Rabu, 26 Mei 2010

Roses












Be like roses, beautiful, colorful and not easily plucked because of the sharp thorns..

THORNS AMONGST ROSES

Sabtu, 22 Mei 2010

Fokus.

Fokus boleh mempunyai banyak maksud. Cuba lihat apakah maksud focus yang di tulis dalam dictionary.com Focus bermaksud ( link ) . Walaubagaimanapun fokus yang saya maksudkan disini ialah penumpuan terhadap sesuatu tugas. Kalau kita belajar sains, kita biasa didedahkan dengan titik fokus iaitu satu tempat yang cahaya akan menumpu di atas retina untuk menghasilkan satu imej yang jelas. Kalau cahaya tidak difokuskan ke atas retina , maka imej yang dihasilkan adalah kabur. Untuk membaiki keadaan ini kenalah pakai cermin mata bergantung kepada jenis rabun, sama ada rabun dekat atau rabun jauh.

Fokus yang saya akan bincangkan di sini ialah penumpuan juga tetapi tiada kaitan dengan cahaya. Fokus yang saya maksudkan ialah fokus dalam apa-apa juga pekerjaan. Dalam pelajaran, para pelajar mestilah betul-betul fokus supaya pelajaran yang diajar cepat diterima dan diserap oleh otak kita yang mempunyai kemampuan yang cukup hebat. Sekiranya kita mampu menggunakan hanya 10% daripada otak kita, kita sudah boleh melakukan perkara-perkara yang cukup hebat. Itulah kehebatan ciptaan Allah.

Semasa guru mengajar, para pelajar mestilah betul-betul fokus supaya apa yang diajar oleh guru dapat difahami semasa itu juga. Ini cukup penting kerana masa itulah para pelajar boleh berinteraksi terus dengan para guru yang mengajar. Kalau sewaktu guru mengajar, para pelajar tidak fokus, maka banyak perkara yang tidak difahami dan bila balik ke rumah baru nak baca, baru nak faham, maka ini amatlah menyulitkan kerana ketika itu guru tiada lagi untuk menunjuk ajar. Pergi pula ke tuisyen, serupa juga berlaku kerana ramai pelajar ke tuisyen hanyalah untuk mengisi masa lapang dengan lebih bermakna. Di kelas tuisyen guru tidak memberi tumpuan kepada setiap pelajar tetapi puluhan malah ratusan pelajar dalam sesuatu kelas. Guru tuisyen peduli apa, yang penting duit masuk. Guru tuisyen pun sebenarnya mengulangkan semula apa yang diajar disekolah. Kalau tidak fokus , maka tuisyen menjadi tidak berguna. Oleh itu ingatlah para pelajar, masa yang terbaik untuk belajar ialah semasa guru disekolah mengajar kerana ketika itulah para pelajar boleh berinteraksi dengan guru secara terus.

Dalam apa-apa pekerjaan juga kita mestilah fokus. Dalam pekerjaan fokus lebih bermaksud kepada penumpuan tentang kerja yang dilakukan. Kalau kita sedang melakukan sesuatu kerja, maka penumpuan seratus peratus mestilah terhadap kerja. Semua perkara-perkara sampingan mestilah dilupakan dan di log out. Malangnya apa yang terjadi ramai yang bekerja tetapi tidak fokus. Cuba kita lihat jurujual di pasaraya, ramai yang melawak, berborak-borak, bercerita tentang berbagai-bagai perkara. Adakah bercerita dan berborak ini sebahagian daripada tugas? Kekadang sakit hati rasanya bila kita nak bertanya sesuatu tetapi mereka asyik berborak. Ini satu contoh situasi tidak fokus yang dibawa sampai ke tua. Kerja yang dilakukan dengan penuh fokus akan lebih berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan kerja yang dibuat sambil lewa.

Dalam ibadat pun fokus amatlah dititikberatkan. Ketika sembahyang kita mestilah khusyuk. Khusyuk tu fokuslah. Ketika khusyuk kita melupakan perkara-perakara lain yang bukan berkaitan dengan sembahyang. Kalau tak fokus, kekadang bilangan rakaat pun kita lupa. Sebab itulah dalam Al Quran , Allah telah memberi amaran yang amat keras bagi manusia yang sembahyang tetapi tidak khusyuk. Kalau kita lihat sahabat-sahabat Rasulullah seperti Saidina Ali, tahap kekhusyukan mereka amat tinggi. Diceritakan ketika kaki Saidina Ali terkena anak panah yang amat menyakitkan, anak panah tersebut mampu dicabut keluar hanya ketika Saidina Ali sembahyang . Ini kerana sewaktu sembahyang, beliau begitu fokus sehinggakan terlupa semua perkara hatta kesakitan akibat anak panah tersebut. Hebat kekhusyukan mereka dan memang sepatutnyalah mereka dijamin syurga oleh Allah. Masha Allah.

Oleh itu kita hendaklah fokus tentang apa juga perkara yang kita lakukan. B arulah hasil kerja menjadi berkualiti dan masa yang kita gunakan berbaloi.

FOCUS FOR QUALITY.

Ahad, 16 Mei 2010

Nice arts










Teacher's Day Presents..




































Inilah hadiah-hadiah yang diberikan oleh para pelajar kepada saya sebagai guru pada Hari Guru ini. Tidaklah berupa pemberian yang mahal-mahal tetapi cukuplah sekadar peringatan. Sebenarnya semua guru tidak mengharapkan apa-apa hadiah daripada para pelajar. Cukuplah hadiah salam, senyuman yang manis, sahsiah yang mulia, pencapaian akademik yang tinggi dan bila cikgu sudah pergi, serangkap Alfatihah sebagai hadiah paling bermakna. 

TERIMA KASIH MURID-MURID KU.

Sabtu, 15 Mei 2010

Guru oh Guru
























Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979 

SELAMAT HARI GURU.

Rabu, 21 April 2010

Pondok telefon.. Macam-macam ada.


Laku lagi ke pondok telefon sekarang ini sebab budak kecil pun dah ada handphone?

Ahad, 18 April 2010

My scholarship.

Scholarship atau biasiswa kata orang Melayu. Orang India dan Cina kata apa tak taulah pula saya. Ramai pelajar SMK Ibrahim yang datang berjumpa saya minta disahkan pendapatan keluarga untuk memohon biasiswa JPA ke luar negara. Ramai yang minta kerana ramai yang layak. Saya doakan mereka semua berjaya, biar semua dapat ke luar negara dan seterusnya memegang jawatan yang tinggi-tinggi. Kita sebagai guru sekurang-kurangnya berpuas hati mendidik mereka ke mercu kejayaan. InsyaAllah. Sekarang nak dapat biasiswa payah sedikit kerana ramai yang layak berbanding bilangan biasiswa yang ditawarkan. Dulu semua yang masuk universiti diberikan biasiswa. Paling kurang pun biasiswa daripada JPA.

Saya pun tak terkecuali. Anak miskin dari kampung yang serba serbi kekurangan, kalau tak dapat biasiswa harus tak dapat melanjutkan pelajaran. Terima kasih kerajaan kerana mengurniakan saya satu biasiswa yang memungkinkan saya menamatkan pengajian sehingga dapat menggenggam segolong ijazah. Terima kasih, terima kasih. Saya dapat biasiswa daripada Kementerian Pelajaran kerana saya melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan.Dapat jadi cikgu, tak perlu bayar pinjaman. Itu pun dah sesuatu yang amat menguntungkan. Dulu biasiswa tidaklah sebanyak sekarang sebab dulu yuran pengajian taklah setinggi yuran sekarang. Harga barangan pada waktu dulu tidaklah juga semahal harga sekarang. Maka berpatutanlah biasiswa tidak setinggi sekarang.

Ketika di tahun pertama universiti saya menerima RM480 sebagai wang saku atau wang lebihan bagi biasiswa setahun. Sedikit sangat kalau dikira bandingan untuk masa sekarang. Saya masih ingat jumlah wang itu kerana itulah kali pertama saya dapat memegang wang sebanyak itu. Terketar-ketar tangan mengambilnya kerana ketika itu biasiswa diberikan secara tunai bukannya masuk ke dalam akaun seperti sekarang. Nak mengambilnya pula kena beratur di pejabat Bendahari. Beratur panjang baru dapat duit. Susah nak ambil duit biasiswa pada waktu itu. Dapat RM480 saya rasakan seperti sayalah manusia terkaya didunia. Terasa banyaknya duit dalam genggaman. Semalaman tak tidur sebab dok memikirkan nak beli apa keesokan harinya di Kuala Lumpur.  Keesokan harinya saya terus ke Kuala lumpur bersama kawan-kawan menaiki bas yang amat sederhana, tiada hawa dingin yang tertulis didindingnya "Tong Foong". Tambangnya saya lupa dah. Sampai di Kuala Lumpur terus ke Ampang Park kerana itu sajalah yang kami tahu kalau nak membeli belah. Terus pilih baju dan seluar. Saya ambil sehelai baju berwarna biru tua dan sehelai seluar berwarna hitam dari jenama Orlando. Hebat kalau boleh pakai Orlando pada waktu itu. Saya pun hantar ke "cashier" dan terus bayar RM60 untuk kedua-dua helai pakaian tersebut. Bila balik di universiti baru saya cuba kedua-dua pakaian tersebut. Kedua-duanya bukan saiz saya, malah terlalu besar. Maklumlah, pertama kali beli baju dan seluar di pasaraya, mana tau nak cuba dulu dalam bilik persalinan yang disediakan. Baju dan seluar tu saya simpan sebab tak boleh dipakai hinggalah saya keluar universiti dan akhirnya saya balik kampung dan sedekahkan kepada kawan saya yang saiznya agak besar. 

Selebihnya kira-kira RM400 saya terus hantar kekampung, untuk emak saya buatkan sebuah kedai. Mungkin itulah kedai yang termurah didunia. Boleh buat kedai, masukkan barang sedikit sebanyak bermodal RM400. Kedai itulah yang dapat membiayai saya sehingga saya keluar universiti. Itulah kenangan tentang wang biasiswa pertama yang saya ingati hingga ke mati. Jimat cermat tangga kejayaan.

BIASISWA PENUH MAKNA.

Rabu, 7 April 2010

High taste

High taste dirujuk kepada mereka yang berselera tinggi. Tinggi disini pun sesuatu yang relatif. Kalau pendapatan 1000 sebulan, tapi dia gunakan kereta Proton Wira,. itu "high taste" . Maknanya kereta itu tidak layak digunakan olehnya yang bergaji kecil. Kalau dia berpendapatan 300 juta sebulan, dan menggunakan jet peribadi Boeing 767, itu adalah normal, bukannya high taste sebab dia berkemampuan dan pengunaan jet itu tidaklah merosakkan imbangan kewangannya. Cuma dia agak membazir dan membazir itu kerja syaitan. Bukankah Rasulullah pernah berpesan agar kita berjimat cermat hatta dalam mengambil wuduk?.

Itulah bezanya "high taste " dengan membazir. High taste ialah selera yang terlalu tinggi melebihi kemampuan tetapi membazir ialah apa saja yang dibuat yang melebihi keperluan. Saya ambil beberapa contoh manusia yang high taste. Ketika saya di U dulu, ada seorang kawan dari Ampang . Dia memang high taste. Bila dapat biasiswa, dibelikannya baju yang mahal-mahal. Kasut ratusan ringgit. Ketika kita menjadi pelajar, ini adalah sesuatu yang boleh diangap high aste kerana duit biasiswa bukan dapat selalu. Setahun dua kali saja. Bila dah duit dibelanjakan begitu banyak, maka jadilah dia tak pernah cukup duit. Selalunya sayalah tempat dia meminta wang. Saya pun bukan banyak duit, tapi berilah juga kerana kasihankan kawan yang kesempitan. Dia ceritalah lagi tentang bapanya seorang kontraktor, ada caterpillar, ada pekerja dan sebagainya. Entah macam mana pada suatu hari saya pergi kerumahnya dan saya lihat rumahnya itu rumah setinggan yang amat kecil dengan penghuni yang begitu ramai. Takkanlah kontraktor rumah begitu kecil. Tak taulah pula mungkin kontraktor ini terlalu "LOW TASTE".

Diceritakan pula oleh seorang kawan saya tentang adiknya yang menuntut di luar negara. Ini satu lagi cerita orang yang high taste. Adiknya ini menuntut 3 tahun di luar negara. Maka dapatlah satu AP untuk membawa balik kereta. Dengan pendapatannya yang agak sederhana dengan suami yang tiada kerja, maka eloklah dibelikan kereta yang sederhana sebab cukainya agak rendah. Tapi, disebabkan suaminya begitu high taste walaupun tak ada kerja, dipaksanya isterinya membeli kereta setaraf Herrier. Wow, hebat tu. Kalau di Malaysia Herrier tu untuk orang kaya sahaja. Saya memang tak mampu. Its out of my taste. Bila kereta besar, maka cukainya mahal. Kereta akan datang 2 minggu lagi di pelabuhan, Nak ambil kereta kena pula bayar 20 ribu lebih, mana nak cari duit?

Anak saya yang sulung memang saya puji dari segi low taste nya. Sewaktu di U lagi pun, pakaiannya cukup sederhana. Baju kurung hanya ada beberapa helai. Itulah yang diulang-ulang pakai sehingga 5 tahun di U. Semua kawan-kawannya dah boleh agak apa pakaiannya hari-hari sebab sedikit sangat. Ramai yang menganggap dia anak orang yang cukup miskin. Ketika dia kahwin, ramailah kawan-kawannya bertandang kerumah saya dan mereka terkejut melihat keadaan rumah saya yang agak selesa.Mereka terkejut kerana sangkaan mereka meleset. Malah selepas kerja dan kahwin  pun, dia masih mengekalkan kehidupan yang cukup sederhana, pakaian yang cukup murah dan kereta yang cukup kecil. That's low taste. Anak kedua saya pun sangat low taste dari segi pakaian pula. Dia belikan pakaiannnya daripada kedai "bundle" ditepi jalan. Alhamdulillah, saya dikurniakan anak-anak yang LOW TASTE.

Untungnya low taste ini ialah kita terhindar daripada dosa riak, sombong yang Islam larang. Lagi satu duit pun boleh simpan sebab belanja kurang. Satu lagi contoh manusia yang low taste ialah pengerusi CNN , News Week dan Warner Brothers. Tiga syarikat gergasi yang cukup hebat daripada segi pendapatannya. Pengerusi ketiga-tiga syarikat ini ialah seorang yang bernama Ted Turner. Orang yang cukup sederhana, menggunakan kereta Ford Mustang yang cukup lama, tinggal di rumah yang cukup kecil ( berbanding pendapatannya ).Pendekata dia amat low taste tetapi mampu menderma US satu billion setahun kepada PBB. Itulah hebatnya Ted Turner, seorang yang bukan Islam tetapi mengamalkan tuntutan Islam. Kalaulah Ted Turner seorang Islam, dia akan menjadi manusia yang lebih baik daripada kita semua.

Sebenarnya kalau kita lihat kediaman billionaire dunia, ada beberapa orang yang cukup low taste. Rumah mereka cukup sederhana berbanding pendapatan yang cukup besar. Inilah yang sepatutnya kita contohi. Oleh itu semua pelajar SMK Ibrahiim yang pandai, yang hebat, yang satu hari nanti bekerja dengan gaji yang cukup banyak, amalkan low taste ini. Dua keuntungan kita akan dapat. Tidak riak dan tidak kesempitan wang. 

HIGH TASTE LETIH.

Rabu, 31 Mac 2010

Extremist

Extremist... sedap weh dengar istilah tu. Extremist dekat-dekat nak sama dengan komunis. Bunyi hujung serupa, maknanya pun hampir serupa bagi sesetengah manusia yang tak reti bahasa. Ketika saya di Sarawak dulu, adalah seorang guru yang mengatakan puak-puak tertentu ektremis sebab menekankan unsur-unsur seperti tutup aurat. Lalu saya tanya dia, apakah yang dia maksudkan dengan ekstremis? Dia kata yang keterlaluan. Saya tanya , apakah pula maksud keterlaluan? Dia jawab lagi

 " Tu macam yang dok tekankan sangat tentang pentingnya tutup aurat, " Buah cepu emas sudah mari, maka saya dengan ringkas, selamba dan bersahaja menjawab...

" Allah pun keterlaluan rupanya sebab yang mewajibkan tutup aurat tu Allah..."  Dia tersengih dan sepi. Lepas tu dia tak pernah lagi mengeluarkan kata-kata ekstremis dengan saya.

Itulah sebahagian manusia yang suka menggunakan perkataan ekstremis. Polis yang baik , yang selalu tangkap perompak akan digelar ekstremis oleh perompak. Perompak yang selalu merompak, bunuh orang, tembak orang pula akan digelar ekstremis oleh polis. Mana satu ekstremis yang betul? Fikirkanlah sendiri.
Orang yang sembahyang 20 kali sehari semalam akan digelar ekstremis oleh orang yang tak pernah sembahyang, dan orang yang tak pernah sembahyang akan digelar ekstremis oleh orang yang kuat sembahyang. Maknanya ekstremis ini relatif tetapi mana yang betul. Fikirkan sendiri sekali lagi.

Banyak lagilah kes-kes ekstremis ini yang dibahaskan. George Bush yang bunuh orang Iraq dianggap ekstremis oleh Osama dan Osama pula diangggap estremis oleh Bush . Mana ekstremis yang betul. Lontaran pertanyaan yang memerlukan pemikiran. 

Bagi saya senang saja, sebab saya ada panduan yang nyata, yang jelas dan yang ketara. Nak susah apa? Kalau dia tak mengikuti suruhan Allah dan Rasulullah, maka dia ekstremis. Tak kiralah siapa nama dia dan apa pangkat dia. Kan mudah begitu. Tak timbul lagi masalah dok mengata sana mengata sini, malah kita sendiri boleh memikirkan adakah kita ini ekstremis. 

Ekstremis ini memang digunakan oleh musuh-musuh Islam terutama puak-puak Yahudi yang terkenal jahat itu. Adakah saya yang kata depa jahat? Bukan, tetapi Quran yang mengatakan begitu. Kalau orang tutup aurat dengan baiknya dulu digelar ekstremis. Yang buka sana , buka sini digelar moderate. Pelik-pelik macam lubang telinga dimasuki cengkerik. 

Oleh itu sentiasalah kita berwaspada dan berjaga-jaga agar kita tidak tersalah menggunakan perkataan ekstremis pada tempat yang salah. 

EKSTREMIS SINIS.