinya Bill Gates dah susut nilai asset and there's one Mexican far richer (contoh aje). Di Malaysia, paling kaya somewhere around 20 billion RM. Itu yang "listed" tapi ada orang Melayu yg semewah RM 270 billion but nobody knows him kecuali PM. Orang tu pernah pinjamkan pada kerajaan Malaysia baru2 ini wang sebanyak RM 20 billion lepas Najib gagal pinjam wang from the Arabs.

    Tapi apalah ada pada wang? Kita datang ke dunia ini tak berbekal apa2 dan pulang nanti cuma bawa dosa pahala. Allah itu kalau mahu menguji seseorang, dibagiNya either kepayahan atau kemewahan hidup. Rugilah orang yg masa susah begitu ingat pada Allah tapi bila senang, lain cerita.

    Terima kasih cikgu, kita jumpa lagi. Saya sedang surfing aje, relax2 lepas makan malam. Sana mungkin udah jam 11 pagi tapi siko nak masuk jam 9 malam. Sambil2 tu, nak testing guna ISP Malaysia, ada software nya. Software "Hide ISP" berlambak tapi pinda ISP jarang2 boleh jumpa.

    BalasPadam
  6. Tentang yang pinjam meminjam saya tak maulah komen banyak-banyak sebab saya tak tau tapi tentang amalan kita memang saya setuju. Kita datang sehelai sepinggang tapi kita kembali bukan sehelai sepinggang tetapi membawa banyak sama ada dosa atau pahala.

    BalasPadam