Sabtu, 12 Jun 2010

Baru tau

 
Baru-baru ini saya ada sedikit kesempatan untuk menonton tv. Antara siaran yang paling saya gemari ialah Aduan Rakyat. Memang bermenfaat rancangan tersebut yang memaparkan keluhan rakyat dalam pelbagai isu. Isu yang baru diutarakan ialah tentang pencerobohan tanah di Cameron Highland yang begitu berleluasa. Nampaknya penceroboh begitu berani sekali menceroboh tanah-tanah di Cameron Highland seolah-olah mereka telah mendapat restu untuk berbuat begitu. Kalau tak takkan mereka berani mendirikan bangunan yang memerlukan modal jutaan ringgit. Hanya orang gila yang berani menanam modal jutaan ringgit untuk sesuatu projek yang menyalahi undang-undang.

Seperti biasa En Karam Singh Walia, pemberita yang penuh gaya, banyak peribahasa, yang kekadang kita tak tau timbul dari mana, akan dengan berani dan cekal mencari, menemuramah pihak-pihak berwajib yang terlibat. Antara yang ditemuramah ialah Pegawai-pegawai Daerah yang kawasan-kawasan mereka dicerobohi. Teringat saya jawapan salah seorang Pegawai Daerah apabila ditanya oleh En Karam Singh Walia. Yang saya amat terkejut bukan soalannya tetapi jawapannya. Kata beliau

" Baru saya tahu kawasan saya dicerobohi " 

Pelik bin ajaib, takkanlah dengan cerucuk bangunan yang beratus-ratus ditanam untuk pembinaan bangunan-bangunan yang begitu banyak, beliau tak tau perkara tersebut berlaku? Untuk menanam cerucuk bukan mudah, ia memerlukan jentera berat dan bunyinya boleh didengar berbatu-batu. Takkan beliau tak tau atau pun tak mendengar proses pembinaan tersebut. Sungguh menakjubkan kalau perkara begitu diketahui oleh orang biasa tetapi tak pula diketahui oleh pihak-pihak berwajib. Banyak persoalan timbul yang tak perlulah dihuraikan disini.

Kalaulah dia betul-betul tak tau, ini amatlah menyedihkan kerana beliau nampaknya seperti tidak ambil tau perkara yang sepatutnya beliau tahu. Pegawai-pegawai bawahan sepatutnya memaklumkan kepada beliau perkara-perkara penyelewengan dan pencerobohan yang berlaku dibawah kawalan beliau. Beliau mesti  "korek" apa-apa juga maklumat yang perlu dan sentiasalah pro-aktif dalam menangani pencerobohan ini. Ini barulah dikatakan pegawai yang bertanggunggjawab. 

Atas sebab itulah Tuan Pengetua SMK Ibrahim begitu prihatin dan semua perkara mestilah dimaklumkan kepada beliau. Ini untuk mengelakkan ayat "Baru saya tau " berlaku. Kalau guru buat sesuatu tanpa pengetahuan pengetua, maka berlaku kepincangan kerana guru tidak mematuhi arahan pengetua. Dari mana guru tersebut mendapat autoriti untuk melakukan perkara tersebut? Inilah pentingnya para guru semua sentiasa berhubung dengan pengetua untuk menjalankan apa-apa projek. Paling baik sesalinan kertas kerja tersebut mestilah diserahkan kepada pengetua. Pengetua adalah ketua, dan ketua mestilah diberitahu tentang apa-apa yang terjadi dibawah kawalan dan seliaaannya.

Ada juga waris yang datang kesekolah dan bila ditanya kelas anaknya, akan terdapatlah jawapan seperti ini...

" Saya tak berapa tau cikgu, tapi dia tingkatan empat" 

Ini menunjukkan waris tersebut kurang mengambil tahu hal-hal berkenaan dengan anaknya. Ini adalah sikap yang tak sepatutnya ada kepada seseorang waris yang bertanggungjawab. Teringat saya cerita tentang keluarga Kennedy, iaitu keluarga yang paling ramai mempunyai wakil rakyat dalam kabinet Amerika. Ibunya mempunyai satu diari khas yang mencatatkan semua perkara yang terjadi kepada setiap ahli keluarga. Beliau mempunyai catatan yang begitu teliti sehinggakan ketika anak-anak demam pun dicatatkan. Ketelitian ini menunjukkan beliau begitu ambil tahu tentang apa-apa juga yang terjadi keatas keluarganya. Begitulah satu kisah keluarga yang paling berjaya di Amerika.

Kesimpulannya , ambil tahu itu perlu supaya tiada lagi jawapan BARU SAYA TAHU.

MESTI TAHU AMBIL TAHU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan