Jumaat, 9 Julai 2010

Jumaat, 2 Julai 2010

Academic.. the ultimate

                                                                   

Kelmarin 1/7/2010 berlangsunglah sambutan hari guru peringkat Daerah Kuala Muda Yan di SMK Agama Yan. Saya, PKHEM dan Pengetua pergi dalam sebuah kereta. Seronok juga sesekali semua pentadbir sekolah berada dalam sebuah kereta. Ini penting untuk menunjukkan kesepakatan, kesepaduan yang amat penting untuk kesejahteraan sekolah. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya tak nampak adanya bibit-bibit perpecahan dikalangan semua pentadbir. Itulah antara sebab SMK Ibrahim sememangnya nombor satu. Syabas and keep it up...

Ketika masa pencapaian hadiah-hadiah kecemerlangan, banyaklah sekolah yang dapat macam-macam hadiah. Ada asrama lima bintang peringkat negeri, ada hadiah untuk bilik BOSS terbaik, Pusat Sumber terbaik dan macam-macam lagi hadiah.  Ada pula hadiah untuk mengarang cerpen yang juga melibatkan ramai guru. Semua hadiah itu SMKI satu pun tak menang. Tiba pula hadiah untuk pencapaian PMR, SPM dan STPM terbaik. Satu pun tak menyentuh nama SMKI. Heran juga. Akhirnya adalah hadiah khas untuk kecemerlangan akademik, barulah ada nama SMKI, SMK Agama Yan, SMJK Sin Min dan SM Sains Sultan Mohd Jiwa. Sekolah terbaik SPM hanyalah mencapai 10 semua A tetapi SMJK Sin Min mendapat 53 semua A dan SMK Ibrahim mendapat 39 semua A. Begitulah untuk PMR. Akhirnya barulah saya faham bahawa kalau peluang disamaratakan, mungkin sekolah lain langsung tak berpeluang untuk merebut hadiah bidang akademik. Oleh itu empat sekolah ini dikecualikan daripada pertandingan. Maka pengetua naiklah sekali sahaja mengambil hadiah. Tentulah sesuatu yang janggal bagi sebuah sekolah premier seperti SMKI memenangi hanya satu hadiah saja dalam anugerah tersebut. Kenapa? Saya ada jawapannya..

SMKI menerima hampir semua pelajar yang mencapai 5A dalam UPSR. Inilah benih-benih yang SMKI terima dan benih-benih ini perlulah dididik agar menjadi pokok-pokok yang berkualiti tinggi, mempunyai produktiviti yang tinggi serta menghasilkan buah yang banyak serta manis dan bersari. Itulah yang kami dapat dan itulah yang kami kena buat. Oleh itu core business warga SMKI ialah untuk menentukan setiap pelajar ini mencapai kecemerlangan akademik tertinggi, pencapaian kokurikulum tertinggi dan mempunyai sahsiah yang hebat. Dalam sijil para pelajar, yang tertulis hanyalah pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum dan sahsiah. Tiada dituliskan sama ada sekolah tu menang asrama terbaik, bilik BOSS tercantik atau sekolah paling ceria. Maka apa yang dikehendaki dalam sijil itulah core business warga SMKI dan itulah yang kena dipenuhi dahulu.

Ibu bapa yang merupakan klien kami tidak kisah kalau sekolah tak menang asrama terbaik, bilik BOSS terbaik, sistem fail terbaik atau apa-apa lagi yang terbaik. Yang mereka pentingkan anak-anak mereka mencapai akademik terbaik, kokurikulum terbaik serta sahsiah yang terpuji. Begitulah harapan semua ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dan itulah juga harapan saya bila saya menghantar anak saya ke sekolah. Menyedari hakikat inilah maka kami warga SMKI begitu menitikberatkan program akademik dan "melupakan " sementara program-program sampingan yang lain. Cukuplah sekadar sekolah nampak seperti sekolah, tak nampak seperti perhentian bas , panggung wayang dan sekolah juga taklah nampak seperti sebuah hotel lima bintang. Kami utamakan core-business kerana itulah harapan klien kami. Warga SMKI bernasib baik kerana mempunyai pengetua yang berpendirian sedemikian kerana dalam hidup ada perkara yang perlu diutamakan, ada yang perlu disegerakan dan ada yang kurang perlu. Akademik adalah perkara yang perlu diutamakan dan disegerakan. Kita tak mempunyai banyak masa untuk mendidik pelajar kearah kecemerlangan. Masa mencemburui kita.

Teringat kata seorang pengetua disebuah sekolah luar bandar. Terngiang-ngiang kata-katanya dibenak kepala saya..

"Saya tak mau masuk pertandingan asrama lima bintang ni kerana kita habiskan puluhan ribu, masa yang begitu banyak dan tenaga yang bukan sedikit. Hasilnya kita dapat satu piala yang tak seberapa, nama yang terkenal sementara tetapi para pelajar terabai. Rugi..." Kata pengetua tersebut.

Beliau memang membuktikan kata-katanya kerana dari sebuah sekolah luar bandar yang tercorot , beliau telah berjaya memurtabatkan sekolah tersebut menjadi sekolah ternama dan setiap tahun memenangi anugerah pencapaian PMR tebaik bagi kategori sekolah menengah luar bandar. Ibu bapa berlumba-lumba untuk memasukkan anak ke sekolah tersebut walaupun agak jauh dari rumah mereka. Itulah khebatannya sehinggalah beliau bertukar. Beliau kemudiannya digantikan dengan seorang pengetua yang amat meminati pokok bunga. Puluhan ribu dihabiskan utuk membeli pelbagai jenis pokok bunga serta pasu-pasu yang beraneka rupa. Sekolah dah jadi macam kebun bunga. Nak berjalan pun payah, takut terlanggar pokok bunga. Setiap kaki lima dipenuhi dengan barisan pokok bunga yang banyak. Kalau ada hadiah tentang sekolah dalam kebun bunga, sekolah ini pastinya nombor satu. 

Disebabkan kesibukan mengendalikan pokok-pokok bunga, maka hal-hal akademik kurang diambil perhatian. Kelulusan merosot sehinggakan pengetua dipanggil untuk mengadap pihak atasan sebab keputusan amat membimbangkan. Oleh itu, tekankan core-business bukan side-business. Utamakan apa yang perlu diutamakan dan pinggirkan apa yang tak perlu diutamakan. Kecemerlangan akademik akan dikenang  sepanjang hayat manakala kemenangan dalam keceriaan hanya berdentum setahun sahaja. 

Teringat katya-kata Tn Hj Abas Awang, bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan. Dia berkata

"Kalau kita nak sekolah jadi taman bunga, kita akan lantik tukang kebun sebagai pengetua, kalau kita nakkan sekolah yang langsirnya cantik, kita lantik tukang jahit sebagai pengetua. Disebabkan kita nakkan sekolah terbaik dalam akademik, maka kita lantik ahli akademik menjadi pengetua." Pedas kata-katanya tetapi memang tepat dan mantap. Beliau menambah...

" Pengetua mempunyai the golden hands. Apa yang pengetua sentuh akan bergemilangan seperti emas. Kalau pengetua sentuh sukan, maka sukan akan berkembang. Kalau pengetua sentuh komputer, sekolah akan hebat dengan ITnya. Oleh itu semua pengetua sentuhlah akademik dahulu sebelum menyentuh yang lain".

Oleh itu kasihanilah semua ibu bapa yang mengharapkan kecemerlangan akademik. Itulah yang boleh mengubah nasib mereka. Nasib mereka boleh diubah dengan ilmu yang ada pada anak-anak. Begitulah juga kebanyakan kita yang lahir miskin, merempat tetapi berjaya naik ke kategori sederhana dengan adanya sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari disekolah. Ilmu adalah agen perubahan sosio ekonomi generasi. InsyaAllah.

CORE BUSINESS, THE ULTIMATE .







Sabtu, 12 Jun 2010

Baru tau

 
Baru-baru ini saya ada sedikit kesempatan untuk menonton tv. Antara siaran yang paling saya gemari ialah Aduan Rakyat. Memang bermenfaat rancangan tersebut yang memaparkan keluhan rakyat dalam pelbagai isu. Isu yang baru diutarakan ialah tentang pencerobohan tanah di Cameron Highland yang begitu berleluasa. Nampaknya penceroboh begitu berani sekali menceroboh tanah-tanah di Cameron Highland seolah-olah mereka telah mendapat restu untuk berbuat begitu. Kalau tak takkan mereka berani mendirikan bangunan yang memerlukan modal jutaan ringgit. Hanya orang gila yang berani menanam modal jutaan ringgit untuk sesuatu projek yang menyalahi undang-undang.

Seperti biasa En Karam Singh Walia, pemberita yang penuh gaya, banyak peribahasa, yang kekadang kita tak tau timbul dari mana, akan dengan berani dan cekal mencari, menemuramah pihak-pihak berwajib yang terlibat. Antara yang ditemuramah ialah Pegawai-pegawai Daerah yang kawasan-kawasan mereka dicerobohi. Teringat saya jawapan salah seorang Pegawai Daerah apabila ditanya oleh En Karam Singh Walia. Yang saya amat terkejut bukan soalannya tetapi jawapannya. Kata beliau

" Baru saya tahu kawasan saya dicerobohi " 

Pelik bin ajaib, takkanlah dengan cerucuk bangunan yang beratus-ratus ditanam untuk pembinaan bangunan-bangunan yang begitu banyak, beliau tak tau perkara tersebut berlaku? Untuk menanam cerucuk bukan mudah, ia memerlukan jentera berat dan bunyinya boleh didengar berbatu-batu. Takkan beliau tak tau atau pun tak mendengar proses pembinaan tersebut. Sungguh menakjubkan kalau perkara begitu diketahui oleh orang biasa tetapi tak pula diketahui oleh pihak-pihak berwajib. Banyak persoalan timbul yang tak perlulah dihuraikan disini.

Kalaulah dia betul-betul tak tau, ini amatlah menyedihkan kerana beliau nampaknya seperti tidak ambil tau perkara yang sepatutnya beliau tahu. Pegawai-pegawai bawahan sepatutnya memaklumkan kepada beliau perkara-perkara penyelewengan dan pencerobohan yang berlaku dibawah kawalan beliau. Beliau mesti  "korek" apa-apa juga maklumat yang perlu dan sentiasalah pro-aktif dalam menangani pencerobohan ini. Ini barulah dikatakan pegawai yang bertanggunggjawab. 

Atas sebab itulah Tuan Pengetua SMK Ibrahim begitu prihatin dan semua perkara mestilah dimaklumkan kepada beliau. Ini untuk mengelakkan ayat "Baru saya tau " berlaku. Kalau guru buat sesuatu tanpa pengetahuan pengetua, maka berlaku kepincangan kerana guru tidak mematuhi arahan pengetua. Dari mana guru tersebut mendapat autoriti untuk melakukan perkara tersebut? Inilah pentingnya para guru semua sentiasa berhubung dengan pengetua untuk menjalankan apa-apa projek. Paling baik sesalinan kertas kerja tersebut mestilah diserahkan kepada pengetua. Pengetua adalah ketua, dan ketua mestilah diberitahu tentang apa-apa yang terjadi dibawah kawalan dan seliaaannya.

Ada juga waris yang datang kesekolah dan bila ditanya kelas anaknya, akan terdapatlah jawapan seperti ini...

" Saya tak berapa tau cikgu, tapi dia tingkatan empat" 

Ini menunjukkan waris tersebut kurang mengambil tahu hal-hal berkenaan dengan anaknya. Ini adalah sikap yang tak sepatutnya ada kepada seseorang waris yang bertanggungjawab. Teringat saya cerita tentang keluarga Kennedy, iaitu keluarga yang paling ramai mempunyai wakil rakyat dalam kabinet Amerika. Ibunya mempunyai satu diari khas yang mencatatkan semua perkara yang terjadi kepada setiap ahli keluarga. Beliau mempunyai catatan yang begitu teliti sehinggakan ketika anak-anak demam pun dicatatkan. Ketelitian ini menunjukkan beliau begitu ambil tahu tentang apa-apa juga yang terjadi keatas keluarganya. Begitulah satu kisah keluarga yang paling berjaya di Amerika.

Kesimpulannya , ambil tahu itu perlu supaya tiada lagi jawapan BARU SAYA TAHU.

MESTI TAHU AMBIL TAHU.

Isnin, 7 Jun 2010

Biji aprikot..

Berdasarkan kepada buku  "World without Cancer", biji aprikot mentah mengandungi kadar kepekatan B17 yang tertinggi jika dibandingkan dengan biji-biji buah yang lain.  Biji epal adalah yang kedua tertinggi. Apabila anda makan sebiji epal, makanlah kesemuanya, bijinya dan lain-lain.

Anda mungkin pernah mendengar kata-kata ini, "sebiji epal dalam sehari dapat hindarkan diri anda dari doktor". Ianya termasuklah bijinya. Sebaliknya, kita diberitahu sepanjang hidup kita untuk tidak memakan bijinya yang mana sangat bertentangan dengan apa yang diperlukan oleh tubuh kita. 

Biji aprikot mentah mempunyai kandungan B17 yang sangat tinggi dan tertinggi diantara yang lain-lainnya. Disini, kami menawarkan biji aprikot mentah yang dibungkus, yang tidak dijemur dibawah cahaya matahari, tidak dibekukan dan tidak dimasak....semuanya yang MENTAH dan sangat baik untuk tujuan pencegahan dan rawatan penyakit. Biji aprikot jangan dimasak atau dibekukan supaya kebaikan yang ada padanya tidak hilang. Biji aprikot hanya berkhasiat dalam bentuk mentah.

Untuk menghilangkan rasa pahit apabila memakan biji aprikot ini, anda boleh memakannya bersama buah-buahan lain. Contoh, anda boleh makannya bersama kismis atau kurma atau buah-buahan segar yang lain.

Anda boleh juga menghancurkannya menggunakan mesin pengisar dan taburkan biji aprikot yang telah dikisar ke atas salad buah-buahan. Anda juga boleh mengunyahnya begitu saja. Sesetengah orang boleh mengunyah biji aprikot tanpa mencampurkannya  dengan makanan atau buah-buahan lain. 

Jika anda mengambil biji aprikot untuk tujuan pencegahan kanser, cukup dengan mengambil 10 hingga 20 biji dalam sehari.

Pada masa yang sama, cuba jauhkan diri anda dari mandi dan minum air berklorin, sebaiknya gunakanlah air beralkali  untuk menyahkan toxin dari tubuh anda.

Makan hidangan yang berkhasiat. Elak daripada memakan makanan segera , makanan yang dibeli dari kedai yang mengandungi kimia dan pengawet, daging yang dicucuk dengan pelbagai jeni bahan kimia dan antibiotik.

Dapatkan makanan dan air  yang paling berkhasiat serta udara yang sihat dan segar, dan sentiasa memasukkan biji aprikot kedalam diet pemakanan anda.

Satu lagi sebab kenapa anda perlu makan biji aprikot mentah, didalamnya terkandung bukan saja B17. Biji aprikot juga mengandungi B15 , enzim dan nutrisi lain yang sangat baik untuk tubuh badan manusia.

Oleh yang demikian, apabila diekstrak B17 dari biji aprikot dan dijadikan dalam bentuk tablet, anda hanya akan dapat B17, bermakna sebaiknya anda makan biji aprikot dalam bentuk asalnya atau yang dikisar dan diletakkan kedalam kapsul.

Bagi pesakit kanser, mulakan pemakanan biji aprikot mentah ini dalam dosej yang sedikit, contoh, 5 biji 2 kali sehari....Kemudian ditambah 1-2 biji setiap hari sehingga mencapai jumlah 13 biji 6 kali sehari.

Setiap orang berbeza dalam pengambilan biji aprikot mentah ini. Sesetengah orang perlu mengambilnya dalam dosej yang tinggi untuk melihat kesan positif dari pengambilan biji aprikot mentah dan sesetengah orang hanya perlu mengambilnya dalam dosej yang kecil dan kekerapan yang kurang untuk mendapat kesan penyembuhannya. Ini adalah kerana beberapa faktor perbezaan tubuh seseorang, ada yang tubuhnya mengandungi toxic yang lebih dari yang lain, saiz tubuh yang berbeza juga memainkan peranan, tapi walaubagaimanapun, anda mesti pastikan anda memasukkan sebanyak mungkin biji aprikot kedalam tubuh anda  dalam kadar secepat yang anda mampu.

Dengan mengalih pemakanan diet anda kepada yang semulajadi, ianya adalah bertentangan dengan apa yang bahan kimia akan lakukan kepada tubuh anda. Ianya akan membina sistem imunisasi tubuh anda, menyerang kanser yang wujud dalam tubuh anda serta menyahtoksin badan anda. Manakala bahan kimia dan dadah akan memenuhkan tubuh anda dengan toksin dan sekaligus memusnahkan sistem imunisasi anda. Bahan kimia atau dadah itu akan membunuh kanser tetapi pada masa yang sama ianya juga mematikan sel-sel yang baik didalam tubuh anda. Kita semua perlu memastikan yang sistem imunisasi tubuh kita berada didalam keadaan yang 'Tip-top" kerana ianya merupakan sistem pertahanan kita. 


APRIKOT HELPS A LOT. 

Rabu, 26 Mei 2010

Roses












Be like roses, beautiful, colorful and not easily plucked because of the sharp thorns..

THORNS AMONGST ROSES

Sabtu, 22 Mei 2010

Fokus.

Fokus boleh mempunyai banyak maksud. Cuba lihat apakah maksud focus yang di tulis dalam dictionary.com Focus bermaksud ( link ) . Walaubagaimanapun fokus yang saya maksudkan disini ialah penumpuan terhadap sesuatu tugas. Kalau kita belajar sains, kita biasa didedahkan dengan titik fokus iaitu satu tempat yang cahaya akan menumpu di atas retina untuk menghasilkan satu imej yang jelas. Kalau cahaya tidak difokuskan ke atas retina , maka imej yang dihasilkan adalah kabur. Untuk membaiki keadaan ini kenalah pakai cermin mata bergantung kepada jenis rabun, sama ada rabun dekat atau rabun jauh.

Fokus yang saya akan bincangkan di sini ialah penumpuan juga tetapi tiada kaitan dengan cahaya. Fokus yang saya maksudkan ialah fokus dalam apa-apa juga pekerjaan. Dalam pelajaran, para pelajar mestilah betul-betul fokus supaya pelajaran yang diajar cepat diterima dan diserap oleh otak kita yang mempunyai kemampuan yang cukup hebat. Sekiranya kita mampu menggunakan hanya 10% daripada otak kita, kita sudah boleh melakukan perkara-perkara yang cukup hebat. Itulah kehebatan ciptaan Allah.

Semasa guru mengajar, para pelajar mestilah betul-betul fokus supaya apa yang diajar oleh guru dapat difahami semasa itu juga. Ini cukup penting kerana masa itulah para pelajar boleh berinteraksi terus dengan para guru yang mengajar. Kalau sewaktu guru mengajar, para pelajar tidak fokus, maka banyak perkara yang tidak difahami dan bila balik ke rumah baru nak baca, baru nak faham, maka ini amatlah menyulitkan kerana ketika itu guru tiada lagi untuk menunjuk ajar. Pergi pula ke tuisyen, serupa juga berlaku kerana ramai pelajar ke tuisyen hanyalah untuk mengisi masa lapang dengan lebih bermakna. Di kelas tuisyen guru tidak memberi tumpuan kepada setiap pelajar tetapi puluhan malah ratusan pelajar dalam sesuatu kelas. Guru tuisyen peduli apa, yang penting duit masuk. Guru tuisyen pun sebenarnya mengulangkan semula apa yang diajar disekolah. Kalau tidak fokus , maka tuisyen menjadi tidak berguna. Oleh itu ingatlah para pelajar, masa yang terbaik untuk belajar ialah semasa guru disekolah mengajar kerana ketika itulah para pelajar boleh berinteraksi dengan guru secara terus.

Dalam apa-apa pekerjaan juga kita mestilah fokus. Dalam pekerjaan fokus lebih bermaksud kepada penumpuan tentang kerja yang dilakukan. Kalau kita sedang melakukan sesuatu kerja, maka penumpuan seratus peratus mestilah terhadap kerja. Semua perkara-perkara sampingan mestilah dilupakan dan di log out. Malangnya apa yang terjadi ramai yang bekerja tetapi tidak fokus. Cuba kita lihat jurujual di pasaraya, ramai yang melawak, berborak-borak, bercerita tentang berbagai-bagai perkara. Adakah bercerita dan berborak ini sebahagian daripada tugas? Kekadang sakit hati rasanya bila kita nak bertanya sesuatu tetapi mereka asyik berborak. Ini satu contoh situasi tidak fokus yang dibawa sampai ke tua. Kerja yang dilakukan dengan penuh fokus akan lebih berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan kerja yang dibuat sambil lewa.

Dalam ibadat pun fokus amatlah dititikberatkan. Ketika sembahyang kita mestilah khusyuk. Khusyuk tu fokuslah. Ketika khusyuk kita melupakan perkara-perakara lain yang bukan berkaitan dengan sembahyang. Kalau tak fokus, kekadang bilangan rakaat pun kita lupa. Sebab itulah dalam Al Quran , Allah telah memberi amaran yang amat keras bagi manusia yang sembahyang tetapi tidak khusyuk. Kalau kita lihat sahabat-sahabat Rasulullah seperti Saidina Ali, tahap kekhusyukan mereka amat tinggi. Diceritakan ketika kaki Saidina Ali terkena anak panah yang amat menyakitkan, anak panah tersebut mampu dicabut keluar hanya ketika Saidina Ali sembahyang . Ini kerana sewaktu sembahyang, beliau begitu fokus sehinggakan terlupa semua perkara hatta kesakitan akibat anak panah tersebut. Hebat kekhusyukan mereka dan memang sepatutnyalah mereka dijamin syurga oleh Allah. Masha Allah.

Oleh itu kita hendaklah fokus tentang apa juga perkara yang kita lakukan. B arulah hasil kerja menjadi berkualiti dan masa yang kita gunakan berbaloi.

FOCUS FOR QUALITY.

Ahad, 16 Mei 2010

Nice arts










Teacher's Day Presents..




































Inilah hadiah-hadiah yang diberikan oleh para pelajar kepada saya sebagai guru pada Hari Guru ini. Tidaklah berupa pemberian yang mahal-mahal tetapi cukuplah sekadar peringatan. Sebenarnya semua guru tidak mengharapkan apa-apa hadiah daripada para pelajar. Cukuplah hadiah salam, senyuman yang manis, sahsiah yang mulia, pencapaian akademik yang tinggi dan bila cikgu sudah pergi, serangkap Alfatihah sebagai hadiah paling bermakna. 

TERIMA KASIH MURID-MURID KU.

Sabtu, 15 Mei 2010

Guru oh Guru
























Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979 

SELAMAT HARI GURU.