Ahad, 13 September 2009

Salah saya.


Salah saya. Itulah ungkapan yang amat sukar diucapkan oleh orang Malaysia. Jarang kita jumpa orang-orang kita mengucapkan perkataan tersebut. Jarang orang mau mengaku salah. Selalunya kalau berlaku sesuatu yang tak dikehendaki, masing-masing salah menyalahkan. Masing-masing mengaku tak bersalah. Hasilnya masalah tak selesai tapi bertambah pula.

Sepatutnya kalau berlaku sesuatu yang tak diingini, masing-masing mengaku salah masing-masing. Hasilnya masalah akan selesai segera dan punca masalah dapat dicari dengan lebih cepat. Semua akan berasa puas dengan mengakui kesilapan dan pada masa yang sama akan terus memperbaiki diri masing-masing.

Teringat saya kata seorang ustaz. Dia kata ;

" Kalau kita lihat orang muda buat dosa, katakan bahawa aku lebih teruk daripada dia kerana aku dah tua tapi masih melakukan dosa ".


" Kalau kita lihat orang tua melakukan dosa, kita katakan bahawa aku lebih teruk dari dia kerana dia tak melakukan dosa pada waktu muda sedangkan aku melakukan dosa dari muda sampai ke tua "


Dengan berniat sedemikian, kita taklah merasai diri kita ini hebat, tak pula kita akan memperlekehkan orang lain. Dari itu kita boleh buangkan sifat riak yang amat berbahaya bagi seorang Islam. Riak banyak membawa manusia ke neraka.


Samalah dengan mengaku kesalahan diri. Dengan cepat mengaku salah menunjukkan kita manusia yang lemah, yang serba kekurangan dan hilang sifat takabur dan riak. Orang yang takabur dan riak sebab dia merasakan dialah yang lebih daripada orang lain. Bila dia merasai lebih daripada orang lain, maka mulalah merasai dirinya hebat. Dia mula kagum dengan dirinya dan itulah mulanya sifat riak yang membawanya keneraka. Oleh itu elakkan sifat takabur dan riak.


Ini banyak berlaku kepada diri saya. Ketika membuat jadual waktu baru-baru ini, saya terlupa menanda butang untuk membahagikan waktu sama rata. Maknanya kalau 25 waktu, sehari dapatlah 5 waktu. Disebabkan kesilapan itu, ada guru yang dapat tujuh waktu sehari dan ada pula hari yang dapat hanya dua. Itu kesalahan saya dan saya akui. Saya juga kurang membuat penyelidikan kerana ada guru yang kena datang lewat sebab mereka mengajar diluar waktu sekolah iaitu pada waktu petang. Saya tak "memblok" jadual mereka pada waktu pagi maka jadilah mereka datang pagi dan balik amat lewat. Ada pula yang dapat masa balik 2.50 petang sehingga 3 kali seminggu. Ini pun masalah juga sebab selalunya waktu 2.50 petang ini, setiap guru dapat sekali sahaja atau paling banyak pun dua kali. Itulah bebarapa kesalahan yang saya lakukan.

Saya sedari kesalahan dan saya tuliskan notis meminta maaf dan berjanji membuat semula semua jadual waktu tersebut agar lebih menyenangkan para guru. Ada guru mengatakan inilah kali pertama dalam hidupnya berjumpa dengan seorang PK yang meminta maaf. Sebenarnya itu memang polisi saya. Sebagai ketua yang di puji jika dapat sesuatu pengiktirafan , dia seharusnya berani mengaku kesalahan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan. Ketika saya jadi PK HEM dan PK Koko saya sentiasa menyatakan bahawa kalau ada kegemilangan dalam kepimpinan saya, itu adalah hasil kerja kita semua tetapi jika ada kelemahan, itu adalah kelemahan saya sendiri dan saya minta maaf.

Dengan cepat-cepat meminta maaf, rasa marah orang lain kepada kita menjadi kurang. Bila kita mengaku salah, orang nak kata apa lagi?
Tak rugi mengaku salah walaupun kesalahan itu mungkin kecil. Kalau semua orang berani mengaku kesalahan sendiri, akan kuranglah pertelingkahan dan kuranglah ketegangan. Yang penting akan kurang rasa marah kerana rasa marah ini boleh menaikkan darah. Bila darah naik, boleh kena sakit jantung. Bahaya tu.

MENGAKU SALAH SELESAI MASALAH.

4 ulasan:

  1. Salam bahagia,

    Ini kali pertama saya membaca blog dan entry cikgu halim..saya bekas pelajar cikgu..mgkn cikgu xkenali..

    Namun,saya cukup kagum dgn sifat rendah diri cikgu dan berani ngaku kesalahan..sememangnya manusia sukar untuk mengaku dirinya salah apatah lagi apabila dirinya berada di tmpt yg lebih tggi..

    Saya cukup byk bertembung dgn masalah ini dlm universiti sya..sya sbg pljar akn ngaku salah jika ada kesilapan dlm menjalankan tugasan..tp staf yg dikira berada di tmpt lebih tggi drpd pelajar bkn saja tidak mengaku dirinya salah malah asyik hanya akan menunding jari kpd peljar..

    Tahniah cikgu halim..berharap sifat baik dan mulia ini dpt diikuti oleh semua guru2 smki dan pelajar2 smki..

    Salam kenalan..boleh kunjungi blog sya yg xseberapa..http://jasonlaw87.blogspot.com

    BalasPadam
  2. kan saya dah kata..
    orang Malaysia payah sekali nak mengaku salah walupun ternyata kesalahan memang berlaku..
    anyway jason law ni student saya di mana?

    BalasPadam
  3. Saya dulu bljar di smkaj..
    skg sbg pengerusi alumni smkaj..bru saja kami tubuhkan..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..
    barulah ceria sikit smkaj..
    dapat pengetua baru, dapat bangunan baru, dapat pk baru, dapat pk hem baru, dapat penyelia petang baru dan sekarang dapat pula alumni baru..
    teruskan usaha anda... selamat berjaya..

    BalasPadam