Sabtu, 10 Julai 2010

Quality

Kelmarin hari Jumaat, ada kesempatan bersarapan dengan  isteri di warung tepi jalan. Banyak restoran dan warung yang ditutup pada hari Jumaat, tapi adalah satu dua warung yang dibuka. Antaranya satu warung yang jual nasi dengan rendang tok. Warung ni dah saya kunjungi mungkin dah ratusan kali kerana mulai dari tahun 1987 hinggalah sekarang. Memang sedap rendang toknya, "original recipe", sentiasa sedap, sentiasa puas kalau makan. Tapi kelmarin entah macam mana, nasinya yang berwarna kuning keras, tiada rasa apa-apa, macam nasi air saja. Langsung putus selera. Balik kena cari biskut gula untuk makan sebab tak puas. Teh yang dihidangkan pula pahit sebab kurang susu. Dah kita komplen depa bubuh gula pula, mana nak sedap teh susu bubuh gula... Tu yang saya nak cerita tentang kualiti. Kualiti yang perlu dijaga pada setiap masa terutama orang meniaga. Kita sebagai guru pun perlu sentiasa menjaga kualiti. Pendekata in everything we do, we must have QA. Quality Assurance.

Quality is fitness for purpose, definisi oleh Juran. Maknanya kalau kapak dibuat untuk tebang pokok, maka kapak yang berkualiti mestilah berjaya menebang pokok dengan begitu berkesan sekali. Kalau kapak tumpul atau besinya daripada besi lembut dan mudah patah, itu bukan kapak yang berkualiti. Kalau kita sebagai guru yang dikehendaki mengajar para pelajar tentang matematik, kita tak dapat membuatkan para pelajar faham, atau kita ajar sebahagian sahaja yang faham, maka kita adalah guru yang kurang berkualiti. Orang tanya pula bolehkah bagi semua faham sedangkan yang datang adalah para pelajar yang tiada kualiti?. Saya ingatkan sekali lagi, disebabkan para pelajar tiada kualiti, maka kita mestilah amat berkualiti untuk memberikan kefahaman kepada pelajar. Sebab itulah Kementerian Pelajaran mencadangkan agar guru-guru yang hebat, yang berkualiti tinggi mengajar kelas-kelas yang tiada kualiti. Kalau guru yang berkualiti tinggi, mengajar pula para pelajar yang berkualiti dan dapat kejayaan, apa nak diherankan? 

Banyak orang akan marahkan saya, depa akan kata, "Hang dok kat Ibrahim boleh lah sebab Ibrahim semua pelajar pandai-pandai. " Memang betul , tetapi kalau diteliti masa guru-guru Ibrahim curahkan untuk pengajaran adalah jauh lebih banyak daripada guru-guru dikebanyakan sekolah. Kita tak memandang ringan konsep kualiti apatah lagi kami mendapat pelajar yang memang berkualiti. Saya selalu menyediakan contoh-contoh bila saya berbincang atas apa-apa topik sekalipun. Contoh saya ambil daripada sekolah yang pernah saya mengajar dan dapat "first hand experience" dengan palajar. Saya bukan bercakap kosong tanpa bukti, tanpa data yang nyata.

Guru yang berkualiti bukan mesti guru yang berkelulusan tinggi. Saya masih ingat lagi cikgu Cheah Seng Hee yang mengajar saya matematik di High School Bukit Mertajam. Cikgu lulusan maktab yang tiada master, tiada PhD dan tiada ijazah tapi saya amat suka cara beliau mengajar, ketekunannya mengajar, keperihatinannya kepada para pelajar sehingga membuatkan kami semua lulus dengan cemerlang dalam matematik . Beliau bukan juga guru yang suka buat lawak tetapi seorang guru yang garang, yang bengis tetapi beliau mementingkan kami semua membuat kerja dengan berkualiti sekali. Orang yang berkualiti menghendakkan kerja yang berkualiti daripada murid-muridnya. Hanya berlian yang kenal manikam.

Kita lihat pula jenama kereta tertentu. Saya ambil contoh saya sendiri yang ada dua jenis kereta. Satu kereta Honda Accord yang saya beli second hand dan satu lagi kereta Wira yang saya beli baru. Kereta Honda tahun 1997 tetapi kereta Wira tahun 2007. Lebih kurang sepuluh tahun beza umur kereta-kereta tersebut. Kereta Honda tiada banyak masalah terutama bahagian tingkap otomatik yang "smooth" pergerakannya hingga sekarang. Kereta Wira tingkap otomatiknya dah tak boleh berfungsi. Cuba lihat di tempat tol, drebar mana yang kena buka pintu untuk bayar tol, kalau sepuluh mungkin 5 daripada kereta jenis Wira. Dah berpuluh tahun Wira berada di jalanraya tetapi masalahnya serupa. Kualiti dari segi tingkap otomatik tak pernah dipertingkatkan ke sehinggakan penyakit ini berjangkit pula ke jenama Proton yang lain. Apa jadi kepada bahagian QA dikilang? Lihat pula satu lagi jenama kereta Malaysia daripada Perodua, kualiti mereka memang hebat mungkin setanding dengan kualiti kereta-kereta import. Tak hairanlah jualan mereka lebih hebat daripada jenama-jenama lain. 

Kalau kita boleh memuaskan hati pelanggan kita iaitu para ibu bapa dan para pelajar, maka kita adalah guru yang berkualiti. Mungkin para ibubapa sedar anak-anak mereka tidak begitu cerdas, tetapi mereka mempunyai " a certain degree of expectation" dan jika "expectation" mereka dapat kita penuhi maka kitalah guru yang berkualiti. Jadi tepuk dada tanya pemikiran kita..

AM I QUALITY?



Jumaat, 9 Julai 2010

Jumaat, 2 Julai 2010

Academic.. the ultimate

                                                                   

Kelmarin 1/7/2010 berlangsunglah sambutan hari guru peringkat Daerah Kuala Muda Yan di SMK Agama Yan. Saya, PKHEM dan Pengetua pergi dalam sebuah kereta. Seronok juga sesekali semua pentadbir sekolah berada dalam sebuah kereta. Ini penting untuk menunjukkan kesepakatan, kesepaduan yang amat penting untuk kesejahteraan sekolah. Alhamdulillah, sehingga hari ini saya tak nampak adanya bibit-bibit perpecahan dikalangan semua pentadbir. Itulah antara sebab SMK Ibrahim sememangnya nombor satu. Syabas and keep it up...

Ketika masa pencapaian hadiah-hadiah kecemerlangan, banyaklah sekolah yang dapat macam-macam hadiah. Ada asrama lima bintang peringkat negeri, ada hadiah untuk bilik BOSS terbaik, Pusat Sumber terbaik dan macam-macam lagi hadiah.  Ada pula hadiah untuk mengarang cerpen yang juga melibatkan ramai guru. Semua hadiah itu SMKI satu pun tak menang. Tiba pula hadiah untuk pencapaian PMR, SPM dan STPM terbaik. Satu pun tak menyentuh nama SMKI. Heran juga. Akhirnya adalah hadiah khas untuk kecemerlangan akademik, barulah ada nama SMKI, SMK Agama Yan, SMJK Sin Min dan SM Sains Sultan Mohd Jiwa. Sekolah terbaik SPM hanyalah mencapai 10 semua A tetapi SMJK Sin Min mendapat 53 semua A dan SMK Ibrahim mendapat 39 semua A. Begitulah untuk PMR. Akhirnya barulah saya faham bahawa kalau peluang disamaratakan, mungkin sekolah lain langsung tak berpeluang untuk merebut hadiah bidang akademik. Oleh itu empat sekolah ini dikecualikan daripada pertandingan. Maka pengetua naiklah sekali sahaja mengambil hadiah. Tentulah sesuatu yang janggal bagi sebuah sekolah premier seperti SMKI memenangi hanya satu hadiah saja dalam anugerah tersebut. Kenapa? Saya ada jawapannya..

SMKI menerima hampir semua pelajar yang mencapai 5A dalam UPSR. Inilah benih-benih yang SMKI terima dan benih-benih ini perlulah dididik agar menjadi pokok-pokok yang berkualiti tinggi, mempunyai produktiviti yang tinggi serta menghasilkan buah yang banyak serta manis dan bersari. Itulah yang kami dapat dan itulah yang kami kena buat. Oleh itu core business warga SMKI ialah untuk menentukan setiap pelajar ini mencapai kecemerlangan akademik tertinggi, pencapaian kokurikulum tertinggi dan mempunyai sahsiah yang hebat. Dalam sijil para pelajar, yang tertulis hanyalah pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum dan sahsiah. Tiada dituliskan sama ada sekolah tu menang asrama terbaik, bilik BOSS tercantik atau sekolah paling ceria. Maka apa yang dikehendaki dalam sijil itulah core business warga SMKI dan itulah yang kena dipenuhi dahulu.

Ibu bapa yang merupakan klien kami tidak kisah kalau sekolah tak menang asrama terbaik, bilik BOSS terbaik, sistem fail terbaik atau apa-apa lagi yang terbaik. Yang mereka pentingkan anak-anak mereka mencapai akademik terbaik, kokurikulum terbaik serta sahsiah yang terpuji. Begitulah harapan semua ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah dan itulah juga harapan saya bila saya menghantar anak saya ke sekolah. Menyedari hakikat inilah maka kami warga SMKI begitu menitikberatkan program akademik dan "melupakan " sementara program-program sampingan yang lain. Cukuplah sekadar sekolah nampak seperti sekolah, tak nampak seperti perhentian bas , panggung wayang dan sekolah juga taklah nampak seperti sebuah hotel lima bintang. Kami utamakan core-business kerana itulah harapan klien kami. Warga SMKI bernasib baik kerana mempunyai pengetua yang berpendirian sedemikian kerana dalam hidup ada perkara yang perlu diutamakan, ada yang perlu disegerakan dan ada yang kurang perlu. Akademik adalah perkara yang perlu diutamakan dan disegerakan. Kita tak mempunyai banyak masa untuk mendidik pelajar kearah kecemerlangan. Masa mencemburui kita.

Teringat kata seorang pengetua disebuah sekolah luar bandar. Terngiang-ngiang kata-katanya dibenak kepala saya..

"Saya tak mau masuk pertandingan asrama lima bintang ni kerana kita habiskan puluhan ribu, masa yang begitu banyak dan tenaga yang bukan sedikit. Hasilnya kita dapat satu piala yang tak seberapa, nama yang terkenal sementara tetapi para pelajar terabai. Rugi..." Kata pengetua tersebut.

Beliau memang membuktikan kata-katanya kerana dari sebuah sekolah luar bandar yang tercorot , beliau telah berjaya memurtabatkan sekolah tersebut menjadi sekolah ternama dan setiap tahun memenangi anugerah pencapaian PMR tebaik bagi kategori sekolah menengah luar bandar. Ibu bapa berlumba-lumba untuk memasukkan anak ke sekolah tersebut walaupun agak jauh dari rumah mereka. Itulah khebatannya sehinggalah beliau bertukar. Beliau kemudiannya digantikan dengan seorang pengetua yang amat meminati pokok bunga. Puluhan ribu dihabiskan utuk membeli pelbagai jenis pokok bunga serta pasu-pasu yang beraneka rupa. Sekolah dah jadi macam kebun bunga. Nak berjalan pun payah, takut terlanggar pokok bunga. Setiap kaki lima dipenuhi dengan barisan pokok bunga yang banyak. Kalau ada hadiah tentang sekolah dalam kebun bunga, sekolah ini pastinya nombor satu. 

Disebabkan kesibukan mengendalikan pokok-pokok bunga, maka hal-hal akademik kurang diambil perhatian. Kelulusan merosot sehinggakan pengetua dipanggil untuk mengadap pihak atasan sebab keputusan amat membimbangkan. Oleh itu, tekankan core-business bukan side-business. Utamakan apa yang perlu diutamakan dan pinggirkan apa yang tak perlu diutamakan. Kecemerlangan akademik akan dikenang  sepanjang hayat manakala kemenangan dalam keceriaan hanya berdentum setahun sahaja. 

Teringat katya-kata Tn Hj Abas Awang, bekas Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan. Dia berkata

"Kalau kita nak sekolah jadi taman bunga, kita akan lantik tukang kebun sebagai pengetua, kalau kita nakkan sekolah yang langsirnya cantik, kita lantik tukang jahit sebagai pengetua. Disebabkan kita nakkan sekolah terbaik dalam akademik, maka kita lantik ahli akademik menjadi pengetua." Pedas kata-katanya tetapi memang tepat dan mantap. Beliau menambah...

" Pengetua mempunyai the golden hands. Apa yang pengetua sentuh akan bergemilangan seperti emas. Kalau pengetua sentuh sukan, maka sukan akan berkembang. Kalau pengetua sentuh komputer, sekolah akan hebat dengan ITnya. Oleh itu semua pengetua sentuhlah akademik dahulu sebelum menyentuh yang lain".

Oleh itu kasihanilah semua ibu bapa yang mengharapkan kecemerlangan akademik. Itulah yang boleh mengubah nasib mereka. Nasib mereka boleh diubah dengan ilmu yang ada pada anak-anak. Begitulah juga kebanyakan kita yang lahir miskin, merempat tetapi berjaya naik ke kategori sederhana dengan adanya sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari disekolah. Ilmu adalah agen perubahan sosio ekonomi generasi. InsyaAllah.

CORE BUSINESS, THE ULTIMATE .