Rabu, 26 Mei 2010

Roses












Be like roses, beautiful, colorful and not easily plucked because of the sharp thorns..

THORNS AMONGST ROSES

Sabtu, 22 Mei 2010

Fokus.

Fokus boleh mempunyai banyak maksud. Cuba lihat apakah maksud focus yang di tulis dalam dictionary.com Focus bermaksud ( link ) . Walaubagaimanapun fokus yang saya maksudkan disini ialah penumpuan terhadap sesuatu tugas. Kalau kita belajar sains, kita biasa didedahkan dengan titik fokus iaitu satu tempat yang cahaya akan menumpu di atas retina untuk menghasilkan satu imej yang jelas. Kalau cahaya tidak difokuskan ke atas retina , maka imej yang dihasilkan adalah kabur. Untuk membaiki keadaan ini kenalah pakai cermin mata bergantung kepada jenis rabun, sama ada rabun dekat atau rabun jauh.

Fokus yang saya akan bincangkan di sini ialah penumpuan juga tetapi tiada kaitan dengan cahaya. Fokus yang saya maksudkan ialah fokus dalam apa-apa juga pekerjaan. Dalam pelajaran, para pelajar mestilah betul-betul fokus supaya pelajaran yang diajar cepat diterima dan diserap oleh otak kita yang mempunyai kemampuan yang cukup hebat. Sekiranya kita mampu menggunakan hanya 10% daripada otak kita, kita sudah boleh melakukan perkara-perkara yang cukup hebat. Itulah kehebatan ciptaan Allah.

Semasa guru mengajar, para pelajar mestilah betul-betul fokus supaya apa yang diajar oleh guru dapat difahami semasa itu juga. Ini cukup penting kerana masa itulah para pelajar boleh berinteraksi terus dengan para guru yang mengajar. Kalau sewaktu guru mengajar, para pelajar tidak fokus, maka banyak perkara yang tidak difahami dan bila balik ke rumah baru nak baca, baru nak faham, maka ini amatlah menyulitkan kerana ketika itu guru tiada lagi untuk menunjuk ajar. Pergi pula ke tuisyen, serupa juga berlaku kerana ramai pelajar ke tuisyen hanyalah untuk mengisi masa lapang dengan lebih bermakna. Di kelas tuisyen guru tidak memberi tumpuan kepada setiap pelajar tetapi puluhan malah ratusan pelajar dalam sesuatu kelas. Guru tuisyen peduli apa, yang penting duit masuk. Guru tuisyen pun sebenarnya mengulangkan semula apa yang diajar disekolah. Kalau tidak fokus , maka tuisyen menjadi tidak berguna. Oleh itu ingatlah para pelajar, masa yang terbaik untuk belajar ialah semasa guru disekolah mengajar kerana ketika itulah para pelajar boleh berinteraksi dengan guru secara terus.

Dalam apa-apa pekerjaan juga kita mestilah fokus. Dalam pekerjaan fokus lebih bermaksud kepada penumpuan tentang kerja yang dilakukan. Kalau kita sedang melakukan sesuatu kerja, maka penumpuan seratus peratus mestilah terhadap kerja. Semua perkara-perkara sampingan mestilah dilupakan dan di log out. Malangnya apa yang terjadi ramai yang bekerja tetapi tidak fokus. Cuba kita lihat jurujual di pasaraya, ramai yang melawak, berborak-borak, bercerita tentang berbagai-bagai perkara. Adakah bercerita dan berborak ini sebahagian daripada tugas? Kekadang sakit hati rasanya bila kita nak bertanya sesuatu tetapi mereka asyik berborak. Ini satu contoh situasi tidak fokus yang dibawa sampai ke tua. Kerja yang dilakukan dengan penuh fokus akan lebih berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan kerja yang dibuat sambil lewa.

Dalam ibadat pun fokus amatlah dititikberatkan. Ketika sembahyang kita mestilah khusyuk. Khusyuk tu fokuslah. Ketika khusyuk kita melupakan perkara-perakara lain yang bukan berkaitan dengan sembahyang. Kalau tak fokus, kekadang bilangan rakaat pun kita lupa. Sebab itulah dalam Al Quran , Allah telah memberi amaran yang amat keras bagi manusia yang sembahyang tetapi tidak khusyuk. Kalau kita lihat sahabat-sahabat Rasulullah seperti Saidina Ali, tahap kekhusyukan mereka amat tinggi. Diceritakan ketika kaki Saidina Ali terkena anak panah yang amat menyakitkan, anak panah tersebut mampu dicabut keluar hanya ketika Saidina Ali sembahyang . Ini kerana sewaktu sembahyang, beliau begitu fokus sehinggakan terlupa semua perkara hatta kesakitan akibat anak panah tersebut. Hebat kekhusyukan mereka dan memang sepatutnyalah mereka dijamin syurga oleh Allah. Masha Allah.

Oleh itu kita hendaklah fokus tentang apa juga perkara yang kita lakukan. B arulah hasil kerja menjadi berkualiti dan masa yang kita gunakan berbaloi.

FOCUS FOR QUALITY.

Ahad, 16 Mei 2010

Nice arts










Teacher's Day Presents..




































Inilah hadiah-hadiah yang diberikan oleh para pelajar kepada saya sebagai guru pada Hari Guru ini. Tidaklah berupa pemberian yang mahal-mahal tetapi cukuplah sekadar peringatan. Sebenarnya semua guru tidak mengharapkan apa-apa hadiah daripada para pelajar. Cukuplah hadiah salam, senyuman yang manis, sahsiah yang mulia, pencapaian akademik yang tinggi dan bila cikgu sudah pergi, serangkap Alfatihah sebagai hadiah paling bermakna. 

TERIMA KASIH MURID-MURID KU.

Sabtu, 15 Mei 2010

Guru oh Guru
























Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979 

SELAMAT HARI GURU.