Rabu, 31 Mac 2010

Extremist

Extremist... sedap weh dengar istilah tu. Extremist dekat-dekat nak sama dengan komunis. Bunyi hujung serupa, maknanya pun hampir serupa bagi sesetengah manusia yang tak reti bahasa. Ketika saya di Sarawak dulu, adalah seorang guru yang mengatakan puak-puak tertentu ektremis sebab menekankan unsur-unsur seperti tutup aurat. Lalu saya tanya dia, apakah yang dia maksudkan dengan ekstremis? Dia kata yang keterlaluan. Saya tanya , apakah pula maksud keterlaluan? Dia jawab lagi

 " Tu macam yang dok tekankan sangat tentang pentingnya tutup aurat, " Buah cepu emas sudah mari, maka saya dengan ringkas, selamba dan bersahaja menjawab...

" Allah pun keterlaluan rupanya sebab yang mewajibkan tutup aurat tu Allah..."  Dia tersengih dan sepi. Lepas tu dia tak pernah lagi mengeluarkan kata-kata ekstremis dengan saya.

Itulah sebahagian manusia yang suka menggunakan perkataan ekstremis. Polis yang baik , yang selalu tangkap perompak akan digelar ekstremis oleh perompak. Perompak yang selalu merompak, bunuh orang, tembak orang pula akan digelar ekstremis oleh polis. Mana satu ekstremis yang betul? Fikirkanlah sendiri.
Orang yang sembahyang 20 kali sehari semalam akan digelar ekstremis oleh orang yang tak pernah sembahyang, dan orang yang tak pernah sembahyang akan digelar ekstremis oleh orang yang kuat sembahyang. Maknanya ekstremis ini relatif tetapi mana yang betul. Fikirkan sendiri sekali lagi.

Banyak lagilah kes-kes ekstremis ini yang dibahaskan. George Bush yang bunuh orang Iraq dianggap ekstremis oleh Osama dan Osama pula diangggap estremis oleh Bush . Mana ekstremis yang betul. Lontaran pertanyaan yang memerlukan pemikiran. 

Bagi saya senang saja, sebab saya ada panduan yang nyata, yang jelas dan yang ketara. Nak susah apa? Kalau dia tak mengikuti suruhan Allah dan Rasulullah, maka dia ekstremis. Tak kiralah siapa nama dia dan apa pangkat dia. Kan mudah begitu. Tak timbul lagi masalah dok mengata sana mengata sini, malah kita sendiri boleh memikirkan adakah kita ini ekstremis. 

Ekstremis ini memang digunakan oleh musuh-musuh Islam terutama puak-puak Yahudi yang terkenal jahat itu. Adakah saya yang kata depa jahat? Bukan, tetapi Quran yang mengatakan begitu. Kalau orang tutup aurat dengan baiknya dulu digelar ekstremis. Yang buka sana , buka sini digelar moderate. Pelik-pelik macam lubang telinga dimasuki cengkerik. 

Oleh itu sentiasalah kita berwaspada dan berjaga-jaga agar kita tidak tersalah menggunakan perkataan ekstremis pada tempat yang salah. 

EKSTREMIS SINIS.













Selasa, 16 Mac 2010

Origami









Logik

  

Ada banyak definisi bagi logiK tetapi saya ambil yang paling mudah difahami ialah : Averroes defined logic as "the tool for distinguishing between the true and the false". Mengikut Averroes, logik adalah satu alat untuk membezakan di antara yang benar dengan yang palsu. Itulah logik mengikut kata beliau. Betulkah definisi beliau? Maka kita perlulah menggunakan kebolehan "critical thinking" untuk menjawab persoalan tentang logik. Mari kita siasat beberapa keadaan berikut.

Sekumpulan manusia yang hidup turun temurun dalam hutan tebal Amazon, yang tak pernah terdedah ke dunia luar, tak pernah mendengar berita tentang dunia luar, juga mempunyai logiknya sendiri. Kalau kita tiba disana dan menceritakan bahawa di Malaysia ada satu bangunan yang diperbuat daripada batu bata yang amat tinggi yang dinamakan KLCC. Dalam KLCC pula ada satu tempat seperti tasik yang cukup luas yang boleh menempatkan ikan jerung yang cukup besar. Bagi orang Amazon ini tentu dia kata tak logik. Bagi orang Malaysia itu logik. Siapa yang benar, siapa yang salah? Kedua-duanya mempunyai logik mengikut perspektif masing-masing.

Bila Rasullullah menceritakan tentang israk mikraj yang menunggang burak untuk berjumpa Allah dilangit yang teramat jauh, sampai sekarang pun saintis kata tak logik. Sebab mana ada binatang yang boleh terbang sebegitu cepat. Naik kelangit yang bertrillion kilometer dan turun kebumi dengan seekor binatang yang bernama burak dalam separuh malam. Logik ke? Bagi kita umat Islam logik sebab Allah maha berkuasa dan kita percaya Allah mampu melakukannya. Bagi orang yang tak mempercayai kehebatan Allah, merekla kata tak logik sebab mereka mengukur logik mengikut keupayaan akal mereka yang amat terbatas . Malah dalam satu artikel , pernah saintis menyatakan yang kalau kita ada kenderaan selaju cahaya, kederaan itu akan terbakar bila mencapai kelajuan cahaya. Itu logik mereka yang tidak ada iman. Logik bagi kita yang beriman ialah "anything possible" dan Allah mampu lakukan segala-galanya. Kun fa yakun, Allah kata jadi maka jadilah. Itulah bezanya orang beriman dengan orang tak beriman. Ilmu mereka mungkin banyak, mereka mungkin ada 4 PhD, tapi mereka tidak mempercayai kehebatan Allah kerana mereka tidak beriman.

Apabila berlaku israk mikraj dan Rasulullah menceritakan kepada orang ramai, maka mereka tidak percaya. Mana mungkin Rasulullah boleh berjalan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam masa yang begitu singkat. Tentu tak logik kata mereka. Datanglah mereka cuba mempengaruhi Saidina Abu Bakar. Tapi Saidina Abu Bakar yang penuh iman bertanya kembali;

" Siapa yang membawa berita ini ? 

" Rasulullah " kata mereka.

"Kalau Rasulullah yang menyatakan ini, maka aku percaya " kata Saidina Abu Bakar. 

Beliau percaya bukan mengikut logik akal tetapi mengikut iman. Definisi logik tidak boleh digunakan disini. Kalau kita nak gunakan logik disini, jangan gunakan logik ikut perspektif kita. Kita gunakan logik ikut perspektif Allah yang mampu melakukan apa saja.

Begitulah timbulnya kontroversi oleh seorang penulis yang cukup popular dulunya, yang mengatakan tak logik ada siksa kubur. Dia kata pula mana boleh malaikat masuk ke kubur nak menyiksa orang. macam mana malaikat nak bawa cemeti, nak bawa pemukul kedalam kubur. Macam mana pula nak menghayun pemukul dalam kubur yang begitu gelap dan begitu padat? Dia tambah lagi, kalau yang mati kena bom yang berkecai segala tulang dan isi, nak pukul apa pula? Dia buat lawak lagi, kalau mati dan dibakar, dan debunya ditaburkan keserata tempat., macam mana pula malaikat nak memukulnya? Itulah logik akal yang menyesatkan. Bila kita membicarakan tentang hal-hal begini, kita tak boleh menggunakan logik akal kerana akal kita amat terhad kemampuannya. Itulah sebabnya kita ditanamkan dengan iman. Kita kena faham bahawa yang nak menyiksa itu bukan manusia, tapi malaikat. Kita mempertikaikan kerana menggunakan logik akal manusia. Cuba kita gunakan logik akal malaikat tentu boleh kan, sebab malaikat logiknya berbeza. Malaikat tak pernah makan dan minum, logik ke malaikat boleh hidup dengan umurnya yang cukup panjang?. Kenapa manusia yang makan minum, sakit pergi hospital tapi mati sedangkan malaikat tak makan, tak minum, tak ada hospital, tapi tak pula mati. Hakikat ini pun dah tak terfikir oleh logik akal kita yang sempit ini.

Oleh itu dalam hal-hal yang bersangkutan dengan iman, jangan sesekali gunakan lojik akal kita yang begitu sempit. Perkara-perkara ghaib seperti malaikat, syurga, neraka, kiamat dan sebagainya adalah perkara-perkara yang Allah jadikan untuk menguji iman kita, untuk membezakan orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman.

LOGIC SOMETIMES LIES.




Isnin, 15 Mac 2010

Coklat





Semuanya buat daripada coklat. Banyaknya coklat. Makan tentu sedap.Tapi lalukah kita nak makan coklat yang telah dijadikan macam-macam benda?

Kaya lagi berkat.

Sepanjang saya didedahkan dengan kecanggihan Facebook, banyak manfaat yang saya dapat. Mula-mula isteri menempelak juga, dah tua-tua pun nak main FB juga. Saya kata balik, ramai orang tua main FB termasuk pemimpin-pemimpin negara yang jauh lebih tua daripada saya. Kita boleh bersosial dalam FB tetapi asalkan niatnya baik. Apa juga amalan mestilah bermula dengan niat. Kalau niat kita baik, kita boleh bersosial dalam apa juga website asalkan tak mengandungi bahan-bahan terlarang. Jangan bersosial dalam web gambar lucah sudahlah. Memanglah FB ini dulunya untuk orang-orang tua, orang-orang separuh umur. Orang muda-muda lebih suka bersosial dalam Friendster. Entah macam mana, bila FB di"upgrade"kan , ramai pula orang muda mendaftar dalam FB. Saya juga addkan sebanyak mungkin kenalan sebab kata pepatah, kalau ramai kenalan, senang berjalan. ( Pepatah saya lah tu )

Dalam ramai-ramai kenalan saya terjumpa seorang hartawan Melayu yang bermastautin di Amerika. Dia memang hebat, Mendapat gelaran Tan Sri dari Malaysia, gelaran Sir dari United Kingdom dan mendapat pingat kelas pertama daripada kerajaan Arab Saudi. Beliau juga merupakan penasihat OIC. Beliau juga amat pintar kerana boleh bertutur 9 bahasa, mendapat PhD ketika usia masih muda dan mengetuai satu konlomerat yang asetnya melebihi 200 billion USD.Dia rakyat Amerika tetapi isterinya seorang Melayu rakyat Malaysia yang hanya bekerja sebagai seorang guru. Daripada pengawal peribadinya ( yang juga saya kenal melalui FB), beliau menunaikan haji setiap tahun sejak umur 30an dan beliau tidak pernah menjamah arak. Malah ramai rakyat Amerika yang tidak menyangka beliau adalah seorang Melayu. Cukuplah setakat itu tentang kenalan saya yang saya amat kagumi itu. Hebat kuasamu Allah, menciptakan manusia yang sebegitu genius dan yang begitu tahan dugaan dunia. Kalau saya kaya sepertinya, belum tentu saya dapat menahan godaan dunia seperti dia yang telah terbukti begitu merendah diri dan warak. Alhamdulillah, masih ada ramai orang Islam setaraf Abdul Rahman Al Aus.

Memang itulah yang dituntut oleh Islam. Tak salah menjadi kaya, tak salah membuat harta, tetapi biarlah harta itu membawa kita kesyurga. Hebat orang begini. Di dunia dia kaya, diakhirat dia kaya. Didunia dia mendapat syurga, diakhirat pun mendapat ganjaran syurga.InsyaAllah.Samalah seperti ramai sahabat-sahabat Rasulullah yang kaya raya tetapi mereka dijamin syurga. Harta yang ada pada mereka digunakan untuk jalan Allah. Harta mereka hanya ditangan, tidak sampai menusuk ke hati. Harta bukan digunakan untuk membangga-banggakan diri, tetapi lebih kepada menolong orang-orang yang memerlukan , dengan ikhlas, tanpa mengharap apa-apa balasan. Begitulah si kaya yang diberkati.

Berbalik kepada kisah Abdul Rahman Al Aus yang kaya raya di kota Mekah tetapi disebabkan tuntutan Allah untuk berhijrah, beliau meninggalkan kota Mekah sehelai sepinggang. Tiba di Madinah beliau menolak semua pertolongan yang ditawarkan oleh orang-orang Ansar. Beliau hanya meminta ditunjukkan pasar , tempat untuk dia berniaga. Bila dia mula berniaga, dia tunjukkan nilai-nilai Islam yang sebenar. Tidak menipu, ikhlas, telus menyebabkan orang Yahudi pun membeli kepadanya. Sekarang berbeza sedikit sebab sekarang terbalik. Ramai pula orang Islam yang membeli daripada Yahudi sebab orang Yahudi dah mengambil sifat-sifat Islam yang ditinggalkan oleh orang-orang Islam sendiri. Akhirnya Abdul Rhman Al Aus menjadi hartawan semula dan dalam satu peperangan dia mendermakan seratus ekor kuda yang terbaik. Itulah kehebatan hartawan Islam. Itu pun Abdul Rahman Al Aus berasa sedih apabila dikhabarkan oleh Rasulullah yang dia memasuki syurga lewat 500 tahun daripada orang lain kerana hartanya perlu dihisab sebelum dia boleh masuk syurga. Memikirkan ini, terasa bahagia kalau menjadi orang miskin yang tak punya apa-apa harta. Harta banyak yang dimiliki secara halal, yang didermakan ke jalan Allah, pun masuk syurga lambat, apatah lagi kalau harta banyak yang didapati secara haram dan digunakan kejalan yang haram, mungkin langsung tak berjumpa syurga. Nauzubillah.

Oleh itu kawan-kawan, rakan taulan, kaum keluarga, beringatlah selalu, harta yang kita miliki mungkin membawa kita keneraka. Ingat mengingati itu adalah satu kefardhuan. Nyatakan kebenaran walapun dengan satu ayat. Wallahuaklam.

KAYA SEJATI SYURGA DIHUNI.

Ahad, 14 Mac 2010

Jika suami..



Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati


IHSAN DARI FB

Sabtu, 13 Mac 2010

Surat sesat.

Cubalah baca surat ini, yang saya sifatkan surat sesat dan bukannya surat wasiat. Saya dah beberapa kali menerima surat ini melalui pos (dulunya) dan sekarang melalui email dan message dari internet. Surat ini amat pembohong dan dah berpuluh kali saya tak pernah pedulikannya kerana saya percaya surat tak mampu buat apa-apa sebab surat tak mempunyai kuasa. Tujuan surat ini ditulis ialah untukl menyesatkan iman umat Islam agar mempercayai tentang kuasa surat ini. Oleh itu kalau terima surat ini, eloklah dibakul sampahkan dan apa-apa yang terjadi selepas itu tiada kaitan dengan surat sesat ini. Apa yang terjadi samada kebaikan ataupun ujian, itu adalah urusan Allah. Inilah surat sesat tersebut...


Assalamualaikum...... Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman. 

(a)Isteri tidak mendengar kata suami. 
(b)Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan. 

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (......Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala. 

 PESANAN HAMBA INI 

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW. 
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka. 
(c) Bersembahyanglah 
(d) berzakat - jangan ditinggalkan. 
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan. 
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa. 

UNTUK MAKLUMAN 

1. Seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya. 
2. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya...... dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia. 
3. Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur. 
4. Tan Sri Ghazali Jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri. 
5. Zulfikar Ali Bhutto telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati. 
6. di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya. 
7. Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang. Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain. dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH. PERHATIAN setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah. kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM....... (WALLUHUALAM...) 

Bakul sampahkan surat ini. Jangan terus menyesatkan orang lain.

PENYESAT KEPARAT.

Jumaat, 12 Mac 2010

Ferris wheel


Ferris wheel. Itulah permainan yang banyak kerusi yang berpusing-pusing. Dulu banyaklah ferris wheel ini di "fun fare". Sekarang "fun fare ini dah berkurangan. Orang tak mau pergi fun fare dah. Depa dok tengok face book pula. Sekarang dah ada face book fare. Kalaulah face book kutip seorang seringgit setahun, berbillion pendapatannya setahun. Hebat, hebat.

Teringat anak saya dulu, dia naik ferris wheel. Tiba diperingkat yang paling atas, dia menangis, gayat dan nak turun, kacau bilau jadinya. Hari ini saya nak buat satu analogi dengan ferris wheel. Kehidupan kita umpama ferris wheel. Ferris wheel kehidupan.

Ilham ini terbit daripada pengalaman saya ketika menghadiri kenduri kahwin adik ipar saya. Pada hari kenduri, adik ipar saya telah memberikan sedikit sedekah kepada seorang tua. Orang tua tu mengambil dengan senang hati, tetapi lepas itu air matanya mengalir. Saya hairan, dia sedih apa? Patutnya seronok sebab dapat duit. Saya tanya adik ipar saya tentang hal tersebut. Rupanya begitulah setiap kali dia diberikan duit oleh adik ipar saya. Baru tau, ada cerita disebalik cerita, ada watak disebalik rupa.

Dulu, keluarga isteri saya adalah sangat miskin. Tak mampu nak masukkan air paip. Anak ramai , pendapatan kurang, manalah ada duit untuk masukkan air paip. Maka untuk air basuhan , mereka akan pergi ke paip tepi jalan untuk membasuh pakaian. Untuk air minuman, isteri saya dan adik-adiknya terpaksalah pergi mengambil dirumah orang tua ini. Orang tua ini dulu kayalah sebab suaminya kerja kerajaan. Gaji tetap. Bolehlah bayar air paip. Setiap kali adik ipar saya mengambil air paip dirumahnya, setiap hari itulah kena tahan telinga kerana dikata macam-macam tentang keluarga adik ipar dan isteri saya. macam-macamlah keluar. Anaknya pula asyik dok hendap saja takut ambil air banyak . Sedangkan mereka ambil pun bayar duit, sebulan seringgit. Bukan ambil percuma. Tapi itulah orang miskin, sentiasa dihina dan dicerca.

Masa berlalu, tahun berganti, keluarga isteri saya ramai yang masuk universiti. Ramailah yang berjaya mendapat pendapatan yang agak tinggi. Anak-anak orang tua ini pula tak menjadi. Dia nak makan pun kena jaga cucu. Kalau tak jaga cucu alamat miss soru. Kesian kepada dia. Maka itulah sebabnya setiap kali dia menerima wang daripada adik ipar saya, dia akan menangis. Ferris wheel sudah berputar. Yang dulunya atas, kini dibawah. yang dulunya dibawah, kini di atas. Oleh itu kita kenalah beringat sentiasa bahawa kita sebenarnya sedang menaiki ferris wheel. Jangan pandang rendah kepada orang yang mungkin tidak sehebat kita. Jangan pula terasa terlalu bangga akan orang-orang yang lebih hebat daripada kita. Tak ada yang lebih hebat daripada Allah. Hanya Allah saja yang kita pandang amat hebat.

FERRIS WHEEL ROTATES.

Ahad, 7 Mac 2010

Cinta agung.

Suasana dukacita menyelubungi Kota Madinah. Angin Madinah yang dingin tetapi kering terasa sehingga menusuk tulang. Matahari sejengkal demi sejengkal makin meninggi, sementara Malaikal Maut berperang perasaan menjalankan tugas mencabut nyawa Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W. meregang-regang takala nyawa baginda sampai ke pusat. Sekujur mukanya berpaling ke arah Jibrail.

Matanya basah, cahayanya makin redup. Rasulullah S.A.W. berkata kepada Jibrail,

" Ya Jibrail, betapa sakitnya, alangkah dahsyatnya derita sakaratulmaut".

 Jibrail memalingkan muka, hatinya gelisah melihatkan kesakitan yang ditanggung oleh Rasulullah S.A.W. 

" Ya Jibrail, mengapa engkau berpaling?. Apakah engkau benci melihat mukaku?." tanya baginda dengan cemas.
"Tidak, ya Rasulullah" sahut petugas pembawa wahyu itu. 

Dipegangnya tanga baginda sambil berkata,

" Siapakah yang sampai hati menyaksikan kekasih Allah dalam kedaan semacam ini? Siapakah yang sanggup melihat Rasulullah dalam kesakitan?"

Dalam kesakitan itu baginda berdoa supaya timpaan kesakitan ini hanya padanya dan jangan kepada umatnya. Jibrail tersentak dan air matanya menitis. Begitu agungnya peribadi kekasih-Mu Ya Rabbi.

Dalam detik yang paling tenat dan menyiksakan, bukan kepentingan dirinya yang diminta. Bahkan kepentingan umatnya yang didahulukan. Andai kata Muhammad menuntut agar kesakitan itu dicabut, pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Namun, Rasulullah S.A.W. lebih memilih menjadi cagaran agar derita itu jangan menimpa umatnya. Makhluk mana  yang memiliki ketinggian budi sehebat Muhammad?

Seketika kemudian, Malaikat maut telah meragut nyawa Rasulullah S.A.W. sampai ke dada. Nafasnya sudah mulai menyesak, kesakitan semakin memuncak. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W. dengan suara menggigil dan pandangan redup berkata,

"Uusikum bissolati wama malakat aimarukum", aku mewasiatkan solat dan orang yang menjadi tanggunganmu , budakmu, pembantumu, peliharalah mereka baik-baik.

Pada saat menjelang nafas terakhirnya Ali bin Abi Thalib melihat baginda menggerakkan bibirnya yang sudah biru itu. Ali dengan cepat mendekatkan telinganya kebibir Rasulullah S.A.W. dan beliau mendengar Rasulullah S.A.W. menyebut,
" Ummati... ummati.. " umatku, umatku. 
Dalam memanggil-manggil inilah, Rasulullah S.A.W. menghmbuskan nafas baginda yang terakhir. WAFATNYA SEORANG KEKASIH ALLAH. Cinta Rasulullah S.A.W. kepada umatnya sehingga ke akhir hayat dan akan dibawanya ke Padang Mahsyar...  Bagaimana dengan kita? Adakah kita mencintai Rasulullah S.A.W sebagaimana Rasulullah S.A.W mencintai kita? Renungkan wahai sahabat sekelian.

CINTAI ABADI

Khamis, 4 Mac 2010

54


















Terharunya rasa hati
Terasa besarnya budi
Bila anak-anak murid sendiri
Mengucapkan selamat hari jadi

Selamat hari jadi cikgu
Moga panjang umur
Murahkan rezeki
Amalan biarlah bertambah lagi

Anak-anak ku yang disayangi
Ida, Ila, Iza, Hafizi, Hafizul
Isteri yang disayangi, Suhaini
Semua ucapkan,  Selamat Hari Jadi

Cikgu2 tak ketinggalan
Selamat hari jadi diucapkan
DG54 sudah jadi kenyataan
Bukan pangkat tapi umur yang dipanjangkan

Kawan-kawan di FB juga peringatkan
Selamat hari jadi diucapkan
Umur dipanjangkan, rezeki dimurahkan
Terima kasih saya ucapkan

Terasa hiba hati ini
Kerana umurku pendek setahun lagi
Berapa tahun lagi Allah akan beri
Untuk menghuni dunia ini.?

Kepada kawan dan taulan
Anak-anak, isteri dan rakan
Ucapan kalian saya semadikan
Dalam sanubari tanda penghargaan